bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

26 Oct 2010

Kacau-kacau!!! Ku Li Pulau PRK Galas??? Beliau Merajuk???


Misteri kehilangan Ku Li…
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e6d83d4e-7f000010-1d956ad0-15947184
Ramai wartawan dan pemimpin pembangkang hairan bila kelibat Pengarah Pilihanraya kecil BN Dun Galas Tengku Razaleigh Hamzah tidak kelihatan bersama pemimpin BN di khemah VIP di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Sampai ada yang cakap Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan macam-macam lagi. Agendadaily yang menghubungi Pegawai Khas Ku Li, Lukman Ghani untuk mengetahui sebab sebenar sebalik misteri kehilangan Ku Li. Kata Lukman, cakap-cakap kata, Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan sebagainya tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gua Musang itu ambil sempatan untuk bertemu penyokong dan jentera yang hadir berarak pagi ini.
“Ku Li bersama rakyat, dia nak pastikan semua berjalan lancar, di atas (tempat VIP) dah ramai pemimpin yang ada, jadi Ku Li rasa baik dia ambil kesempatan bersama orang ramai yang hadir pagi ini,” katanya.
Menurut beliau lagi, sebagai Pengarah Pilihanraya Galas, Ku Li ada cara tersendiri untuk mendekati penduduk di sini.
Katanya, Ku Li ambil kesempatan pilihanraya ini untuk menggerakkan sepenuhnya jentara BN tempatan.
“Jentera luar datang bantu saja, tapi tulang belakang adalah orang-orang tempatan sendiri, sebab tu Ku Li banyak luangkan masa dengan mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan pengarah pilihanraya BN Dun Galas, Datuk Seri Mustapha Mohamad, memberitahu Agendadaily, Ku Li baik-baik saja.
Katanya, Ku Li memilih untuk bersama rakyat di luar.
“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya yang sebelum itu kelihatan turun dari khemah VIP ke tempat penyokong BN berkumpul untuk bercakap dengan Ku Li.-26/10/2010
Komen Isac;
Patutlah masa diumumkan calon-calon yang bertanding kat pentas pun wajah Ku Li tidak kelihatan... Rupa-rupanya YM Tengku  ni memang seorang yang jenis yang kuat bekerja...Langsung tak tunggu-tunggu... Terus masuk "gear lima". Tak silaplah beliau dilantik menjadi pengarah pilihanraya BN.

ISAC at 23:21
Share

6 comments:

  1. Agent X26 October 2010 at 22:15

    Alangkah baiknya kalau semua VIP macam Ku Li. Tak payahlah asyik nak lepak sama-sama VIP saje. Sekali sekala, lebih-lebih lagi saat begini, lupakanlah title dan status, bergaul lah dengan golongan rakyat biasa. Banyak kebaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Anonymous26 October 2010 at 23:34

    cover2...hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Bingai @ Bangang27 October 2010 at 00:03

    Padan ler tak nampak. Ku Li yang aku kenali sebenarnya seorang yang COMEL. bila dah di kalangan rakyat memang tenggelam pun.

    SI COMEL YANG BERSEMANGAT WAJA!

    Syabas Ku LI. Sikap yang perlu diteladani!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Anonymous27 October 2010 at 00:40

    ku li tu ke oghe jati kelate...buke mace nik ajis...dulu tok sir dok ghumah besar...dulu toksir naik mecedis...naik mitsubishi gelen jah...lor nih????huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Anonymous27 October 2010 at 07:34

    itu baru la namanya wakil rakyat..bersama sama dgn rakyat bukannya selalu di kerusi ampuk, pemimpin lain ada. yg penting pengundi....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Unknown27 October 2010 at 12:14

    Salam, bro bukan macam Paih kemaruk nak duduk depan

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.