bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Aug 2017

Projek ECRL Buah Tangan Najib Untuk Melayu dan Penduduk di Pantai Timur???


Pakatan Harapan begitu risau kejayaan yang akan dihasilakan oleh projek ECRL kerana kebaikkannya kepada rakyaat terlampau banyak dan ini akan memberikan pulangkan dalam bentuk undo rakyaat terhadap BN. 

Kepada Singapura pula, kebergantungan Malaysia terhadap pelabuhan2 mereka untuk mengeksport hasil-mahsul negara akan berkurangan dengan drastik. Ini pastinya seperti mengistiharkan perang jestru tidak hairan jika PH akan digunakan utk "menyerang" kejayaan projek ini habis-habisan. Sebenarnya terlalu lama orang2 Melayu di Kelantan dan Terengganu dipinggirkan oleh pucuk peminpinan terdahulu daripada pembangunan bersekala besar gara2 mereka tidak menyokong parti yang memerintah.

Jika di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Husein Onn ianya boleh di fahami kerana negara tidak berkemampuan di sebabkan baru merdeka, itu pun projek pertanian tanah rancangan seperti Felda dan Felcra mereka tidak dikecualikan. Sebenarnya kepimpinan selepas itu tiada alasan untuk meminggirkan pembangunan di negeri2 di Pantai Timur khususnya di Kelantan.

Tidak seperti kepimpinan sebelum mereka Pak Lah dan Najib telah memplopori banyak pembangunan di Kelantan seperti projek pelebaran jalan dan jambatan baru Sultan Ismail, menarik-taraf lapangan terbang Ismail Petra, Pengalaman Chepa kepada lapangan terbang atarangbangsa, pembinaan bandar baru pusat pentadbiran persekutuan di Tunjung, menyambung pembinaan LPT sehingga ke Kelantan, memperbaiki jeti pendaratan ikan Di Tok Bali dll.

Video, Overview of ECRL project;


Faedah2 secara terus/tengible dan tak secara langsung/intengible yg bakal dinikmati oleh penduduk2 di sekitar projek ECRL adalah seperti berikut;
  1. Pengambilan tanah akan members faedah kepada penduduk setempat.
  2. Hasil mahsul negeri2 di Pantai Timur dapat dieksport melalui pelabuhan Kelang dgn lebih mudah supaya tidak lagi terlalu bergantung kepada laluan jalanraya yg agak lambat kerana LPT belum siap sepenuhnya dan pelabuhan bermusim pelabuhan Kemaman dan Kuantan yang terpaksa ditutup sepanjang monsoon Timur Laut.
  3. Tanah2 kg kiri kanan trek akan naik harga. 
  4. Tanah2 yg terbahagi dua oleh projek ini akan memberikan good frontage value.
  5. Merancakkan pertumbuhan bandar2 baru di sekitar stesen2 keretapi.
  6. Memudahkan pergerakan rakyaat.
  7. Mudah untuk menjalankan apa juga aktiviti dan melanjutkan pelajaran ke negeri lain.
  8. Org akan lebih kerap balik kg ziarah orang tua dan keluarga.
  9. Lebih ramai anak dara dapat kawen dgn org bandar (dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga).
  10. Wujudkan peluang2 perniagaan baru.
  11. Aktiviti ekonomi akan meningkat.
  12. Meluaskan kemudahan infrastruktur kepada penduduk luar bandar dan X terhad utk kawasan bandar sahaja. Satu contoh keadilan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib yang tidak memecilkan penduduk kampung, sebagaimana projek lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.
  13. Berbanding pemerintahan terdahulu yang memberikan peluang pihak konsessi menetapkan harga tiket/toll, kerajaan di bawah pimpinan DS Najib berjanji akan memberi subsidi tambang sebagaimana yg diperolehi oleh perkhidmatan MRT/LRT di zaman Najib. Sumber klik sini. 
  14. Peluang pekerjaan di mana 30% drpd projek ini perlu diberikan untuk national contenpenglibatan tempatan. cth. pekerja, barangan mentah, tanah/pasir/aggregate utk kerja2 filling, simen dll.
  15. Additional to that, these are actually where Najib's spending our GST money other then for brim, klinik1M, hospitals, education, others subsidies, road maintenance, built low cost/Prima houses, rumah banjir/rakyaat and etc.
  16. DLL.
Seruan penulis buat rakyaat dan pengundi2 Kelantan khususnya dan Pantai Timur amnya keterbukaan DS Najib ini wajarlah disokong agar lebih banyak projek pembangunan dapat dikecapi dan dinikmati. 

Siapa tahu walaupun mungkin BN X dapat menawan Kelantan dlm. PRU 14 nanti, setidak2nya mungkin kerajaan campuran dapat ditubuhkan agar aspirasi kerajaan pusat di dalam membangunkan negeri2 di Pantai Timur Semenanjung khususnya di Kelantan lebih mudah utk dilaksanakan terutamanya apabila melibatkan isu-isu pengambilan tanah akan menjadi lebih mudah tanpa tentangan kerajaan negeri demi faedah semua pihak.

Ianya juga menjadi satu bukti bahawa kerajaan hari ini tidak meminggirkan negeri2 Pantai Timur dan penduduk di kampung2 sebagaimana ada pemimpin terdahulu lakukan semata-mata hanya kerana perbezaan fahaman politik.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3