29 Oct 2010

Demi Meraih Undi, DYMM Sultan Kelantan pun Mahu "Diheret" Ke Galas???

Pengelola: Tiada program Sultan K'tan di Galas  

Salhan K Ahmad
Okt 29, 10
4:52pm


Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad hari ini menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas. 

Katanya, Istana setakat ini belum mengatur apa-apa program untuk Tuanku Muhammad Faris Petra, seperti yang dilaporkan dalam satu blog hari ini.

"Kita akan siasat," kata Abdul Halim yang akan mencetak kandungan tulisan di laman berkenaan dan akan merujuk perkara itu kepada Tuanku Muhammad Faris.

"Setakat ini belum atur apa-apa program lagi (di Gua Musang)" katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, ketua jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata beliau tidak tahu menahu mengenai program pemberian geran tanah kepada Orang Asli, seperti dilaporkan blog berkenaan.

"Itu tidak betul. Tak ada, tak ada. Saya tak ada dengar berita seperti itu," katanya ketika dihubungi.

"Tuanku sentiasa berkecuali, dia tidak boleh terlibat dengan kempen pilihan raya," katanya yang juga pegawai pengurus bagi pilihan raya kecil DUN Galas.


Komen Isac;

Seperti yang penulis pernah nyatakan, keakraban seorang Sultan dengan MBnya, janganlah disalah-ertikan apa lagi dipolitikkan. Klik sini dan sini.

Dunia...dunia.... semuapun hendak dijual asal sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri dan kelompok, bukankan ini yang dipanggil assobiyah??? 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.