bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Oct 2009

William Pula Kata, Zaid Bercuti Untuk Daftarkan "Parti Pakatan Rakyaat"?

Dipetik dari HarakahDaily.Net
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22864&Itemid=1
Zaid tumpu untuk daftarkan Pakatan Rakyat
Zulkifli Sulong Mon Oct 19, 09 8:32:09 am MYT
SELAYANG, 19 Okt: Datuk Zaid Ibrahim hanya bercuti dari menyertai mesyuarat Biro Politik bukannya dari aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Bendahari PKR, William Leong.

Foto: William memberikan duit raya untuk kanak-kanak dalam majlis Rumah Terbuka PAS Bandar Tasik Puteri.

"Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk memberikan tumpuan kepada penubuhan Pakatan Rakyat secara formal," katanya dalam majlis Aidil Fitri PAS Bandar Tasik Puteri semalam.

Media melaporkan Zaid memohon cuti dari aktif dalam politik PKR. Padahal Zaid hanya memohon cuti selama enam bulan dari menyertai mesyuarat Biro Politik untuk memberikan tumpuan kepada kerja-kerja menambahbaik Pakatan Rakyat.


Melalui blognya, Zaid memaklumkan cuti ini. Namun ia telah disalah tafsir seolah-olah Zaid tidak mahu aktif dalam politik lagi. Ia ditafsirkan begitu kerana Zaid membuat pengumuman ini selepas Pakatan Rakyat melalui PAS kalah teruk di Bagan Pinang. Serentak dengan itu pula, PKR mempunyai masalah kepimpinan di Sarawak dan Sabah. Zaid juga didakwa akan mengambilalih tampuk kepimpinan PKR jika sesuatu berlaku kepada Datuk Seri Anwar. Ini dinafikan oleh Zaid.


Menurut William, Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji poenubuhan Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi. Dua lagi anggota adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
Komen Isac;
Maksudnya, dalam masa enam bulan dari sekarang, Datuk Zaid akan mendaftarkan parti "Pakatan Rakyaat" dengan pendaftar pertubuhan. Maka "Pakatan Rakyaat" akan dengan resminya menaungi parti-parti pakatan pembangkang iaitu PKR, DAP, Pas dan Hindraf ?
Sama-samalah kita nantikan peristiwa itu....
Jika DSAI dipenjarakan kerana kes liwatnya nanti, maka Datuk Zaid lah yang akan menggantikannya sebagai sebagai Pemimpin tertinggi PKR? Dan sekiranya PKR memenangi PRU ke 13 nanti maka Datuk Zaid lah yang akan dimahsyurkan untuk menjadi Perdana Menteri? Apa akan terjadi kepada Lim Kit Siang? TG Nik Aziz? TG Hadi Awng? Ataupun YB Azmin? Semua mereka akan diketepikan? Bagaimana pula dengan "Umar Abdul Aziz" DAP? YB Lim Guan Eng? Beliau juga tidak berpeluang?

1 comment:

  1. Nak daftar PR pun sampai 6 bulan kena cuti ke? Susah sangat ke? Lagi 1 bukankah Konvensyen Pakatan Rakyat akan dibuat Disember ini. Kenapa sampai 6 bulan? Kenapa tidak sebelum Disember dimuktamatkan? Lagi 1 kita nak juga tahu agenda siapa akan dicampak ke longkang? Pas dengan agenda negara Islam ala Pasnya? Atau DAP dengan agenda Malaysian Malaysia ala PAP Republik Singapura? Atau agenda PKR dgn keadilan hanya untuk Bro Anwar B Ibrahim dgn cita2 PM dan menutup skandal luar tabienya?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3