KUALA LUMPUR 28 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller.
Menurut kaji selidik *Twiplomacy *yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari.
Komen Isac:
Mungkin selepas ini kem DS Anwar juga akan mendakwa kajian yang dilakukan ini bias sebagaimana dakwaaan yang telah mereka lemparkan terhadap kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan baru2 ini.
Sumber Blog "1 Malaysia", MAAF penulis X boleh nak linkkan blog berkenaan kerana ianya telah dijangkiti virus "Malware". Kalau X percaya gunakan software pencari "Google Chrome" untuk melayari blog berkenaan. Buat pentabir blog "1 Malaysia" sila ambil perhatian!
Jika anda gunakan "pencariGoogle Chrome" untuk melayari blog anda ianya akan memberitahu anda link blog yang dijangkiti virus "Malware"!!! Delete ling berkenaan dan anda akan "sembuh" sepenuhnya!!!
Lama dah bro, blog tuan dijangkiti!!! Sebab itulah ianya telah dinyahkan dari senarai blog di blog "Bumiyang".
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.