29 Oct 2010

"Spin" TG Nik Aziz - Umno Yang Selama Ini "Mengkafirkan" Pas???

Kerjasama: Umno umpama Lebai Malang
Hafiz Irwan   

KOTA BHARU, 28 Okt: Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk ‘TPM bidas ‘fatwa’ ikut suka Pas’.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.
“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.


Komen Isac;

Samada TG Nik Aziz sengaja nak "spin" atau dia sememangnya "dah jadi pelupa"???Hanya Allah s.w.t yang tahu....Selama ini yang jelas, Pas lah yang selalu dan tak sudah-sudah "mengkafirkan" Umno dan penyokong-penyokong Umno...

Kalau nak tengok utube TG mengkafirkan Umno dan penyokong-penyokong Umno pun, penulis boleh bagi bukti sememangnya TG Nik Aziz berkali-kali membuat kenyataan sebegitu...

Itu belum termasuk pemimpin-pemimpin terdahulu Pas yang telah membuat fatwa dan Fatwa TG Hj. Hadi mengaitkan perkara yang sama...

Walaupun penulis bukan ahli Umno, tetapi memandangkan kebanyakkan tulisan penulis agak "mesra" Umno mungkin TG pun mengkategorikan penulis sebagai "penyokong" Umno dan jatuh kafir agaknya.... Waliyazubillah....

Patutlah umat Islam begitu mengharapkan kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s..... Kita semua dah "tersesat" jauh!!!

Kita bukan sahaja "sesat" tetapi "menyesatkan" orang lain!!!!

6 comments:

  1. Salam bro, Ni A Jis tu dah termakan dik fatwa Khalifah LGE, lu mau bikin Iselam talak apa kita DAPig talak helan, tapi satu syalat itu karpal sudah mau mati, bila dia mati kalo lu paih punya olang pigi langkah dia punye mayat.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan nik aziz, ada perbezaan antara kersama UMNO dengan komponen Barisan dan kerjasama PAS dengan komponen Pakatan!!!

    Kerjasama di kalangan Barisan untuk 1 Malaysia....

    Kerjasama di kalangan Pakatan untuk melingkupkan Melayu!!!
    Jadi, ada perbezaannya!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Kalau tak kafirkan UMNO mengapa org2 Pas di Besut Terengganu kini dah solat JUmaat berasingan di sura, markas dan bangunan yang dinamakan masjid.

    Mengapa pulak tak boleh di masjid yg dibina kerajaan....

    Inile sikap puak2 Pas yang tersesat..

    ReplyDelete
  4. bagi n.ajis ni, dap lebih mulia dari parti umno yg ditunjangi oleh melayu islam. begitu hebat pemujaan n.ajis kepada dap hingga sanggup ke singapura melawat sahabat baiknya, mantan presiden pap, abang kpd dap, bila isteri sahabat baiknya itu meninggal...ada baca doa istimewa ke utk mendiang isteri sahabat baiknya tu?

    ReplyDelete
  5. Hari Hudud disambut di Kelantan - ada dalam syariat Islam ker?
    PAS memang buta sejarah. Mereka dah jadi macam Wahabi di Arab Saudi, Khawarij di Iraq, Young Turk di Turki, Fatah di Palestine dan Kejawen di Indonesia semuanya kena tipu oleh harbi barat dan munafiq yang berpura-pura mendalami Islam dan berbaik dengan orang Islam, namun merekalah yg menghancurkan kesucian dan kesatuan Islam hingga umat Islam di negara2 tersebut tak mampu nak bangkit semula mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara mereka.

    ReplyDelete
  6. La nie siapa kafir siapa, aku tak peduli..

    Apa yg pasti PAS telah memperjuangkan hudud sejak dulu lagi dan sepanjang 20 tahun pemerintahan N.Aziz (sampai dapat anugerah!!), 'Sambutan Hari Hudud' telah berjaya dilaksanakan...

    Siapa kata Kelantan tak laksana Huhud? hehe

    "Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT." http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2010/08/hari-hudud-kelantanteks-ucapan-tuan.html

    Yg patut dapat anugerah bukan N. Aziz tapi JAHEIK??

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.