bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Dec 2009

Hormatilah Perlembagaan Negara


Dipetik Dari mStar Online



TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Azlah Shah hari ini bertitah bahawa status agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam memberikan justifikasi keistimewaan untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk urusan agama Islam.



Titah baginda, dalam pada itu kerajaan juga memiliki budi bicara dalam urusan-urusan memenuhi keperluan agama-agama lain.




"Urusan agama di negara ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perkara3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapiagama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan," titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1431 peringkatNegeri Perak serta perasmian Masjid At-Taqwa di Proton City di sini. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.





Sultan Azlan bertitah Perlembagaan yang digubal sebagai instrumen rujukan berkerajaan menjelang negara mencapai kemerdekaan itu adalah Perlembagaan yang bukannya digubal oleh umat Islam dan orang Melayu sahaja, tetapi telah digubal dengan persetujuan pelbagai pihak yang mewakili pelbagai kaum dan pelbagai agama.



"Semangat yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan itu diiktiraf oleh negara. Kerana itu, hari-hari kebesaran pelbagai budaya dan pelbagai agama dihormati hinggakan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak memperuntukkan cuti umum bagi menghormati hari-hari kebesaran agama dan kebesaran budaya," titah baginda.



Baginda bertitah sifat toleransi dan persefahaman yang telah dibuktikan olehorang Melayu dan umat Islam sebagai peribumi di tanah air ini dengan menerima dan membenarkan kelangsungan pelbagai budaya dan amalan pelbagai agama telah menjadi asas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu padu, memiliki kestabilan politik, berupaya menjana pertumbuhan ekonomi secara berkesan lagi berfokus.



"Perkara-perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Perkara-perkara sensitif seperti ini terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi hingga ke peringkat memungkinkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan saudara di banyak negara," titah baginda.



Baginda bertitah keamanan dan kestabilan negara ini selama 52 tahun mencapai kemerdekaan adalah atas kearifan dan kematangan para pemimpin agama, politik dankaum menyuarakan dan menangani isu-isu penting dan sensitif seperti ini secarabijaksana dalam forum yang tertutup; yang membolehkan berlangsungnya perbincangan secara berterus terang, terbuka lagi bertamadun tanpa liputan media dan tanpa galeri politik.




"Adalah amat membimbangkan jika isu kaum, budaya dan agama mula dijadikan modal untuk mendapat populariti politik tanpa mengenal batas, tanpa menghormati sejarah dan salasilah penubuhan negara bangsa Malaysia dan tanpa memberi pertimbangan akan implikasi negatif yang memudaratkan," titah baginda.



Sultan Azlan bertitah bahawa kebelakangan ini, negara sedang dilanda budaya politik yang keterlaluan di mana budaya berpolitik di dalam negara telah mula berhijrah dari budaya politik yang positif dan konstruktif kepada budaya politik yang negatif dan destruktif.



Baginda bertitah budaya berkenaan yang hingga ke peringkat mengetepikan Perlembagaan dan semangat perlembagaan, undang-undang dan institusi perundanganselain menyemai sentimen tidak menghormati badan-badan penguatkuasaan dibimbangi akan membawa negara kepada satu anarki jika ia tidak dibendung secara tegas.



Komen Isac;



Begitulah halnya dengan pembangkang, hanya menginterpertasi perlembagaan dan undang-undang mengikut kehendak dan kepentingan mereka. Yang jelas termaktubpun hendak mereka ubah apa lagi undang-undang yang tidak berapa jelas....Semuanya demi kepentingan dan kuasa politik mereka.



Yang hairannya ada juga parti orang Melayu yang berlagak "kiasu" dengan menyokong mereka ini, kononnya atas dasar hak kesamarataan dan "Islam tidak menindas". Hak agama dan bangsa sanggup dilacurkan hanya kerana ingin berkongsi tampok pemerintahan......

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3