Petang tadi selepas pergi ke Maybank Jalan Awang, dalam pukul 5 lebih, penulis sempat membeli satay.
Walaupun telah lama mendengar akan kisah pasangan suami-isteri lewat pertengahan usia yang menjual satay murah, ini merupakan kali pertama penulis membeli dari mereka.
Tergantung papan tanda harga "20 sen secucuk termasuk daging kulit dan lemak". Papan tanda yang berpusing2 ditiup angin dalam hujan renyai. Penulis tak "masuk kepala" sangat pasal tanda harga tersebut sebab "jualan murah" oleh peniaga biasanya hanya gimik.
Lihat sahaja peniaga durian di tepi jalan.... Papan tanda RM 1.00 sekilo, bila kita datang hendak melihat, RM seringgit tu adalah durian tak elok yang diasingkan dalam bakul lain....
Penulis meminta dibungkuskan satay ayam 20 cucuk. Tak nampak pulak satay daging. Bila penulis bertanyakan makcik tu berapa harganya, beliau memberitahu harganya RM 4.00.
Subhanaullah.... Rupanya ada lagi manusia dalam dunia ni yang berniaga sambil bersedekah... Bukan macam kebanyakkan peniaga yang menjual dengan harga yang mahal kerana nak pakai BMW, Lexus, Mercedes ataupun Audi.
Semoga kemurahan hati pakcik dan makcik tu Allah s.w.t. akan membalasnya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan hingga ke akhir hayat dan mati dalam iman, amin.
Walaupun dari cara penampilan pasangan tersebut nampak mereka bukanlah dari kalangan orang yang berada, tetapi mereka mempunyai jiwa yang "besar".
Dahulu penulis memang pernah diberitahu oleh seorang teman (penduduk tempatan di Segamat) bahawa ada pasangan penjual satay yang tidak menaikkan harga jualan mereka sejak berapa lama kerana menuruti nasihat arwah ibu mereka dan baru kini penulis terjumpa.
Mungkin peniaga sebegini, wajar diziarah oleh PM sebagai galakkan dan mungkin juga diberikan bantuan agar lebih ramai anggota masyarakat akan mencontohi mereka.
bukan setakat PM saja patut buat tinjauan/lawatan tv1,tv2,tv3,tv7,tv8,tv9,utusan malaysia,berita harian pun patut buat liputan,satey termurah dimalaysia.
ReplyDelete