bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Oct 2009

Kedudukkan Dato' Dr Hassan Ali Dalam Pas - Umpama Melukut Ditepi Gantang?

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116245
DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS
Jimadie Shah Othman Oct 30, 09 10:50am





Masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP. "Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.
Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor. Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing. "Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?
"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya. Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan. "Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.
"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP. "Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor. "Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata: "Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya."
Komen Isac;
Umpama melukut ditepi gantang, itulah nasib Dato' Dr Hassan Ali ni. Perjuangannya untuk mempertahankan maruah Islam dan orang-orang Melayu bukan sahaja tidak mendapat sokongan lain-lain exco Melayu yang beragama Islam, malah dilihat juga tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan Pas pusat.
Apa gunanya beliau berjuang berseorangan sedangkan rakan-rakan yang lain hanya berpeluk tubuh, melihat beliau dihentam hebat oleh sekutu dalam "PR" iaitu exco-exco dari parti DAP. Tidak cukup dengan itu, malah beliau akan dihadapkan ke Jawatankuasa disiplin parti. Bukankah ini suatu penghinaan namanya?
Tetapi apa boleh buat....Kerana "baiah/perjanjian" yang telah dibuat oleh beliau untuk tidak "menghianati' parti..... Untuk keluar dari parti dan menyokong Umno/BN bererti menghianati parti... Biarpun jika parti menghianati Islam, biarpun jika parti "menghianati" perjuangan, biarpun jika parti menghianati "Melayu" biarpun maruah diri menjadi pertaruhannya.
Baiah/sumpah yang menghalang adun-adun Pas keluar parti dan menyokong Umno/BN sila rujuk sini; http://neutraldaily.blogspot.com/.
Mungkin jika apa yang dicatatkan oleh saudara "neutraldaily" itu benar, demi untuk menjaga maruah diri dan di atas perinsip mahu mempertahankan perjuangan membela agama dan bangsa, Dato' Dr Hassan Ali boleh meletakkan/melepaskan jawatan sebagai Adun. Jika itu juga dianggap sebagai menghianati parti, maka beliau akan menjadi "available divorcee". Politik-politik....Bab nikah/kahwinpun boleh dijadikan sebagai cagaran.....

4 comments:

  1. Hassan Ali masih baru dlm PAS. Dia sangka PAS tu NGO. Dia terlupa yg PAS adalah salah sebuah parti politik yg didaftarkan dalam zaman British.

    ReplyDelete
  2. SALAM ISAC.

    KETIKA DATO HASSAN ALI DIBIDAS TERUK SEORANG PUN RAKANNYA DALAM TAK MAHU AMBIL RISIKO MEMBELA DIA.. KESIAN SUNGGUH

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..KLU BENAR PAS NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM, PAS TAK PERLU PECAT HASSAN ALI. TP KLU DIORANG LAKUKAN JUGAK BERMAKNA MMG BETUL LAH DIORANG MEMPERJUANGKAN DAP!

    ReplyDelete
  4. Periuk nasi dan jawatan lebih penting dari Islam. Itulah cakap tak serupa bikin pemimpin PAS.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3