bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Oct 2009

Kita Telah Tersesat Jauh - Kuasa Lebih Penting Daripada Persaudaraan Dan Agama...

Ahad Oktober 11, 2009
Bagan Pinang: Proses pengundian dicemari pergaduhan penyokong BN dan PAS, SPR kesal
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK





KECOH..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis. Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.



TAHAN... Ekoran pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.
PORT DICKSON: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini tercalar apabila berlakunya pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau kesal dengan sikap penyokong-penyokong berkenaan hingga mencetuskan kekecohan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, mereka (penyokong dan peraih undi) masih tidak faham dengan larangan yang dikeluarkan oleh SPR supaya tidak hadir pada hari pengundian.

"Kehadiran mereka hanya untuk membuat kacau, tapi bila kita larang mereka degil, bila kedua-dua pihak dah duduk bertentang mula lah pergaduhan macam apa yang berlaku..Saya kesal lah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi, penyokong BN dan PAS masing-masing membaling botol dan kayu ke arah penyokong parti lawan. Ekoran kejadian itu, dua orang penyokong masing-masing daripada PAS dan BN telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Abdul Aziz lagi, beliau berharap kumpulan penyokong berkenaan tidak mencetuskan kekecohan sehingga menggangu pengundi untuk keluar mengundi. "Bagi SPR, kita harap pengundi tidak takut untuk keluar mengundi, pihak polis akan memastikan keadaan terus terkawal," katanya.
Komen Isac;

Kita telah tersesat jauh...Kemana arah tujuan kita sebenarnya? Adakah kuasa, harta dan Jawatan boleh dibawa ke kubur?


3 comments:

  1. Kalau PAS menang, PAS menjadi boneka kepada DAP. Kalau PAS menang, PAS akan membangun bersama DAP. Kalau PAS menang, kaki bontot akan PM. Kalau PAS menang, banyak bini di dahulukan, duit rasuah balak di gandakan
    PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Dulu takbir sekarang take beer...

    ReplyDelete
  2. adik beradik pun ada yg berebut harta setelah kedua org tua meninggal dunia..ni kan pula atas dasar kepercayaan parti masing2..sejarah anak2 nabi adam berbunuhan dan berebut kuasa akn berlaku sehingga kiamat nanti...ni disebabkan al quran hanya untuk bacaan sahaja bukannya kita jadikan pedoman dan ikut hukum hakam yg mmang telah termaktub didalam kitab suci itu...ni lah yg berlaku skrang...

    ReplyDelete
  3. PAS telah membuang Melayu, mereka sekarang berbanga dengan 'bangsa PAS Islam', jadi mereka mewarisi kaum-kaum khawarij yang menghalalkan darah bangsa 'Melayu Islam' demi membantu pencapaian agenda DAP dan Yahudi. PKR hanya landasan Yahudi untuk menghancurkan Melayu Islam yang di ketui Anwar dengan bantuan 'bangsa PAS Islam'.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3