18 Oct 2010

Hubungan Kelantan dan Kerajaan Pusat Bakal Bertambah Baik???

Foto: DYMM Sultan Kelantan Tuanku Muhammad V, dilihat sedang menyuarakan sesuatu dengan DSN semasa Mesyuarat Raja-raja Melayu baru-baru ini.

Mungkin Itulah harapan majoriti rakyaat negeri Kelantan agar negeri mereka dapat membangun setanding negeri-negeri lain dan rakyaat negerinya dapat menikmati kemakmuran ekonomi yang sewajarnya...

Mudah-mudahan sahaja hasrat tersebut akan termakbul. Dengar cerita Lebuhraya Pantai Timur bakal disambung ke Kelantan dalam peruntukkan RMK 10 nanti. Bahkan dalam belanjawan yang baru diumumkan khabarnya negeri Kelantan juga bakal mendapat peruntukkan terbesar di dalam kerja-kerja memperbaiki dan menaik-taraf jalan-jalan negeri itu yang dinyatakan oleh Awang Adek baru-baru ini..



1 comment:

  1. Sebenarnya setiap tahun ada peruntukan yang diberikan kepada rakyat kelantan, terdapat banyak projek daripada kerajaan pusat telah dibangunkan dinegeri kelantan cuma..rakyat kelantan dibohongi oleh pemimpin negeri dengan mengatakan bahawa kerajaan pusat tak memberi bantuan..Didalam setiap ceramah PAS rakyat telah dikelentong oleh pak lobai mereka bahawa projek yang dijalankan tu adalah anugerah daripada kerajaan negeri tetapi hakikat sebenarnya projek tu merupakan projek daripada kerajaan pusat.

    Rakyat kelantan juga dibantu dengan pemberian duit ehsan oleh kerajaan pusat tetapi disebabkan pak lobai yang duduk kat atas tak dapat masyukk peruntukan tu....mereka dok sibuk mejaja bahawa kelantan harus mendapat duit royalti minyak...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.