bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Nov 2013

Moto2 - Pelumb Negara, Hafizh Syahrin Abdullah Menang Lagi di Sepanyol!!!

Foto (Kiri): PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjulang trofi yang dimenanginya selepas berjaya mendapat tempat kedua pada pusingan terakhir dalam saingan CEV Repsol Sepanyol 2013 di litar Jerez, Sepanyol, semalam. - Foto BERNAMA. Nov 25, 2013 10:07 am

KUALA LUMPUR - Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) di tangga ketiga keseluruhan sebaik menamatkan perlumbaan terakhir di tempat kedua pada pusingan terakhir yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol, semalam.

Hafizh memulakan perlumbaan akhir dari petak kedua bersebelahan dengan pesaing utama, Alex Marinelarena. Persaingan sengit sepanjang 17 pusingan menyaksikan Hafizh hampir berjaya menewaskan pelumba Sepanyol itu, namun kesilapan kecil yang dilakukan pada penghujung perlumbaan membolehkan Marinelarena mendahului saingan dan menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23:51.159s.

Walaupun cuba mengejar, pelumba Petronas Raceline Malaysia itu terpaksa akur di tempat kedua, 0.859s ketinggalan di belakang manakala Sebastian Porto menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Keputusan tersebut menyaksikan Hafizh terpaksa berpuas hati untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 155 mata di belakang Marinelarena yang mengumpul 167 mata, manakala Roman Ramos yang menamatkan saingan di tempat kelima muncul sebagai juara keseluruhan dengan 173 mata.

"Perlumbaan berlangsung sengit namun saya gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan terakhir musim ini dengan gelaran naib juara. Saya bekerja keras sepanjang perlumbaan dan merancang untuk memintas pada penghujung perlumbaan, namun saya melakukan sedikit kesilapan dan hampir terjatuh. Walaupun berjaya mengawal jentera, namun lawan saya sudah jauh di hadapan.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan keputusan ini. Menduduki tempat ketiga pada musim kedua sudah cukup baik dan banyak yang telah saya dan seluruh pasukan pelajari sepanjang musim ini.

"Saya berterima kasih kepada semua terutama penaja saya, Petronas yang memberikan sokongan penuh sepanjang perkembangan karier saya sehingga ke hari ini. Begitu juga kepada keluarga, krew pasukan yang telah membantu dan membimbing saya selama ini serta mereka yang sentiasa menyokong saya," kata Hafizh.

Keputusan di tempat kedua itu membolehkan Hafizh meraih tujuh kedudukan podium sepanjang musim 2013, enam daripadanya secara berturut-turut bermula daripada pusingan 2 sehingga ke pusingan terakhir.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131125/su_08/Hafizh-rangkul-tempat-ketiga-keseluruhan#ixzz2ljZ2oma7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3