bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Oct 2009

Titian Gantung Perlu Sekukuh Jambatan Pulau Pinang???

Polis mengunakan anjing pengesan dalam operasi mencari tiga mangsa jambatan gantung yang menghubungkan Sungai Kampar runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini, hari ini. Sehingga kini, seorang murid lemas yang dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 19 lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang telah selamat - foto REUTERS




Apa yang anda dapat lihat daripada gambar di atas? Menurut pandangan penulis, melihatkan kepada saiz struktur jambatan gantung tersebut dan jarak lebar Sungai Kampar, jambatan gantung tersebut sememangnya tidak direkabentuk/"design" untuk menampung pengguna yang "ramai" di dalam satu-satu masa. Ia sebenarnya hanya layak dipanggil sebagai "titian gantung".



Cuba bandingkan struktur titian gantung ini dengan struktur jejambat pejalan kaki yang biasa terdapat di bandar-bandar. Sudah pasti struktur jejambat-jejambat tersebut jauh lebih besar walaupun mempunyai lebar jalan yang lebih kecil. Jestru itu kekuatan jejambat-jejambat pejalan kaki ini sudah tentulah juga, lebih kukuh dan lebih kuat berbanding titian gantung di Sungai Kampar.





Dari segi logik, sesuatu titian gantung (untuk pejalan kaki) Sungai Kampar hanya boleh menampung beban yang amat terhad. Ini bukannya jambatan Pulau Pinang. Sepatutnya pentadbir pusat rekreasi tersebut meletakan papantanda, amaran had bilangan pengguna yang dibenarkan untuk melalui titian gantung tersebut di dalam suatu-suatu masa.



Dengan adanya panduan penggunaan titian ini, guru-guru pengiring boleh memantau penggunaan titian gantung tersebut dengan lebih mudah dan mereka juga akan lebih waspada. Walaubagaimanapun secara logiknya, titian gantung memang tidak boleh digunakan oleh ramai orang di dalam sesuatu masa.



Bagi kebanyakkan pusat "jungle tracking"/rekrearasi, penggunaan titian gantung akan dihadkan bilangan pengguna yang melaluinya malah, pengunaan pada waktu malam juga adakalanya adalah dilarang sama sekali. Bagaimana pihak penganjur boleh terlepas pandang perkara ini.



Kenapa pusat rekreasi di Kampar ini dan penganjur tidak mengawal pengunaannya. Bagi kanak-kanak, sudah tentulah apabila mereka berada di dalam suatu kumpulan yang besar, tanpa kawalan dan sekali-sekali dapat keluar malam, mereka pastinya akan menjadi sukar untuk dikawal.



Adakah "penderma" titian gantung di Sungai Kampar ini wajar untuk dipersalahkan kerana membina titian gantung yang tidak sekukuh Jambatan Pulau Pinang? Bagi saya tentulah tidak, anda bagaimana?



Bayangkan jika 60 orang murid yang berat puratanya sekitar 30 Kg menggunakan titian gantung tersebut pada ketika ianya runtuh, berat keseluruhan beban pada waktu itu sahaja adalah sekitar 1800Kg ataupun hampir 2 Tan, itu tidak termasuk berat akibat buaian yang diakibatkan oleh anak-anak yang berjalan, berlari dan melompat. Dari segi kejuruteraan pula jika panjang titian tersebut sepanjang 60m, sekurang-kurangnya setiap hujung jambatan (akan dibebankan kepada tiang-tiang) tersebut akan terpaksa menampung beban (minima) 30 tan. Jika dicampurkan dengan berat jambatan (self weight) dan kesan pergerakan pelajar dan sudut kesendengan beban pada waktu kejadian, penulis percaya beban yang perlu di tanggung oleh setiap hujung titian gantung tersebut mungkin boleh mencecah melebihi 40 tan. Adakah pereka-bentuk titian gantung telah mengambil-kira beban tersebut di dalam "design" nya?



Kita di Malaysia ni masih banyak yang perlu kita pelajari, setiap orang perlu memainkan peranan. Pihak berkuasa, khasnya pihak pentadbir pusat rekreasi ini juga perlu memahami semua aspek-aspek keselamatan di kawasannya demi keselamatan pengunjung.
Jika tidak hasrat murni mereka di dalam menyediakan pusat rekreasi seumpama ini, hanya akan bertukar sebagai perangkap maut. Akhirnya merekalah yang akan dipersalahkan. Bila ini terjadi, pengorbanan, penat-lelah, wang yang dikeluarkan dan niat baik mereka sudah pasti tidak akan dihargai.



Untuk menjadi bangsa yang maju, kita juga perlu berfikiran sebagai warga negara maju.





1 comment:

  1. Salam bro, kita sepatut menilai dari pelbagai sudut di atas insiden ini, kawan bersetuju dengan pandangan tuan...... kita lihat sahaja bagaimana titian gantung yang ada di Taman Negara Kuala Tahan, tidak pun mendatangkan masalah jika penggunanya mengikut peraturan, dah berjuta pengunjung melaluinya...... itu pun dibuat oleh orang Melayu yang bukan pun darikalangan jurutera, arkitek.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3