bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

31 Oct 2010

Perpaduan Melayu & Perpaduan Nasional - Majlis Raja-raja Melayu Mula Bersuara!!! Juga Hargai Usaha Kerajaan Persekutuan!!!

Kontrak sosial: Majlis Raja-Raja pandang berat trend politik semasa

October 30, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.
ISAC at 10:15 1 comment:
Share

30 Oct 2010

Pertandingan Tim Presiden PKR - Zaid Mendahului, Azmin Bakal "Tersungkur"???

http://www.malaysiakini.com/news/146808

Daripada sepuluh cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 79 undi untuk jawatan timbalan presiden.


Komen Isac;

Silap-silap haribulan Azmin yang bakal tersungkur.... Samada itu "tulah" kerana menghina Tun Mahathir atau suatu kebetulan???

Jika dahulu Azmin kelihatan begitu selesa di depan...Kini beliau pula yang semakin ketinggalan...

Adakah ini bermaksud akar-umbi menolak gandingan Anwar-Azmin???

Nampaknya percaturan politik "mengugut" Azmin telah hilang "bisa"...
ISAC at 09:00 1 comment:
Share

29 Oct 2010

Demi Meraih Undi, DYMM Sultan Kelantan pun Mahu "Diheret" Ke Galas???

Pengelola: Tiada program Sultan K'tan di Galas  

Salhan K Ahmad
Okt 29, 10
4:52pm

http://www.malaysiakini.com/news/146787

Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad hari ini menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas. 
ISAC at 22:40 No comments:
Share

Gara-gara Hanya Berkunjung Semasa Memancing Undi, Ansari Jatuh Lagi???


Komen Isac;

Jarang-jarang datang, itulah sebabnya tak perasaan mana papan yang dah reput....:)

Ataupun apakah mungkin ini adalah petanda bahawa Allah s.w.t tidak redha beliau menentang BN???
ISAC at 18:24 6 comments:
Share

"Spin" TG Nik Aziz - Umno Yang Selama Ini "Mengkafirkan" Pas???

Kerjasama: Umno umpama Lebai Malang
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29224:kerjasama-umno-umpama-lebai-malang&catid=1:utama&Itemid=50
Hafiz Irwan   

KOTA BHARU, 28 Okt: Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.
ISAC at 14:00 6 comments:
Share

28 Oct 2010

Liwat II Juga Satu Lagi Konspirasi??? - Percubaan Pasukan Pembelaan Untuk Menimbulkan Keraguan???


Petikan daripada Malaysiakini.
 http://www.malaysiakini.com/news/146620

12.29pm: Menurut Dr Razali beliau mula-mula memeriksa bahagian perianal Saiful bagi mengambil beberapa calitan. Beliau kemudian memasukkan protoskop ke dubur Saiful untuk mengambil dua sampel - daripada bahagian atas dan bawah rektum.
ISAC at 22:30 7 comments:
Share

27 Oct 2010

Mayat Mangsa Gunung Berapi Merapi Dijumpai Dalam Keadaan Sujud Mengadap Kiblat???

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud. Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
ISAC at 21:26 1 comment:
Share

Liwat II - Suhakam Wajar Siasat Adakah Wujud Penderaan Terhadap OKU???

Liwat II ditangguh ke 2 petang, Karpal akan hadir
Okt 27, 10 10:35AM
Menurut Sankara, meskipun Karpal Singh masih lemah dan mengalami  cirit-birit, beliau akan datang ke mahkamah pada jam 2 petang ini.
ISAC at 15:30 1 comment:
Share

PRK Galas: Disebalik Cakap-cakap Ku Li Merajuk, Beliau Sebaliknya Bekerja Keras Turun ke Padang!!!

Ku Li utamakan kempen sederhana hadapi saingan PAS di Galas

http://m.themalaysianinsider.com/home.php
Oleh Adib Zalkapli
October 27, 2010
Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertemu pengundi Galas di salah sebuah restoran malam. — Gambar oleh Choo Choy May
ISAC at 10:30 No comments:
Share

26 Oct 2010

Kacau-kacau!!! Ku Li Pulau PRK Galas??? Beliau Merajuk???


Misteri kehilangan Ku Li…
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e6d83d4e-7f000010-1d956ad0-15947184
Ramai wartawan dan pemimpin pembangkang hairan bila kelibat Pengarah Pilihanraya kecil BN Dun Galas Tengku Razaleigh Hamzah tidak kelihatan bersama pemimpin BN di khemah VIP di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Sampai ada yang cakap Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan macam-macam lagi. Agendadaily yang menghubungi Pegawai Khas Ku Li, Lukman Ghani untuk mengetahui sebab sebenar sebalik misteri kehilangan Ku Li. Kata Lukman, cakap-cakap kata, Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan sebagainya tidak berasas sama sekali.
ISAC at 23:21 6 comments:
Share

PAS Terengganu Gembeling Tenaga Melayu Untuk Memenangkan DAP???


Gambar sekitar Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010

Program: Ijtima Kepimpinan PAS Terengganu 2010
Tarikh: 23 Okt 2010/ 9.00 pagi
Lokasi: Kg. Tanjung, Batu Rakit, K. Terengganu





ISAC at 16:30 No comments:
Share

Hari Penamaan PRK Galas - Dah Memang Dasar Suka Langgar Undang-undang!!!

PRK GALAS: Sekitar Penamaan Calon
Nukilan dari blog DET
 
Calon bn abdul aziz yusoff hadir ke dewan penamaan calon pada jam 8.30 pagi tadi di iringi oleh ybm ku li, datuk zaid hamidi, datuk ahmad maslan dan berberapa lagi pemimpin parti komponen bn di samping 1000 penyokong barisan nasional, sekarang ini sedang berlangsung proses semakan borang pencalonan. hanya calon bn dan calon pas sahaja yang menghatar borang pencalonan.

Tidak ada sebarang kekecohan dan provokasi yang dilakukan oleh penyokong pas, peroses penamaan calon berjalan dengan tenang, tempat berkumpul antara penyokong bn dan pembangkan di jarakan lebih kurang 100 meter dengan kawalan ketat polis.


ISAC at 13:00 1 comment:
Share

Jika Anwar Jadi PM, Alamat Malaysia Terlungkup??? - Dato' Seri Zaharin

Mana tidaknya bila membuat lawatan ke luar negara, beliau akan bawa sekali tukang bancuh kopi, tukang urut, tukang dobi, pemandu, bibik, tukang kebun, jaga peribadi dan lain-lain sekali....Sultan Brunei yang "billionare" tupun tak macam DSAI.....:)

Mengapa beliau bawa pembancuh kopi peribadi  mengikutnya sekali bila ke luar negara... hanya beliau sorang aje yang tahu... Orang lain bancuh kopi tak "sedap" barang kali.... Ataupun mungkin Allah s.w.t sengaja nak tunjukkan perkara yang selama ini cuba "ditutupinya"...

Cuma penyokong-penyokong Pakatan sahaja yang masih tak mahu melihat kenyataan.... Kalau keledai tu tak apalah jugak kerana dah memang sifat semula-jadinya bodoh.....
ISAC at 10:30 2 comments:
Share

Jika TG Nik Aziz Akrab Dengan DYMM Sultan Muhammad V, DSN Akrab Dengan DYMM SPB YDP Agong???

Apa nak dihairankan....TG Nik Aziz sudah 20 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan, DYMM Tuanku Sultan Kelantan membesar di depan mata beliau. Malah apa yang penulis dengar Tuanku Sultan katanya juga pernah berguru dengan TG Nik Aziz....

Walaupun baru dua tahun menjadi PM, DSN dilihat akrab dengan DYMM SPB YDP Agong. Beliau selalu mengiringi baginda di majlis-majlis rasmi...


Di Suatu Majlis Resmi.
ISAC at 05:00 1 comment:
Share

25 Oct 2010

Bapak Siapalah Ni??? Melayu Tak Sedar Diri!!!



AHLI-AHLI Parlimen Pakatan Rakyat bertindak menggantung sepanduk parti masing-masing di pagar pintu masuk Parlimen sebagai tanda bantahan terhadap Umno yang menggantung sepanduk Pehimpunan Agung Umno 2010.

Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga menggantung kain rentang di depan pintu utama Parlimen ekoran tidak ada tindakan diambil terhadap kain rentang milik Umno, yang didakwa menghina Parlimen.
ISAC at 16:30 7 comments:
Share

Liwat II - Dr Siew Kata Kehadiran Air Mani, Bukti Saiful Diliwat!!!

Liwat II: Saiful dirawat tiga jam oleh doktor HKL

http://www.malaysiakini.com/news/146291
Hafiz Yatim
Okt 25, 10
10:18am

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.


Menurut Dr Razali beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

ISAC at 13:24 3 comments:
Share

24 Oct 2010

TG Nik Aziz Dinobatkan Sebagai Tokoh Membangun Bersama Islam, Ulang Tahun ke 20 Kerajaan Pas Kelantan!!!



Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan sumber klik sini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun ke-20 Kerajaan Pas Kelantan .

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
ISAC at 23:40 10 comments:
Share

23 Oct 2010

Ceramah Anwar di Miri Dihadiri 10 Ribu Orang??? Wow!!!



Macam biasalah.... gempak aje yang lebih.... Laporan daripada Melanau blogger adalah sebaliknya... Klik sini.

Kalau di Semenanjung polis dihina dan dicerca, tiba-tiba di Miri, cuba nak buat baik dengan polis pulak? PDRM wajar meninjau masalah yang dihadapi oleh anggota-anggotanya...
ISAC at 23:30 2 comments:
Share

LGE Akan Pulangkan Bangunan Komtar Kepada BN???


Itulah yang sepatutnya... Seperti Cadangan pembinaan Menara Wawasan, dahulupun semasa cadangan untuk membina bangunan Komtar (bangunan tertinggi di Asia Tenggara ketika itu) dan cadangan pembinaan jambatan P.P., pembangkang dan DAP seperti biasa tak habis-habis memprotes!!!

Tetapi kini selepas mengambil-alih pemerintahan P.P. tanpa segan silu mereka mengambil-alih pejabat kerajaan negeri di Menara Komtar. Mereka bersetuju dengan kerajaan BN terhadap pembinaan jambatan kedua.

Memang muka tak malu!!! Cuma tahu protes untuk dapatkan peerhatian!!!!! Tapi bila orang dah bina dia yang pakai!!!
ISAC at 16:30 3 comments:
Share

Hak Melayu Hanya Kekal Dalam Perlembagaan - Hakikatnya Melayu P.P Semakin Lenyap....

Itulah hakikatnya... Walaupun kedudukan dijamin oleh Perlembagaan, tetapi dengan perancangan tersusun dan halus oleh bukan Melayu, Melayu Pulau Pinang terpinggir di zaman BN dan semakin lenyap di bawah Pakatan. Tanah milik Melayu di P.P semakin lenyap!!!

Klik sini. Cuma Melayu yang tak mahu belajar dan tak mahu mengerti...





ISAC at 09:33 2 comments:
Share

22 Oct 2010

Inkues Teoh - Tulisan Nota Bunuh Diri, Milik Mendiang???

Tulisan pada nota terakhir hampir sama pada buku catatan Teoh http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TulisanpadanotaterakhirhampirsamapadabukucatatanTeoh/Article
2010/10/22

SHAH ALAM: Penganalisis dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia, Wong Kong Yong, memberitahu inkues kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam, tulisan pada nota terakhir yang dikatakan ditulis Teoh sebelum kematiannya adalah hampir sama dengan tulisan pada buku catatan yang ditemui dalam beg sandang beliau ketika disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Komen Isac;

Jika benar, maka satu lagi "modal" pilihanraya Pakatan, dah tak boleh dipakai lagi!!! Sepatutnya mereka ini disaman sahaja kerana terus-terusan menyebarkan fitnah terhadap Kerajaan BN dan SPRM.
ISAC at 18:30 5 comments:
Share

Solat Jumaat di PWTC - Sah Atau Tidak???

Buletin Awani 501, pukul 2:00ptg tadi melaporkan bahawa solat Jumaat bersejarah telah dilakukan di PWTC. Penulis tak pasti samada selama ini ada atau tidak solat Jumaat dilakukan pada setiap minggu di sana, ataupun adakah selepas ini sebahagian PWTC akan menjadi "masjid jamek" tempat untuk melakukan solat Jumaat pada setiap minggu.
ISAC at 15:00 18 comments:
Share

PRK Galas - Kenali Calon Pas dan Layakkah Beliau???

Nik Aziz yakin Dr Zul mampu pertahan kerja cemerlang di Galas
http://m.themalaysianinsider.com/home.php


October 22, 2010GUA MUSANG, 22 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kerana yakin mampu meneruskan kerja cemerlang wakil rakyatnya Allahyarham Che Hashim Sulaima.

Selain itu kata Menteri Besar, PAS memilih Dr Zulkefli sebagai calon terbaik kerana beliau dikenali ramai di kawasan Gua Musang dan pernah diuji dalam dua pilihan raya umum lalu.
ISAC at 11:00 1 comment:
Share

Pakatan Tidak Jadi "Pakat" di PRK Batu Sapi??? Bukti PKR Mengamalkan Politik Perkauman!!!

2
Mesyuarat PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?
Okt 21, 10 6:25pm
http://malaysiakini.com/news/146027

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.
ISAC at 08:00 1 comment:
Share

21 Oct 2010

Ringkasan Ucapan Presiden Umno...

Mesej Najib tersirat, model politik baru Umno tak tersurat

Oleh G. Manimaran
October 21, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php
Presiden Umno menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010. — Foto Bernama

ISAC at 17:42 No comments:
Share

Bumiyang Sokong Gerakan Anti "Liwat"!!!



Penulis bukan sahaja menyokong gerakan anti liwat/"seks luar tabii" tetapi termasuklah juga anti kawan yang suka "menikam belakang", membuat posting dengan dengan bahasa yang "jelek" seperti sumpah-seranah, fitnah dan caci-maki, "membela" penjenayah, mencaci dan menjatuhkan penguatkuasa undang-undang, mahkamah, perlembagaan, mempertikaikan hak Melayu/Bumiputera, parti politik retorik yang mengamalkan nepotisme dan parti mementingkan warga pendatang.
ISAC at 14:22 1 comment:
Share

"Spy" Malaysikini "Dihalau" Dari PWTC???

Seorang wartawan Malaysiakini diarah meninggalkan PWTC - Pas pun tak ada??? 


"Flash back" - Wartawan Malaysian Insider yang menyusup masuk ke majlis tertutup anjuran Puteri Umno.

ISAC at 09:34 2 comments:
Share

20 Oct 2010

Pengajaran Buat Kita - Akibat Bergaduh Sesama Sendiri....

Gara-gara gaduh adik-beradik, dua rumah terbakar

October 20, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php

ALOR SETAR, 20 Okt — Gara-gara bergaduh adik-beradik, dua buah rumah dan sebuah kereta terbakar di Kampung Seberang Perak di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan seorang pemuda sakit mental yang sebelum itu dikatakan bergaduh dengan adiknya dan mengugut untuk membakar rumah mereka.
ISAC at 23:00 No comments:
Share

Gempar !!! KJ - Calon Terbaik Menteri KDN Yang Baru???


KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berucap di majlis Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 20, 2010 12:26 pm


Mungkin inilah calon paling sesuai untuk menjadi Menteri di Kementerian Dalam Negeri??? Memang tidak dinafikan jawatan Menteri KDN adalah salah satu jawatan paling "panas" selain daripada jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 
ISAC at 18:30 20 comments:
Share

Pengkhinatan Kepada Negara Juga Dilakukan Oleh Syarikat-syarikat Konglemerat Malaysia???

KEADAAN bandar Muar, Johor yang diselubungi jerebu dipercayai akibat peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia, yang dirakam pada 19 Okt. Laporan satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN menunjukkan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, iaitu 244 titik panas. - Utusan/ISHAK RAHMAD


Saban tahun jika berlaku penebangan dan pembakaran hutan di Indonesia, bagi pembukaan ladang-ladang getah, kelapa sawit dan lain-lain, yang menjadi mangsanya adalah kita di Malaysia. Malaysia yang penuh dengan jerebu. Itu fenomena alam, kerana angin dari sana akan meniup asap dan jerebu hasil pembakaran terbuka tersebut ke negara kita.

Mengapa jiran terdekat dan "serumpun" ini seolah-olah tidak "menghiraukan" kesan negatif akibat pembakaran terbuka tersebut, kepada negara kita sememangnya mendukacitakan.

Untuk pengetahuan, negara Amerika Syarikat saban tahun terpaksa membayar pampasan berjumlah ratusan juta ringgit kepada negara Kanada kerana pencemaran udara dari kilang-kilang dari negara "Uncle SAM" didapati akan bertiup ke Kanada.

Mungkin jika bukti sintifik dapat dikemukakan di mahlamah antarabangsa, kita juga boleh membuat tuntutan yang sama ke atas Indonesia. Ironinya, sebahagian daripada ladang-ladang yang melakukan pembakaran terbuka di negara tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat konglemerat milik warga negara Malaysia.
ISAC at 12:58 2 comments:
Share

19 Oct 2010

"Paria" di Malaysia Lebih Bernasib Baik Berbanding di India!!!

Gobala begitu marah dengan Azmin, kerana pernah memanggilnya dengan gelaran "paria", bukan penulis mahu "membela" Azmin, tetapi pada pandangan penulis Gobala dan rakyaat Malaysia yang berketurunan India sepatutnya bersyukur kerana mendapat kerakyaatan negara ini.

Kerana dari segi hakikatnya jika mereka yang berkasta Paria masih tinggal di India, kehidupan mereka pastinya lenih buruk daripada apa yang mereka kecapi di sini. Di sini ramai dikalangan mereka menjawat jawatan doktor, peguam, jurutera dan lain-lain. Bahkan pendapatan perkapita rakyaat berketurunan India jauh lagi tinggi berbanding penduduk peribumi yang merupakan penduduk majoriti negara ini.

Jestru adalah wajar untuk mereka memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada negari ini.
ISAC at 20:30 6 comments:
Share

Tragedi "Kg. Buah Pala" 2 - Kini Berlaku di Selangor Pula???


BANTAH...sebahagian daripada 24 keluarga di Ladang Coalfield tuntut pampasan.


http://www.hmetro.com.my/articles/20101018014531/Article

KUALA SELANGOR: “Kami sudah tiga generasi tinggal di estet ini. Kami desak supaya diberi pampasan sewajarnya dan jangan aniaya kami sebegini,” kata R Lobat, 42, wakil penduduk di Ladang Coalfield, Sungai Buloh, Ijok, dekat sini, semalam.

Lobat mendakwa, seramai 24 keluarga yang mendiami perumahan di situ diberhentikan kerja awal tahun lalu selepas majikan menukar operasi ladang kepada kawasan perumahan menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan tetap dan lebih memilukan mereka diarahkan berpindah.

Difahamkan kira-kira 100 penghuni di situ turut mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) Dr Xavier Jayakumar, namun mereka masih gagal mendapatkan hak sewajarnya.

Penduduk turut membawa kes itu ke mahkamah melalui kesatuan pekerja ladang bagi menuntut hak mereka.

Lobat berkata, pihaknya terkejut selepas membaca laporan akhbar baru-baru ini yang dibuat Xavier mendakwa masalah mereka selesai, tetapi sebaliknya berlaku.

“Kenyataan itu mengelirukan. Kami tidak menerima sebarang jawapan pihak majikan mengenai pampasan yang dijanjikan itu dan kenyataan Xavier mengelirukan kami.


Komen Isac;

Apa yang kerajaan Negeri buat untuk membantu mereka? Jika sebelum PRU 12 dahulu, mereka mendabik dada bahawa kononnya merekalah "pejuang" hak rakyaat!!! Mengapa kini sebuag demi sebuah rumah diruntuhkan tetapi mereka hanya berpeluk tubuh???



ISAC at 10:50 2 comments:
Share

18 Oct 2010

Penyokong & Ahli PKR Wajar Bertaubat???

Memorandum Yang Dihantar - Gambar Ehsan Utusan
http://www.mykmu.net/?p=3151


Semalam sejumlah 60 orang ahli PKR dari tiga Cabang berlainan (satu dari Perak dan 2 dari Pulau Pinang) menyerahkan memorandum menuntut perletakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan supaya dia bertaubat bagi mengelakkan masalah peribadinya menjadi senjata kepada musuh politik PKR untuk menjatuhkan imej PKR yang sedia kabur dan bercelaru ini.  Nampaknya perkembangan terbaru ini melihat ada dikalangan ahli PKR yang beranggapan PKR sudah bersedia untuk berjalan atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung dengan Anwar Ibrahim dan ‘simpati’ rakyat yang diperolehinya.


Komen Isac;

Walaupun telah "ditipu" berkali-kali oleh DSAI, tetapi penyokong-penyokong dan ahli-ahli PKR masih lagi tidak serik-serik!!! Bahkan Karpal sendiri pernah berkata bahawa DSAI perlu bertaubat!!!

Kepada penyokong-penyokong dan ahli-ahli PKR anda semua bila lagi nak bertaubat???
ISAC at 23:30 1 comment:
Share

Hubungan Kelantan dan Kerajaan Pusat Bakal Bertambah Baik???

Foto: DYMM Sultan Kelantan Tuanku Muhammad V, dilihat sedang menyuarakan sesuatu dengan DSN semasa Mesyuarat Raja-raja Melayu baru-baru ini.

Mungkin Itulah harapan majoriti rakyaat negeri Kelantan agar negeri mereka dapat membangun setanding negeri-negeri lain dan rakyaat negerinya dapat menikmati kemakmuran ekonomi yang sewajarnya...

Mudah-mudahan sahaja hasrat tersebut akan termakbul. Dengar cerita Lebuhraya Pantai Timur bakal disambung ke Kelantan dalam peruntukkan RMK 10 nanti. Bahkan dalam belanjawan yang baru diumumkan khabarnya negeri Kelantan juga bakal mendapat peruntukkan terbesar di dalam kerja-kerja memperbaiki dan menaik-taraf jalan-jalan negeri itu yang dinyatakan oleh Awang Adek baru-baru ini..



ISAC at 21:00 1 comment:
Share

17 Oct 2010

Apakah Kriteria Menteri Penerangan Malaysia Mestilah Seorang Yang "Goblok"??? Atau Blogger Yang Goblok???

Walaupun peranan yang dimainkan oleh blogger pro BN di dalam menangkis dan mempertahankan Kerajaan Umno/BN adalah besar... Tetapi tidak dinafikan, budaya "cah keting" juga tidak dapat dipisahkan dengan blogger pro Umno/BN.

Ini adalah kerana bukan semua blogger adalah "pejuang yang tidak didendang" yang berjuang dengan ikhlas. Ada juga di antara mereka adalah umpama soldadu-soldadu upahan (soldier of fortune" yang bersedia untuk "menggigit" sesiapa sahaja yang disuruh oleh tuannya.

Walau apapun itulah lumrah dunia dan cah keting sememangnya biasa dalam politik bahkan parti yang mengaku parti Islam seperti Pas juga tidak terkecuali.

Apa yang merisaukan penulis sudahlah masyarakat Melayu terpecah kepada tiga parti dan sebahagiannya pula berada "di atas pagar", tetapi Umno dan blogger pro Umno/BN masih tidak sedarkan diri!!! Masih mahu berbalah sesama sendiri secara terbuka dan memberikan ruang untuk musuh-musuh mengambil kesempatan...

Blog para sahabat juga ada membincangkan perkara yang sama klik sini dan kini. 
ISAC at 22:00 3 comments:
Share

16 Oct 2010

PKR Parti "Budak-budak" Nakal???

WAKIL Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan memorandum bantahan terhadap keputusan parti berhubung beberapa pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan cabang kepada Setiausaha Pengelola Pentadbir Pemilihan, Radin Shamsul Kamar (kanan) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, hari ini. - Foto Yazit Razali
Oct 13, 2010 6:54 pm
ISAC at 23:00 3 comments:
Share

Plihanraya Umum Mengejut??? Suatu Lagi Usaha Untuk Mensabotaj FDI???

BN siap sedia hadapi p'raya mengejut, kata Anwar
Joseph Sipalan
Okt 14, 10
4:26pm
http://www.malaysiakini.com/news/145338

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
ISAC at 09:00 2 comments:
Share

15 Oct 2010

Dulu Kata Umno Menang Sebab Pengundi-pengundi Hantu...Tapi Dalam Pemilihan Cabang PKR Pun Ada Pengundi Hantu???

Pelik bin ajaib!

Satu laporan berita melaporkan Nurul Izzah sudah cukup pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan pencalonannya dari cabang Sempoerna, Sabah.
Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang mengumumkan selepas mesyuarat Biro Politik parti PKR semalam.

Tetapi ketua Cabang PKR Sampoerna melaporkan kepada portal berita yang sama bahawa cabang tersebut tidak mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan timbalan Presiden PKR.

Md Abdul Wahab Abdullah, ketua cabang tersebut mengakui cabang PKR beliau terlewat menghantar pencalonan :- Bagaimanapun, Md Abdul Wahab mengatakan bahawa cabang PKR Sempoerna telah mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dan bukannya anak perempuan Anwar Ibrahim.

Alahai......dimanakah benarnya berita yang mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden?


Kenapa wujud pembohongan di dalam pencalonan PKR? Apakah hak kepimpinan PKR untuk menolak hak ahli-ahli akar umbi PKR?
"Kita tahu tarikh (akhir serah senarai calon pada 10 Oktober), tapi pengawas JPP kata dia akan bawa sendiri cadangan (pencalonan) ke ibupejabat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kegagalan cabang tersebut menyerahkan senarai pencalonan jawatan tinggi parti kepada ibupejabat.

Semporna juga menjadi tumpuan ekoran tersebarnya laporan yang mengatakan cabang itu mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden.

Posting penuh blog MIM, klik sini.


Komen Isac;

Jika benar, Cabang PKR Sampoerna tak reti-reti nak buat laporan ke??? Itupun masih ramai yang "buta mata dan hati mereka".....
ISAC at 22:56 4 comments:
Share

Wee Percaya Akuan Bersumpah Kedua Rahimi Palsu Dan Berniat Jahat??? Latheefa Bakal Saman Wee???

Wee sahkan akuan bersumpah pertama Rahimi tidak babitkan PM dan isteri...http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a5f871d9-7f000010-1d956ad0-c3119325

Oleh: ROSLAN BIAN


Kenapa akuan bersumpah pertama yang ditandatangi Muhd Rahimi Osman, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh hilang?

“Ini pelik,” kata Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong sambil mendakwa ujud skandal dan konspirasi dalam (PKR berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
ISAC at 19:55 4 comments:
Share

PRK Batu Sapi & Galas Akan Diadakan Serentak!!!

 
Okt 15, 10 11:35AM
http://malaysiakini.com/news/145409
 
Dikemaskini 11:40pm Manakala tarikh penamaan calon pula akan diadakan pada 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
ISAC at 14:18 No comments:
Share

Kes Liwat DSAI Vs Saiful - Dua Lagi Doktor Mengesahkan Saiful Diliwat & Bukti Air Mani Dijumpai???

2 more doctors testify Anwar accuser was sodomized

http://malaysia.news.yahoo.com/ap/20101014/tap-as-malaysia-anwar-trial-b3c65ae.html

KUALA LUMPUR, Malaysia – Two Malaysian doctors testified Thursday that the young man who accused opposition Anwar Ibrahim of sodomy provided them with enough medical proof of being involved in anal sex.

The testimony forms a key part of efforts by government prosecutors to prove that Anwar sodomized his former aide, Saiful Bukhari Azlan. Anwar claims the charge was fabricated by the ruling coalition to crush his political threat.
ISAC at 09:12 No comments:
Share

14 Oct 2010

Bukti Anwar Masih "Sayangkan" Rashid???

Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar...

Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa.
ISAC at 22:10 1 comment:
Share

Jangan Liwat!!! - Kata Gobala ???

MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda

http://m.themalaysianinsider.com/home.php
Oleh Clara Chooi
October 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.
ISAC at 16:50 No comments:
Share

Pakar Kata Saiful Dakwa Diliwat, Keterangan Dibuang Ekoran Protes Karpal!!!

http://m.themalaysianinsider.com/home.php

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
October 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat lapan kali oleh majikannya pada pertengahan dua tahun lalu, kata seorang patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng berkata, Saiful memberitahu beliau dan dua doktor lain pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat lapan kali dalam dua bulan oleh Anwar.
ISAC at 14:00 1 comment:
Share

Anwar Menjadi Presiden Indonesia ??? Gelaran Dato' Seri Ditarik Balik???

Anifah kesal Anwar burukkan negara kepada jiran

2010/10/13
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnifahkesalAnwarburukkannegarakepadajiran/Article

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
ISAC at 09:30 7 comments:
Share

13 Oct 2010

YB Wee Choo Keong Sahkan Rahimi Kelihatan Gugup Ketika Tandatangan Keterangan Bersumpah!!!


http://malaysiakini.com/news/145258

Hari ini, Wee tidak mendedahkan sama ada Rahimi sememangnya dipaksa, tetapi menegaskan bahawa dia kelihatan "gugup" dan sentiasa dikawal ketat.
ISAC at 23:45 3 comments:
Share

Melayu Memang Bodoh??? Berpecah Pasal Politik, Bergaduh Pasal Bola???

ANGGOTA polis cuba menenangkan para penyokong Kelantan yang mula tidak berpuashati dengan penyokong pasukan Selangor sewaktu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. 13 Okt. 2010. - Utusan/MOHD. SAHARANI SAIBI




Komen Isac;

Itulah kenyataannya.... Memandangkan Selangor diterajui oleh parti PKR dan Kelantan diterajui pula oleh parti Pas mungkin kita juga boleh mengandaikan bahawa penyokong-penyokong Pas dan PKR bertempur sesama sendiri di stadium Shah Alam malam tadi..

Kerana yang menonton bolasepak kebanyakkannya adalah berketurunan Melayu, bolehlah kita mengandaikan bahawa Melayu memang tak sedar diri??? Tak sedar diuntung..... "Dunia Melayu" dah nak "kiamat" tapi masih hendak berbalah sesama sendiri!!!!
ISAC at 20:27 6 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.