14 Oct 2010

Anwar Menjadi Presiden Indonesia ??? Gelaran Dato' Seri Ditarik Balik???

Anifah kesal Anwar burukkan negara kepada jiran

2010/10/13

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Laporan menyebut bahawa semasa diwawancara stesen televisyen TVOne di republik itu semalam, Anwar berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.
 
Anifah berkata beberapa rakannya di luar negara turut melahirkan rasa terkilan dan tertanya-tanya mengapa seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan diri sebagai pemimpin sanggup memburukkan nama negara sendiri di luar hingga diketahui seluruh dunia.

"Saya agak sedih kerana setiap warga negara Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercinta. Tetapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang percaya dengan apa yang diutarakan," katanya.

Mengulas kenyataan kononnya Anwar lebih memahami sistem pemerintah Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pemerintah di Malaysia, Anifah berkata: "Kalau kita tidak praktikkan demokrasi tidak mungkin beliau (Anwar) jadi Ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima negeri pada pilihan raya 2008."

 
Komen Isac;
 
Mungkin andaian yang mengatakan Anwar adalah "dalang" dibelakang beberapa siri demonstrasi oleh beberapa persatuan yang "dibayar" di Indonesia seperti "Bendera" mungkin ada benarnya.
 
Selama inipun demi untuk melepaskan diri daripada pandangan masyarakat terhadap kes liwatnya, beliau tidak habis-habis memburukkan segala tindakan kerajaan samada diluar maupun di dalam negara.
 
Selain daripada semua tuduhan buruk dan busuknya terhadap kerajaan Malaysia yang kebanyakkannya tidak dihadirkan dengan bukti-bukti, dakwaannya akan mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 juga telah menyaksikan negara kehilangan banyak FDI kepada negara jiran.
 
Baru-baru ini anaknya YB Nurul Izzah juga telah membuat kenyataan yang tidak benar tentang keadaan kapal selammilik negara juga di Indonesia (rahasia keselamatan negara).
 
Jika sikap derhaka sebegini masih boleh dimaafkan mungkin ada baiknya beliau dianugerahkan lagi beberapa gelaran dan anugerah kebesaran...
 
Sekiranya negara Indonesia, iaitu negara jiran kita dan negara serumpun di Alam Melayu ini sebegitu baik jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, mungkin ada baiknya Anwar pergi sahaja menjadi Presiden negara tersebut. Itupun jika rakyaat negara tersebut sudi untuk menerima beliau!!!
 

7 comments:

  1. Macam ya Anw tu nak selesaikan masalah M'sia dgn Ina dlm tempoh dua minggu sedangkan kes liwat dia sendiri sudah lebih dua tahun belum selesai2 lg...

    ReplyDelete
  2. Laa awat dia pi Indo? Depa balik taik kat kedutaan Malaysia. Laa nie depa sambut taik yang lebih besaq, rentung dan tengik dari malaysia.

    ReplyDelete
  3. alkisahnya pada pru13 nanti ramai warga indonesia datang untuk melunaskan tanggungjawab mengundi bersama2 rakyat malaysia untuk mencapai hasrat kepimpnan melalui tauladan.. dapat lah anwar jadi PM selepas tu.

    ReplyDelete
  4. Bro Hilbert!!!

    Tuan punya soalan macam "dihiris sembilu".... Soalan cupuemas....

    Kes liwat sendiri sampai dua tahun lebih X settle2.... Nak settlekan masalah negara pulak!!!

    Bagus untuk tajuk posting tu!!! :)

    ReplyDelete
  5. Bagus lah Anuar buat macam tu dia dah tak sayangkan negara dia tempat dia dilahirkan dia selalu agong agongkan negara luar sebab dimalaysia dia dah tak laku parti sendiri pun dia tak bolih selesai inikan negara indonesia yg mana penduduk nya lebeh ramai dari malaysia setakat jakarta tu aku ingat sampai mati pun dia tak bolih selesai ini kan pula sabuah negara yg mana semua pulau diindonesia ada penguni hanya satu pulau yg Anuar bolih selesaikan ia itu pulau komdo.

    ReplyDelete
  6. Bro,

    Beberapa minggu tu maknanya lebih kurang 1000 minggu ke, 100000 minggu ke, alaaa, macam kes liwat dia la...

    Percaya ke pada sesumpah ni? Orang tau siapa dia...! Buang masa je!!

    ReplyDelete
  7. dia sebenarnya mau khabarkan masalah Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan jika dia menjadi pak menteri Presiden Indonesia bah.. tetapi tersasul pula tersalah statement. rakyat Malaysia sibuk diganyang Bendera, dia pula sedang meraih undi rakyat Indonesia. bukan ke sekarang ni ada agenda menjatuhkan Sosilo Bambang Yudhoyono?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.