bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Mar 2013

Melayu/Bumiputera Bakal Senasib Dengan Bangsa Moro???

Samada Kiram III layak untuk menuntut jawatan Sultan Sulu begitu juga dengan Sultan-Sultan mereka yang lain, itu bukanlah persoalannya.

Samada mahu diakui atau tidak, Kesultanan Sulu telah kehilangan kedaulatannya apabila rakyaatnya berpecah dan ada di antara Sultan-Sultannya yang terdahulu tidak mengutamakan rakyaatnya.

Nasib pengganas Sulu adalah sesuatu yang perlu kita jadikan iktibar...

Apabila Bangsa Sulu dijajah oleh satu demi satu bangsa penjajah, juga mungkin akibat tekanan ataupun ketamakkan Sultan-Sultan mereka sendiri memajakkan tanah2 mereka, kini bangsa Sulu yang dahulunya mempunyai empayar yang luas, akhirnya menjadi suatu bangsa tanpa negara. 

Kedudukan bangsa mereka ibarat bangsa Kurdish iaitu keturunan Salahuddin Al Ayubi (Yang Telah Membebaskan Bumi Palestine) di mana tanah tumpah darah mereka terpecah di bawah pemerintahan Iraq, Turki, Iran dan Syria. Klik sini.

Tanah jajahan Kesultanan Sulu yang dahulunya luas kini terpecah di bawah beberapa negara di rantau Asia Tenggara iaitu Filipina, Malaysia dan Indonesia.


Sumber klik sini

Peringatan buat kita, dengan kedudukan orang2 Melayu/Bumiputera yang berpecah-belah sekarang ini, pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyaat hanya akan menyaksikan orang Melayu/Bumiputera akan senasib dengan bangsa Moro.

Dengan Pas yang hanya mampu memenangi 23 kerusi parlimen dalam PRU 12, jika Pakatan Rakyaat memenangi 113 kerusi parlimen berbanding 109 oleh Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti (waliyazubillah...). Pastinya MP Melayu yang mewakili parti yang memerintah akan kehilangan "taring" kerana terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR. 

Jestru pasti anda dapat bayangkan apa yang bakal berlaku???

Sudah bersedia untuk mengikuti jejak  Bangsa Moro yang tidak bernegara???

Adakah apabila "kuasa bertukar tangan" baru kita mahu "mengamuk" sebagaimana yang dilakukan oleh pengganas Sulu??? Lihatlah betapa mudahnya mereka diperkotak-katik oleh "tangan2 hitam". Beratus tahun Sabah tidak mereka tuntut, apabila diadu-domba, mereka merelakan diri mereka menjadi "ayam sabung" sehingga sanggup berbunuhan sesama kita.

Para pengunjung budiman, lakukanlah apa sahaja tetapi pastikan kita terus bersatu agar jangan sampai bumi yang dipijak ini menjadi milik "orang".

2 comments:

  1. Salam bro..
    Iya memang benar sekira percubaan daripada pihak PR yang berterusan menimbulkan berbagai masalah di negara ini jika dipatahkan segera tentu sekali akan memberi kesan jangka panjang yang amat buruk kepada bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya di Malaysia.

    Kita perlu sedar bahawa PKR atau Anwar hanyalah alat penting kepada DAP dalam mencapai niat jijik mereka menguasai politik di negara ini di mana sokongan membabi buta PAS terhadap perjuangan DAP juga antara yang dilihat menambahkan lagi keangkuhan parti raais itu dalam mendapatkan sokongan daripada kaum Bumiputera di negara ini.

    Mudah-mudahan pada PRU13 nanti UMNO dan seluruh parti komponen dalam BN akan menang besar iaitu lebih dari 2/3 majoriti yang diperlukan.

    ReplyDelete
  2. Bumi yg kita pijak akan jadi milik org - cina, india, burma, sulu, kemboja, pakistan, indon, semua dah ada ic Msia. Hidup Melayu!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3