bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Jun 2018

Mintak Rakyaat Bayar Hutang Negara Tapi Pulang Balik Cukai Kroni?


Penulis percaya sebagai kerajaan yg katanya mengamalkan pemerintahan yg transparent, good governance, amanah, berintergriti dll.

Selari dengan kerajaan yg boleh buat pengumuman hampir setiap hari kepada rakyaat akan apa yg mereka telah telah lakukan, penulis berharap Tun M/PH juga akan memaklumkan kepada rakyaat apabila cukai2 tambahan yang katanya telah dikenakan di zaman Najib ke atas syarikat2 kroni dipulangkan semula kepada syarikat2 tersebut. Ini penting kerana semua duit2 yang terlibat adalah duit rakyaat. Kerajaan PH hanya lah pemegang amanah. Apatah lagi dengan jumlah hutang kerajaan yg tinggi.

Penulis juga merasakan kerajaan PH juga perlu mendedahkan butiran2  tentang bagaimana pihak regime kerajaan terdahulu boleh membenarkan apa yang didakwa sebagai mengutip cukai tambahan. Kerana apa yg penulis faham ianya jika berlakupun bukan lah cukai tambahan, sebaliknya cukai yg kurang dibayar disebabkan under declare ataupun kerana salah pengiraan oleh syarikat2 tersebut. Suatu perkara yang juga berlaku ke atas akaun2 cukai individu.

Penerangan, penjelasaan berserta bukti2 juga perlu supaya rakyaat X tertanya2 mengapa mereka terpaksa menderma untuk melunaskan/mengurangkan hutang2 kerajaan tetapi sebaliknya cukai yang dibayat oleh syarikat2 kroni dipulangkan semula.

Rakyaat juga mungkin akan mendapat persepsi yg salah seperti, derma rakyaat sebenarnya untuk membayar syarikat2 kroni. Ataupun Wang yang dikembalikan mungkin sebenarnya  politik sebagai imbuhan kepada dana2 politik yang telah diberikan semasa PRU baru2 ini.

Ini kerana cukai2 syarikat2 dan individu dikutip berdasarkan peraturan dan undang2, jestru mana mungkin pihak Incometax boleh mengenakan caj2 tambahan tanpa peruntukan undang2 dan alasan yang munasabah.

Tambahan pula syarikat2 ini juga mungkin telah memberikan maklumat yang salah kepada Tun M untuk kepentinga peribadi. Malah jika pembaca2 budiman yang berumur 40an dan ke atas, mungkin masih ingat bagaimana disebabkan  maklumat yang salah yang diberikan oleh pengurusan proton ketika itu, Tun M pernah menemplak pembeli2 kereta proton bahawa harga accessories yg ditawarkan oleh Proton adalah sangat rendah malah jika pembeli2 tidak mahu accessories berkenaaan, mereka masih tetap perlu membayar pada harga yang sama. Satu contoh bagaimana orang2 yang rapat dengan Tun M boleh memberikan maklumat yang tidak benar.


3 comments:

  1. 3 anak Tun M billionaire, dapat contract Kerajaan secara rundingan terus dan bailout, suruh anak pulang balik duit dulu

    ReplyDelete
  2. oit...kau merepek apa?
    lhdn mmg selongkar la..aku kena..padahal syarikat dah diaudit secara telus...kena tambahan..mana nak carik duit oiii masa tu..kena bar drp pegi luar negara dan hampir nak kena bangkrap...apa punya kerajaan dulu la..nak menekan org berniaga...

    satu lagi gst..kalau claim gst confirm lhdn dtg pejabat...

    ReplyDelete
  3. Ko tu bodoh nak lari cukai macam dua ekor anak madey.. Berniaga merompak sana sini.. Bila kena cukai mengadu pada daddy haprak. Konon cukai lebih..mengamok le madeyy

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3