bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Sept 2009

Islam Bukan Hanya Retorik Politik - Parti Yang Mendakwa Mahu Menegakkan Islam, Kempen Politik Mereka Juga Perlu Islamik.




Komen Isac;

Islam tidak menghalalkan Cara. Orang Islam tidak perlu meniru gaya Yahudi apatah lagi 95% orang Islam di Malaysia adalah berketurunan Melayu. Orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan baik pekertinya.
Hayatilah ajaran Islam yang sebenar, bukan Islam Hadari dan bukanya Islam ala Pas. Memfitnah, mengata, memaki dan menelanjangkan aib "musuh-musuh" politik, bukannya budaya Islam.
Dalam Islam, selain kita wajib menurut syariat Islam, budaya masyarakat tempatan yang baik dan tidak menyalahi hukum syarak juga perlu diikuti. Ini adalah kerana Islam menitikberatkan keharmonian di dalam masyarakat.
Bagi mereka yang berani "menghalalkan" semua perkara di atas saya cadangkan pergilah mengaji lagi. Tidak kiralah jika anda Sarjana Agama, Tok Guru maupun Ulamak....
Bak kata orang tua-tua, "berilmu tanpa amal sia-sia, beramal tanpa ilmu gila".
Jika ini terus dipraktikkan, Pakatan Pembangkang termasuk Pas lah yang sebenarnya mengamalkan amalan Sekular, dalilnya ialah kerana mereka telah memisahkan Islam dengan politik!!!
Mengabui mata rakyaat bahawa mereka mahukan Islam tetapi hakikatnya perkara ini tidak diterjemahkan dalam kempen-kempen politik mereka, dengan mempraktikkan kempen-kempen politik yang tidak Islamik.

1 comment:

  1. saya merasa malu dan sakit hati apabila saya terdengar bisik bisik kawan kawan bangsa asing saya memperlekehkan orang melayu yang kian berpecah.hendak disanggah ada kebenaranya.kenapa kita jadi begini?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3