bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Jan 2014

Rakyaat Bakal Tersepit, Harga Petrol Ron 95 Bakal Naik???



KUALA LUMPUR: Rakyat bakal sekali lagi menjadi mangsa penipuan kerajaan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengumumkan dasar harga baru RON95 akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.


Dengan menggunakan alasan 'memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak', satu mekanisma akan diperkenal yang membolehkan hanya golongan susah mendapat subsidi petrol. 


“Gesaan ini pasti menimbulkan kegelisahan kepada golongan pertengahan apabila pemansuhan subsidi RON95 menjadi agenda sebenar,” ujar Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduann dalam satu kenyataan.


Justeru, tegasnya SAMM menolak sebarang usaha kerajaan menaikkan harga petrol RON95 walau dengan apa pun alasan. 


Katanya, rakyat sudah cukup menderita dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang melambung dan berita pemotongan subsidi ini sangat tidak membantu meredakan keresahan rakyat.


Tambahnya, SAMM percaya mekanisma bakal disusun akhirnya menjadikan rakyat Malaysia dipaksa tunduk kepada kerajaan. 


“SAMM jangkakan rakyat akan diarah memohon kad subsidi dan hanya yang bergaji tertentu sahaja layak memiliki kad tersebut. 


“Pada tahun 2011, Ismail Sabri ketika itu menjadi menteri bertanggungjawab pernah mencadangkan penggunaan mykad sebagai token pengantara untuk menikmati subsidi petrol,” katanya lagi. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Dah namanya pun Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memanglah kerjanya asyik buat propaganda dan fitnah aje agar rakyaat membenci kerajaan...

Pastinya kerajaan ada makanisma yang adil.... Takkanlah orang yang bergaji 20-50 ribu sebulan atau lebih pun nak harapkan subsidi kerajaan???

Macam nak makan nasi, beras bersubsidi 10Kg RM 18.00 jugak???

X kan lah MD, CEO dan ahli perniagaan besar yang income mereka mencecah jutaan ringgit setahun pun laparkan subsidi petrol sekitar RM 0.90 seliter ???

Rekod di incomtax kan ada??? Kalau tak telus/cukup, suruh lah pegawai2  incomtax supaya lebih rajin menyiasat penipuan2 pembayar2 cukai supaya pendapatan negara akan bertambah.

X kan Ah Long, Mafia Cina/India, kasino haram, pengusaha mesin kudapenyeludup, mereka yang menipu pendapatan tahunan X perlu bayar atau bayar cukai atau hanya lebih rendah dan dapat menikmati subsidi petrol dan lain2???

Cadangan penulis, untuk sesiapa yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 15  ribu sebulan boleh dibenarkan menggunakan petrol Ron 95 dan bagi mereka yang pendapatan bulanan melebihi RM 15  ribu sebulan perlulah menggunakan Ron 97 sebagaimana pelancong dan warga asing. Ataupun pendapatan lebih tinggi yang kerajaan fikirkan sesuai.

Walau bagaimanapun, sekiranya pendapatan bulanan bawah RM 10 ribu pun kerajaan nak suruh gunakan Ron 97 (tanpa subsidi), alamat nak lingkup lah jawabnya dalam PRU 14 nanti.

Buat Pakatan Rakyaat jangan melampau sangat dalam berproganda!!!

Dan buat Pak2 Menteri pula jangan buat keputusan "bodoh" sehingga menyebabkan Umno/BN kalah dalam PRU 14 nanti!!!




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3