17 Oct 2010

Apakah Kriteria Menteri Penerangan Malaysia Mestilah Seorang Yang "Goblok"??? Atau Blogger Yang Goblok???

Walaupun peranan yang dimainkan oleh blogger pro BN di dalam menangkis dan mempertahankan Kerajaan Umno/BN adalah besar... Tetapi tidak dinafikan, budaya "cah keting" juga tidak dapat dipisahkan dengan blogger pro Umno/BN.

Ini adalah kerana bukan semua blogger adalah "pejuang yang tidak didendang" yang berjuang dengan ikhlas. Ada juga di antara mereka adalah umpama soldadu-soldadu upahan (soldier of fortune" yang bersedia untuk "menggigit" sesiapa sahaja yang disuruh oleh tuannya.

Walau apapun itulah lumrah dunia dan cah keting sememangnya biasa dalam politik bahkan parti yang mengaku parti Islam seperti Pas juga tidak terkecuali.

Apa yang merisaukan penulis sudahlah masyarakat Melayu terpecah kepada tiga parti dan sebahagiannya pula berada "di atas pagar", tetapi Umno dan blogger pro Umno/BN masih tidak sedarkan diri!!! Masih mahu berbalah sesama sendiri secara terbuka dan memberikan ruang untuk musuh-musuh mengambil kesempatan...

Blog para sahabat juga ada membincangkan perkara yang sama klik sini dan kini. 

3 comments:

  1. mamat mamat semangat 46 boleh pakai ke?

    ReplyDelete
  2. Banyak yang komen pro rais bunyi hujah sangat generic dan klise.

    harap mereka boleh berbahasa inggeris.

    jika boleh, baca balik perkataan demi perkataan dan pahamkan apa mesej utama posting mereka.

    jangan pula nampak hujah yang macam orang tua tak pernah guna computer.

    tentukan dulu adakah apa yang ditulis betul2 salah.

    bodoh kita kalau hanya turut apa pak menteri kata dan buat.

    bukan kita tak tahu pak menteri kita banyak tak boleh dianggap siddeq, amanah tabliq dan fatanah sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Padan muka hangpa pencacai UMNO

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.