20 Oct 2010

Pengkhinatan Kepada Negara Juga Dilakukan Oleh Syarikat-syarikat Konglemerat Malaysia???

KEADAAN bandar Muar, Johor yang diselubungi jerebu dipercayai akibat peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia, yang dirakam pada 19 Okt. Laporan satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN menunjukkan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, iaitu 244 titik panas. - Utusan/ISHAK RAHMAD


Saban tahun jika berlaku penebangan dan pembakaran hutan di Indonesia, bagi pembukaan ladang-ladang getah, kelapa sawit dan lain-lain, yang menjadi mangsanya adalah kita di Malaysia. Malaysia yang penuh dengan jerebu. Itu fenomena alam, kerana angin dari sana akan meniup asap dan jerebu hasil pembakaran terbuka tersebut ke negara kita.

Mengapa jiran terdekat dan "serumpun" ini seolah-olah tidak "menghiraukan" kesan negatif akibat pembakaran terbuka tersebut, kepada negara kita sememangnya mendukacitakan.

Untuk pengetahuan, negara Amerika Syarikat saban tahun terpaksa membayar pampasan berjumlah ratusan juta ringgit kepada negara Kanada kerana pencemaran udara dari kilang-kilang dari negara "Uncle SAM" didapati akan bertiup ke Kanada.

Mungkin jika bukti sintifik dapat dikemukakan di mahlamah antarabangsa, kita juga boleh membuat tuntutan yang sama ke atas Indonesia. Ironinya, sebahagian daripada ladang-ladang yang melakukan pembakaran terbuka di negara tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat konglemerat milik warga negara Malaysia.

2 comments:

  1. kita saman syarikat malaysia yang melakukan perkara tersebut dan kalau boleh rampas harta yang ada dari syraikat tersebut. kalau tak ada undang tersebut ini lah masa buat undang-undang tersebut.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih, atas informasinya sangat bermanfaat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.