bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Dec 2009

Lagi Kuncu-kuncu Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tunjuk Samseng????



Lelaki bantah k'jaan P. Pinang diserang
Dec 28, 09 3:37pm



Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan DUN Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam. S Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal. "Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi. Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual. "Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.
Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan. Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang. Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen BN serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Mohamad Sukri Awang, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. BERNAMA
Komen Isac;
Samseng betul mereka ni....Nasib baik setakat kena pukul, kalau sampai kena bakar....Lagi panjang cerita. Tak pernah pulak penulis terdengar di zaman Khalifah Umar Abd. Aziz dulu, ada wujud perkara-perkara sebegini.....Dua hari sudah pukul anggota RELA, ini pukul rakyaat pulak budaya samseng manalah yang mereka ni ikuti agaknya....

1 comment:

  1. Salam Isac, Inilah salah satu perundangan yang bakal dipertonjolkan oleh DAP...... ala komunis.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3