bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Jun 2011

Video Seks - Anwar Berlindung Disebalik Pas, Pas Berlindung Disebalik "Islam"???

Kenapa membisu?. Itu pertanyaan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin kepada pimpinan PAS terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas penjelasan Timbalan Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marsitah Ibrahim bahawa video boleh jadi bukti dalam kes zina.

Menurutnya, PAS kena nyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut kerana selama ini mereka memutarbelit isu video seks babitkan lelaki menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hadi sebelum ini anggap video tidak boleh jadi bukti atau saksi kerana tiada mata dan telinga.
Malah katanya, itu tidak lebih sebuah ‘besi’ sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,” itu ditegaskan Abdul Hadi ketika muktamar PAS baru-baru ini.

Kenyataan itu bagi mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terbabit video seks dengan pelacur Cina mencetuskan macam-macam anggapan malah ada yang mempertikai ‘fakwa’ Presiden PAS itu.

Namun, jawapan  Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang Selasa cukup jelas bahawa video boleh dijadikan bukti. Katanya, dalam kes menuduh orang lain berzina memang perlu empat saksi yang adil sebgai bukti.

“Jika tak dapat kemukakan empat saksi, penuduh boleh beri bukti lain sama ada laporan DNA, laporan perubatan oleh doktor dan rakaman audio serta video,”.“Sama ada bukti ini diterima atau tidak, perlulah disiasat terlebih dahulu. Dan terpulang kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata, kenyataan Dr Mashitah itu menunjukkan bahawa bukti-bukti DNA boleh digunakan  dalam kedua-dua kes. “Kenapa dalam kes Saiful, PAS kata kena Qazaf tetapi kes video seks pula tidak boleh sebaliknya perlu empat saksi atau bukti Sahadah,?”.

“ Sedangkan jika tiada empat saksi, boleh dibuktikan secara Qarinah iaitu dengan bukti-bukti berkaitan seperti video dan laporan perubatan,” katanya kepada Agendadaily

Bagaimanapun kata beliau, pembuktian cara itu tidak boleh dijatuhi hukuman hudud tetapi hukuman takzir.

Sehubungan itu menurut Zulkifli, isu Qazaf tidak timbul dalam kes Saiful (liwat –serangan seksual) atau zina sebab boleh dibuktikan dengan cara tersebut.

“Kalau tidak boleh, barulah boleh Qazaf yang boleh dikenakan hukum hudud,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PAS bukan sahaja perlu menyatakan pendirian mereka selepas jawapan Dr Mashitah tetapi kena memberi penjelasan kepada ahli-ahli parti itu selepas dikelirukan dengan isu Qazaf dan empat saksi.-22/6/2011-  OLEH ROSLAN BIAN


Komen Isac;

Bangkai gajah tidakkan boleh ditutup dengan nyiru....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3