bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Jun 2013

Selangor Guna Duit Rakyaat Fail Petisyen Bantahan PRU 13 ???

AIDCNews – 10/06/13 – Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengeluarkan peruntukkan sumbangan bagi membiayai dana kos guaman kepada mana-mana pihak dari Pakatan yang akan memfailkan petisyen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan portal kerajaan negeri, Selangorku berkata, langkah tersebut diambil dakwanya untuk memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita Kerajaan Negeri melalui (Program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan Mahkamah Syariah Kali Ke-2, di Bangi.

Menurut Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan berkongsikan data yang diperolehi menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti penyelewengan dalam PRU 13 lalu.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac:

Petisyen bantahan pun mahu dijadikan mainan politik mereka... Untuk mengapi-apikan rakyaat supaya menentang BN yang dituduh sebagai penipu dan zalim.

Ironinya, keputusan PRU 13 cuma ditolak secara berpilih...

Kalau menang, mereka diam2... terus angkat angkat sumpah dan tubuhkan kerajaan...

Tapi kalu kalah akan terpekik terlolong menyalahkan SPR, BN dan pihak polis!!!

Adakah penggunaan wang rakyaat untuk PR berpolitik sesuatu yang wajar???

Fikir2 kan!!!

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3