bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Dec 2009

Bayangkan Jika Pihak Berkuasa Seperti Polis, Tentera, SPRM, Kastam, Emigresen Dan Lain-Lain Hanya Bekerja 8 Jam Sehari....



Siasat tanpa had waktu



Oleh NORAZLITA MOHD. SIESpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 17 Dis. – Hak untuk menyoal saksi tanpa batasan masa dikembalikan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan badan tersebut menjalankan siasatan melepasi waktu pejabat.




Panel tiga hakim mahkamah tersebut yang diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara memutuskan, waktu siasatan tidak boleh dibataskan atau terhad dalam tempoh masa bekerja yang biasa.




Justeru itu, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 19 November lalu yang memutuskan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat dalam waktu pejabat antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang, diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.




Hakim Hasan yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memutuskan, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah selaku responden dalam rayuan tersebut membayar RM10,000 sebagai kos kepada SPRM......




Terdahulu, panel hakim mendengar hujah Amarjeet yang menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf ketika membuat keputusan. ‘‘SPRM adalah satu badan istimewa yang ditubuhkan bagi menangani gejala rasuah menerusi pendekatan siasatan yang efektif.




‘‘Memandangkan kegiatan rasuah tidak mengenal waktu maka tempoh masa siasatan tidak boleh dihadkan, hanya dalam waktu pejabat. Pegawai SPRM sentiasa berada dalam tugas memandangkan perbuatan rasuah boleh dilakukan pada bila-bila masa,’’ kata Amarjeet.




Sehubungan itu tambah beliau, skop menjalankan siasatan tidak boleh disempitkan kerana interpretasi tersebut tidak betul.




Komen Isac;



Bayangkan jika pihak polis, kastam, emigresen dan tentera juga tertaluk kepada interpertasi oleh Karpal Singh......Kerja hanya pada waktu pejabat. Kena juallah negara kita ni...



Ataupun mereka (pembangkang) mungkin suka kerana mereka boleh berbuat sesuka hati dalam masa tersebut. Iaitu 16 jam tanpa polis & tentera negara ini adalah milik mereka.



Sesungguhnya pihak pembangkang sememangnya suka mencari "loop hole" dalam undang-undang untuk kepentingan diri mereka, lebih malang interpertasi undang-undang adalah untuk "menyelamatkan" leher mereka....Lihatlah cara mereka memanipulasi undang-undang....Bagaimana institusi ini hendak menjalankan tugas mereka apabila maruah mereka sering diinjak-injak dan rakyaat dihasut supaya membenci mereka?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3