bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Oct 2009

Jaga Dan Bangunkan Kawasan/Negeri Sendiri Salahuddin....

Dipetik Dari mStar Online
Selasa Oktober 6, 2009
Mohd Isa ‘lepas bom’ pada Salahuddin, tak kisah kehadiran Anwar
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




Foto: Gambar Hiasan Dipetik Dari Blog Suara Demokrasi; http://sd-malaysia.blogspot.com/2009/10/bmw-kenderaan-rasmi-pas-berkempen.html

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad 'melepaskan bom' kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob supaya menumpukan perhatian kepada pembangunan di kawasan beliau sendiri daripada terus mempersoalkan pembangunan di Teluk Kemang.

Beliau juga tidak kisah dengan kehadiran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sini.

Dalam hal Salahuddin, Mohd Isa berkata, rakyat boleh menilai bagaimana bandar Port Dickson pesat membangun jika hendak dibandingkan di Kelantan.

"Dia sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian apa dia buat? Kesian... lebih baik tumpu di sana, tak usah nak ajar saya untuk uruskan di sini, saya dah uruskan cukup lama dah," katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Rumah Komuniti Teluk Kemang di sini hari ini.

Mohd Isa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Salahuddin yang menggelar beliau sebagai 'ikon pembangunan palsu' bagi merujuk kepada beberapa projek terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai tuduhan itu, Mohd Isa berkata, pemimpin palsu yang sebenarnya ialah Salahuddin sendiri kerana mengabaikan pembangunan di kawasannya sendiri.

"Nak gelar apa pun tak apalah... yang penting Teluk Kemang lebih maju daripada Kubang Kerian.

"Yang palsu dialah. Dia pemimpin palsu yang tak membangunkan Kubang Kerian," kata Mohd Isa.

Dalam pada itu kehadiran Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkempen sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad.

Malah katanya beliau tidak mengendahkan mengenai perkara tersebut sebaliknya akan terus berkempen menemui seramai mungkin pengundi di Bagan Pinang.

"Terserah kepada dia kalau nak datang... bukan ada masalah sangat dia nak datang berkempen," katanya ketika ditemui ketika berkempen di Teluk Kemang hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai strategi kempen yang digunakan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa Anwar berkempen di Bagan Pinang dalam masa tiga hari lagi.

Bagaimanapun bagi Mohd Isa kehadiran Anwar tidak akan menggugat sokongan pengundi terhadap BN kerana rakyat sudah mengenali sikap dan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Terpulang kepada dia, tak ada masalah bagi saya, pemimpin kita datang juga.

"Saya fikir itu hak dia (untuk datang)... tak apalah, kita tengoklah nanti siapa yang rakyat pilih," katanya.


Berita penuh sila rujuk link;

Komen Isac;


Mmm...Kalau dulu Umno/BN selalu dikaitkan dengan kehidupan mewah, rumah besar, kereta besar, isteri ramai...Kini penyakit itu pun dah menyangkit kepada pemimpin-pemimpin pembangkang. Ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang didakwa berjuta-juta oleh bekas isteri masing-masing. Banyaknya duit mereka....
Baru setahun setengah memerintah, ada yang dah mula mengumpul kekayaan...Kawasan sendiri pulak tidak diendahkan, sebaliknya sibuk mengemis kepada kerajaan persekutuan untuk dibangunkan. Lepas tu sibuk pulak mengata kawasan orang lain tak maju mundur dan bla...bla...Dah adat manusia agaknya....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3