bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Sept 2012

Lambaian Haji Telah Tiba Lagi!!!


320 Kumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas

SEPANG: Seramai 320 jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci pada pukul 1.30 pagi Isnin dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pengerusi KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) Datuk Abdul Mutalib Muhamed Razak berkata untuk tahun ini, 61 penerbangan pergi jemaah haji dikendalikan KLAS menerusi Saudi Airlines.
"Kira-kira 14,000 jemaah haji menggunakan penerbangan Saudi Airlines tahun ini, separuh daripada jumlah keseluruhan jemaah iaitu seramai 28,000," katanya kepada pemberita di sini
Terdahulu pada satu majlis ringkas, beliau menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada jemaah penerbangan pertama itu.

Seramai 600 pegawai dan petugas Tabung Haji kini berada di Madinah dan Mekah bagi menguruskan jemaah haji negara ini.

Penerbangan terakhir ke tanah suci yang dikendalikan KLAS ialah pada 18 Okt manakala penerbangan pertama pulang ke tanah air pula dijadual 1 November. BERNAMA. Sumber klik sini.


Komen Isac:

Semoga jemaah haji Malaysia dan semua jeaah haji akan mendapat haji yang mabrur. Amin...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3