bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Sept 2009

Kapal Selam Pertama Negara (Scorpene) Kini di Selat Melaka






Foto: Kapal Selam KD Tungku Abdul Rahman Belayar Menuju Pelabuhan Kelang.


KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi esok.


Foto: Kapal Selam KD Tungku Abdul Rahman sedang berlabuh.


Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin. "Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program "Hello On Two" di TV2 RTM mulai 7.50 pagi," kata Lt Kdr Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketika dihubungi di sini hari ini.

Komen Isac;


Akhirnya penantian angkatan tentera kita untuk memiliki kapal selam sendiri terkabul dengan kehadiran KD Tunku Abdul Rahman. KD Tun Abd. Razak pula akan menyusul pula selepas ini. Ini melengkapkan pembelian dua (2) buah kapal selam jenis Scorpene yang dibeli dari Perancis sebelum ini.


Kapal selam sememangnya telah menjadi suatu keperluan di dalam pertahanan maritime moden apa lagi negara seperti Malaysia yang dari segi geografi mempunyai kawasan Perairan Wilayah seluas 65,023km persegi, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seluas 450,233km persegi, garis pantai sepanjang 4,800 km serta 1,007 buah pulau menawarkan pelbagai sumber asli penting kepada ekonomi dan pembangunan Negara memang memerlukan kapal selam.




Foto: Lagi Gambar KD Tungku Abd Rahman.


Malaysia yang telah merektifikasi Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) pada 14 Oktober 1996 berhak untuk membuat tuntutan zon maritim berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan dan perlu memenuhi garis panduan teknikal seperti yang diperlukan. Walaupun kerajaan telah mengistihar hak batas zon maritim Negara melalui penerbitan Peta Baru 1979, isu-isu teknikal yang berkaitan perlu diperkemaskan untuk menyokong dan menguatkan tuntutan tersebut. Selain daripada isu keselamatan pelayaran kapal yang melalui Selat Melaka yang merupakan ‘international waterway’ yang terpanjang dan paling sibuk di dunia juga sentiasa perlu diberi perhatian.


Malaysia sebenarnya agak ketinggalan sekiranya hendak dibandingkan dengan jiran-jirannya yang lain kerana negara jiran seperti Indonesia telah memiliki kapal-kapal selam mereka sejak lebih 2 dekat yang lalu, sementara Singapura sebuah negara kecil dan mempunyai perairan lautnya yang terbatas pula telah mempunyai beberapa buah kapal selam sejak 14 tahun yang lalu. (berminat mengetahui jenis-jenis kapal perang Malaysia sila rujuk; http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Navy


Pembelian kapal-kapal selam Scorpene ini pernah dikaitkan dengan "skandal Alantunya" oleh pihak pembangkang kerana dikatakan ianya telah melibatkan komisyen bernilai lebih RM 500 juta ringgit.


Sila baca ini;

Beliau (Najib) menjelaskan, kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek.


“Nilai kontrak ialah Euro 1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro 969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.


“Kedua, ia melibatkan perbelanjaan bernilai Euro 114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar dalam konteks perolehan kapal selam Scorpene.


Syarikat itu, kata Najib, sebenarnya diberi kontrak perkhidmatan sokongan untuk tempoh enam tahun dengan nilai kontrak Euro 114.96 juta (RM586.3 juta).


Pada masa ini, Perimekar baru dibayar sebanyak Euro 95.54 juta (RM487.3 juta).


Najib memberitahu, Perimekar adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn. Bhd.


Beliau menambah, skop kerja perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh Perimekar adalah menyediakan kediaman untuk pasukan pegawai TLDM di Perancis dan Sepanyol.


Penyelenggaraan

“Syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan, kediaman serta kelengkapan untuk 156 anggota TLDM dan 30 kakitangan penyelenggaraan pangkalan.


“Ia juga menyediakan insurans, membayar elaun harian bernilai Euro 50 sehari (RM306), membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap anggota pasukan untuk tiga kali setahun serta menyediakan keperluan lain,” katanya.


Di samping itu, kata Najib, Perimekar juga menyediakan perkhidmatan koordinasi dengan memastikan syarikat Malaysia terlibat dalam pembinaan kapal selam serta terbabit dalam program off-set.


Katanya, syarikat itu juga membantu kontraktor utama dalam prosedur kerajaan serta menyelaras latihan krew kapal selam dan menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.


Maklumat lanjut sila rujuk;


Soalan mengenai isu sukhoi juga boleh dibaca di link yang sama.


DSAI semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan, pernah dikaitkan sebagai memberikan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat milik kroni-kroni beliau, projek-projek yang bernilai sekitar RM 15 billion. Bagaimana jika komisyen yang beliau terima adalah sekitar 20%, iaitu mewakili RM 3 billion? Banyak bukan? Patutlah kroni-kroni DSAI dan beliau sendiri dilihat menikmati kehidupan yang melangkaui "kemampuan" mereka.


Mana mungkin mantan Timbalan Perdana Menteri mampu untuk mempunyai beberapa buah banglow mewah, menggaji sehingga 12 orang peguam "grade A" untuk mewakili kes beliau di mahkamah, selalu keluar negara, pernah mendapatkan rawatan perubatan dari seorang Doktor pakar di Jerman, membiyayai pilihanraya-pilihanraya, gaya hidup mewah dan lain-lain lagi.


Tidakkah rakyaat Malaysia juga tertanya-tanya dan ingin tahu dari manakah sumber kewangan yang diperolehi oleh beliau?


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3