bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Jan 2014

Sah Anwar Akan Bertanding di DUN Kajang - Khabar Angin Bakal Jadi MB Selangor Benar???

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.


Sumber klik sini.


Komen Isac:


Jangan ingat Anwar sudah "putus asa" untuk jadi PM....

Sekarang adalah masanya yang sesuai sebab kebanyakkan rakyaat Malaysia termasuk orang2 Melayu penyokong2 kuat Umno yang tinggal di kampung2 pun telah semakin resah dengan kenaikkan harga barangan keperluan harian.

Apapun setiap orang ada masalah...mereka sendiri....

Selain gaji MB Selangor bakal lebih mahal daripada gaji PM dan itu belum lagi termasuk elaun pengarah di syarikat2 GLC milik kerajaan negeri.... Perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yang baru pastinya mengesahkan lagi pergeseran antara kumpulan Khalid, Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga kumpulan Azmin sehingga Anwar terpaksa menjadi orang tengah kerana masing2 kumpulan tidak mempercayai antara satu dengan lain.

Apapun Umno tidak boleh suka hati kerana perjalanan ke PRU 14 masih jauh dan keadaan sekarangpun jelas tidak memihak kepada mereka.

Sewajarnya rakyaat Selangor menunjukkan pintu keluar buat Anwar kerana bosan dengan politik peribadi dan berlebihan PR sehingga bakal mengorbankan sekali lagi jutaan wang rakyaat!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3