bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jun 2013

Kereta Kebal Scorpion Bakal Menunggu Perusuh Black 505 ???

Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh hari ini.

Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.
Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.-20/6/2013


Komen Isac;

Dalam pemimpin dan penyokong2 PR yang menerima keputusan PRU 13 secara berpilih (terima jika menang dan melabel berlaku penipuan sekiranya kalah), doa penulis agak negara tidak terjerumus kedalam kancah perang saudara sebagaimana yang berlaku di semenanjung Arab.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3