bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Sept 2012

Lagi Bukti Rakyaat Kelantan Ditindas Oleh Kerajaan Pusat!!!


RM300 juta bina rumah mesra rakyat di Kelantan


KOTA BHARU 7 Sept. - Kelantan merupakan negeri tertinggi menerima skim rumah mesra rakyat yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, daripada 6,265 permohonan yang diterima sejak 2002 sehingga kini, sebanyak 4,809 telah pun diluluskan pembinaannya di negeri ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, SPNB telah menyiapkan sebanyak 2,814 unit rumah dan selebihnya dalam pembinaan.

Katanya, secara keseluruhannya Kerajaan Pusat telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menyediakan rumah mesra rakyat di negeri ini.

"Peruntukan yang dikeluarkan itu sangat besar dan ia jelas menunjukkan Kerajaan Pusat tidak pernah pilih bulu dalam membantu rakyat yang memerlukan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu di Dewan Menengah Kebangsaan ( SMK ) Sultan Ismail di sini hari ini. 

Artikel yang berkaitan, klik sini.

1 comment:

  1. sekadar pandangan...
    UMNO dan BN melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad tetap menyediakan skim rumah mesra rakyat walaupun majoriti rakyat Kelantan masih taksub dengan Tok Guru Nik Aziz dan PAS.
    Masalah air bersih dan Air Kelantan merupakan masalah utama selain perumahan di Kelantan. Rakyat telah menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap Kerajaan Negeri dalam hal ini. Mungkin TV `overdo’ tetapi itu lah hakikatnya. Rakyat Kelantan sudah menunggu selama 22 tahun untuk bekalan air bersih. Sekurang kurangnya tidak semua jajahan tetapi kalau satu tahun satu jajahan, 22 tahun sepatutnya 22 jajahan atau kawasan yang mempunyai bekalan air bersih. Saudara mara dan anak menantu balik ke kampong sempena hari raya baru ini, tentu merasa tidak selesa berada di kampong. Nak mandi susah. Sila baca ulusan penulis seperti di http://nasirwise.blogspot.com/2012/09/catalyst-untuk-rakyat-yakin-terhadap.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3