bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jul 2012

Jati Saran Bukan Islam Jangan Pertikai Hudud Sebaliknya Tolak LGBT!!!


Undang2 Islam terdiri daripada Qyisas, Had dan Takzir.

Takzir yang mewakili lebih 95% telahpun diamalkan di negara ini.

Cuma undang2 Qyisas dan Had yang diambil terus daripada Al-Quran nul qarim yang masih belum dilaksanakan. Ada yang memangginya sebagai hukum Hudud.

Jestru, penerangan megenainya perlulah dilakukan supaya rakyaat samada Islam dan bukan Islam faham. Bukan hanya setakat melebal orang lain sebagai kafir kerana tidak cuba untuk melaksanakannya.

Secara hakikatnya untuk hukum Qyisas dan Had ataupun Hudud perlu dilakukan kepada semua rakyaat. Walau bagaimanapun jika mahu dilaksanakan terhadap umat Islam sahaja sebagai permulaan, mungkin boleh dilakukan dengan hanya menerapkannya ke dalam undang2 Syariat sediada.

Ironinya ada parti politik yang cuma sibuk menghentam dan melebel orang lain sebagai kafir kerana tidak berusaha ke arah melaksanakannya, tetapi mereka sendiripun cuma sekadar memberikan caramah2 retorik tanpa ada usaha yang benar2 dilakukan ke arah untuk melaksanakannya. Bahkan mengambil contoh apa yang berlaku di Pahang, untuk menyebat pesalah muslimah yang meminum arakpun kita tiada tukang sebatnya. 

Dalam konteks perlaksanaannya terhadap semua rakyat di negara ini pula, suara 2/3 di Parlimen diperlukan. Anehnya kita bukan mencari kesepakatan sebaliknya sibuk bergaduh sesama sendiri.

Akhirnya suara Melayu/Islam terpecah dan sampai bilapun kita tidak akan memperolehi suara 2/3 itu!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3