bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Mar 2020

Corridor of Power - Percaturan Politik Tun M Memang Superb!!!

Jika pendapat penulis ini benar,  apa faedah yang Tun M perolehi daripada penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional adalah seperti berikut;

1) Anwar X jadi PM. X perlu ulasan. "Anwar lupa siapa Mahathir tetapi Mahathir x pernah lupa siapa Anwar".

2) DAP kena sepak keluar Kerajaan. Kehadiran mereka dlm kerajaan PH lebih banyak memberi mudarat. Setidak2 nya itulah yg dapat di portray kan oleh Tun M kepada rakyaat.

3) TS Muhyiddin kini mengawal kebangkitan Muafakat Nasional. Sebelum ini Kongress Maruah Melayu tajaan Tun M gagal menandingi sambutan yg diperolehi oleh Muafakat Nasional. Mahayuddin cuma proksi Tun M dalam Perikatan Nasional??? Masa akan mengesahkannya. Malah kabinet Perikatan Nasional rata2 dikuasai oleh pemimpin2 Bersatu, Umno lompat ke Bersatu dan PKR2. UMNO, PAS dan GAP cuma pelengkap senarai. Mengapa nama2 besar yang bersih dari kes2 di mahkamah seperti Tok Mat Hassan, Dr Asraf Wajdi Dusuki dan ramai lagi tercicir? 

23 Feb 2020

Penubuhan Kerajaan Baru di Malaysia?


Sumber klik sini.

Apa Guan Eng buat di MOF walaupun larangan telah dikeluarkan?


8 May 2019

Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!!


Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang sukar dikaal-selia, mungkin boleh dimulakan dengan peniaga2 restoran2 makanan segera dan restoran2 mewah.

Selepas itu bolehlah diperluaskan kepada restoran2 biasa, mamak dan peniaga2 kecil.

Ini sangat penting kerana dari segi kesihatan pun umum rakyaat Malaysia terutamanya golongan menengah tahu bahawa minyak sawit & juga minyak2 masalk yang lain akan menjadi bahaya jika ianya digunakan lebih dari 3 kali gorengan. Komponen kimia minyak yang terdedah kepada haba yang tinggi akan menjadikan minyak masak merbahaya untuk dimakan sekiranya digunakan lebih 3 X.

Jestru mengapa tidak pihak kerajaan PH yang bijak laksmana membenarkan permis2 jualan makanan membahayakan nyawa pengguna2 di Malaysia?

Pendekatan ini jika dikuat-kuasakan, akan menjadi,"One stone hit 3 birds".
1) Negara boleh menjual lebih banyak Minyak Sawit (meningkatkan penggunaan domestik membantu industri kelapas awit yang merundun permintaannya), 2) kesihatan rakyaat akan lebih baik, 3)penjimatan kos hospital oleh kerajaan kerana rakyaat akan jauh lebih sihat.

Cadangan meminum minyak kelapa sawit tanpa kajian atau menukar kelapa sawit kepata tanaman buloh dilihat adalah langkah2 yang kurang cerdik Menteri PH.

Sumber klik sini

12 Mar 2019

Bersengkokol Dengan Pengganas JI - Ada Pemimpin Besar Bakal Ditangkap???

Berita TV3 mlm tadi tiba2 ada cerita pasal Pengganas Jemaah Islamiyah. 

Kenapa tiba2 isu JI dipanaskan kembali? 

Jadi satu cerita pulak kononnya mereka (JI) juga terlibat dalam serangan  keatas World Trade Center pada tanggal 9/11. 

Kononnya perancangan serangan tersebut telah dilakukan di Malaysia, malah sejak tahun 1999 lagi. 

2 org pemimpin JI yang ketika itu lari dari Indonesia, katanya telah diberikan kerakyaatan Malaysia oleh org tertentu. 

Passport palsu pengebom2 world trade center pula katanya juga diperolehi di Malaysia? 

Wow....mesti ada sesiapa bekas/pemimpin akan dikambing hitamkan. 

Knowing Malaysia, kalau X ada angin masakan pokok bergoyang. 

Utk rekod 1999, PM Tun M, Deputy PM/Home minister Pak Lah, Defence Minister DS Najib. Tapi kalau ada lagi yang nak ditangkap mungkin cerita tersebut akhirnya didapati berlaku lebih awal dari 1999.

Politik Malaysia memang macam jalan cerita filem Hollywood....nak kata busuk pun boleh....

Adakah mungkin, walaupun Pak Lah merupakan Home Minister back then, Najib yang akan ditangkap atas dakwaan bersubahat memberikan kerakyaatan kpd anggota2 JI ini di atas kapasiti sebagai menteri pertahanan ketika itu?

Adakah mungkin disebabkan dakwaan 1MDB dilihat tidak begitu kuat untuk menjatuhkan hukuman terhadap Najib maka satu tuduhan lain sedang diusahakan??? Jangan lupa bahawa sekitar 1998, Anwar juga pernah dituduh sebagai "Agen Asing" ?

Malah Najib juga pernah ke Gaza, Palestine sebaik dilantik menjadi PM dlm usaha untuk menyatukan Fatah dan Hamas, dua parti politik terbesar rakyaat Palastine.

Atau adakah ini sebenarnya usaha tangan2 gelap peringkat tertinggi dunia seperti Fremason ataupun Zionist yang mahu "membunuh" karier politik "Bossku" for good???

Ataupun adakah mungkin Anwar yg bakal ditangkap? Terutamanya jika ianya melibatkan konspirasi politik peringkat nasional? Dari kalangan yang tidak mahu melihatnya menjadi PM ke 8?

Any time pihak konspirator boleh kata, "it's actually happen far beyond 1999". Umum juga tahu, Anwar ramai kawan akrab di Indonesia.

Ironinya.....kalau DAP pula yang main busuk, iaitu musuh Tun M sejak lebih 60 tahun yang bertindak silap2 Tun M yg akan kena tangkap sebab di tahun 80s-90s sebenarya memang pembangkang ketika itu mendakwa bahawa Tun M memberikan kerakyaatan kepada org2 Filipina dan Indonesia untuk mengundi BN.

Apa pun kesemua ini berkemungkinan berlaku. Yang mana satu.....bergantung kepada bagaimana mereka bermain politik....Sama2 lah kita tunggu siapa yang bakal terjerat.


26 Feb 2019

Kalau ikut Sifir Kerajaan PH, PLUS, KTMB, LRT dan MRT Sewajarnya Percuma???



“Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat, kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi" ujar Tun M.

Sumber klik sini. 

Ramai rakyaat yang memandang serong dengan cadangan (baru di peringkat cadangan) kerajaan PH), yang mahukan syarikat Gamuda mengambilalih 4 Lebuhraya di Lembah Klang dalam usaha untuk memberikan "Tol percuma" secara berjadual di antara jam 11mlm - 5pagi.

Satu cadangan yang menggelikan hati. kerana ianya seolah2 memberikan kelebihan kepada kaki clubbing untuk berhibur.

Pastinya rakyaat yang telah semakin bijak hasil usaha kerajaan BN yang telah memberikan pendidikan yang baik kepada rakyaat sebelum ini tertanya2 akan perkara2 berikut;
  1. Apa beza congestion charges dengan bayaran toll?
  2. Mengapa kerajaan PH seolah2 mengutamakan kaki clubbing?
  3. Adakah kerajaan PH x mengutamakan ibubapa supaya dapat bermesra dgn keluarga berbanding untuk mendapatkan toll free?
  4. Kenapa mesti syarikat Gamuda? Yang sebelum ini dilihat memonopoli pembinaan sebahagian projek double track, LRT, MRT, tanah wetland murah berdekatan Cyberjaya (klik sini).
  5. Berapakah nilaian pengambilalihan??? Adakah sehingga 10x sebagaimana Splash?
  6. Adakah pinjaman akan dijamin oleh kerajaan?
  7. Adakah ianya satu lagi projek "bailout" sebagaimana zaman PM4???
  8. Berapa lama konsessi yang akan diberikan kepada Gamuda?
  9. Bagaimana sekiranya toll tidak dapat menampung hutang baru Gamuda, kos operasi dan maintenance?
  10. Jika ianya gagal adakah projek ini akan menerima nasib yang sama sebagaimana projek penswaataan LRT Putra & Star adalah  di zaman Tun M & DS Anwar yg telah terpaksa diselamatkan oleh kerajaan di zaman Paklah/Najib. Diletakan di bawah Prasarana?
  11. Jika kerajaan Ikhlas mengapa x dimulakan dengan lebuhraya PLUS di mana kerajaan melalui khazanah memiliki 51% ekuiti PLUS di bawah UEM (100% dimiliki oleh Khazanah). Malah 49% saham PLUS pula dimiliki oleh KWSP. Bukan kah ini lebih mudah berbanding nak ambilalih konsessi2 lebuhraya2 yang lain. Ya tak? Milikan saham PLUS klik sini.
  12. Ataupun sekiranya benar2 ikhlas, kerajaan juga boleh memberikan tambang percuma melalui KTMB, LRT dan MRT yang 100% dimiliki oleh kerajaan dibawah Prasarana negara. Kecuali janji toll percuma ini cuma janji2 palsu! Retorik untuk memenangi PRU.





5 Jan 2019

Rakyaat Perlu Terus Mendesak Kerajaan PH???



Maksudnya... rakyat perlu terus mendesak Kerajaan PH jika mahu mereka kotakan janji2 manifesto  PRU mereka seperti petrol RM 1.50/liter, PTPTN hapus, TOLL mansuh dll.

Contoh dah ada....

Sumber klik; https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/akhirnya-tunduk-kepada-desakan-rakyat/

17 Oct 2018

Airmata Penduduk Pantai Timur....dan Malaysia Timur...

ECRL batal....Kesannya besar kepada penduduk2 di Pantai Timur yang majoritinya org Melayu. Lebuhraya Pan Borneo pula silap2 pun dikenakan Toll, yang terkesan adalah majoritinya  yg bakal mendapat tempias bumiputera.

Selain itu projek2 lain yg mungkin dibatalkan adalah HSR, MRT3, malah diberitakan banyak juga pembangunan lain kerajaan federal yg terpaksa dihentikan disebabkan faktor kekangan kewangan. Semuanya disalahkan kepada DS Najib.

Ironinya timbul pula cerita bahawa kerajaan akan menggunakan dana Khazanah Holdings yg dikumpul di zaman Najib utk projek kereta nasional ke 3, nak buat jambatan bengkok, jambatan ke Pulau Jerjak, malah ada yg kata jambatan ke 3 Pulau Pinang juga ada ura2 mahu dicadangkan. Dari mana dana mahu dicekau kerajaan PH tidak pula punulis tahu. Yang jelas semua projek untuk kesejahtaraan rakyaat mahu dipotong atas alasan kekangan kewangan yang ditinggalkan oleh DS Najib.

Penulis ingin bertanya atas alasan apa projek2 ini diutamakan berbanding projek2 utk rakyaat Pantai Timur dan Malaysia Timur yg selama ini lebih tertinggal dari segi kemajuan berbanding negeri2 lain?

Sampai bilakah mereka akan seolah2 dipinggirkan oleh kerajaan pusat? Terutamanya kerajaan PH?

Malah jika ECRL dilihat kurang memberi manfaat sewajarnya alternatif lain seperti jajaran lebuhraya baru dicadangkan dan bukannya peruntukan tersebut diberikan kepada negeri2 lain yg telah sedia maju.

Juga kenyataan PM ke 7 bahawa Lebuhraya tanpa toll adalah mustahil, pasti akan meresahkan rakyaat Sabah/Sarawak kerana ditakuti kerajaan PH akan menukar Lebuhraya Pan Borneo yang sepatutnya bebas toll kepada Lebuhraya bertoll dan menidakkan hasrat kerajaan BN sebelum ini.

Tidak dinafikan bahawa jambatan bengkok pada dasarnya nampak bagus, tetapi wajarkah ianya didahulukan dalam situasi/keadaan kewangan kerajaan yang didakwa sedang tenat sekarang?

Rujuk juga sini.

17 Aug 2018

BOLASEPAK SUKAN ASIA, MALAYSIA 2-1 KOREA SELATAN



2018 Asian Games Men's Football | Friday, 17th August 2018

GOOAAALLL!!!

Safawi Rasid 6'
Safawi Rasid 45'+1

First Half Time
MALAYSIA 2-0 KOREA REPUBLIC

South Korea bring in their world cup hero and Tottenham Hotspur player Son Heung Min in early of the second half but it is not enough to turn around the game result.

Finally South Korean managed to get a goal in 88 minute but it's already too late.

Final result
MALAYSIA 2- 1 SOUTH KOREA 

22 Jun 2018

Projek MRT2 Pula Kini Menjadi Mangsa???


Nampaknya Malaysia semakin menjadi kelam-kabut dan boleh bankrap jika sesuatu tindakan drastik tidak dilakukan....



Tak cukup dengan saham jatuh...klik sini. 

Mata wang jatuh.

Antaranya disumbangkan oleh sikat tidak yakin para pelabur terhadap kerajaan yang dilihat tidak cekap dan kurang berpengalaman..... 

Terlalu banyak bermain politik...Memberhentikan banyak projek2 mega yang sepatutnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan buat rakyaat......kementerian kewangan yang lebih berminat untuk mendedahkan skandal kerajaan terdahulu, ECP yang dilihat mencampuri sistem kehakiman dan lain2.klik sini.

Sekarang projek MRT2 pula yang dilihat terkena tempias selepas MR3 telah dibatalkan. Klik sini.

Projek yang sedang berjalan dalam jadual yang padat, dengan design dan pelan yang telah tersedia, bagaimana hendak membuat kajian bagi mengurangkan kos tanpa mengganggu perjalanan dan progress di tapak?

Adakah dengan memberhentikan/memperlahankan dahulu projek tersebut? Apa kesannya kepada kontraktor?, pembekal2? Jentera? Pekerja2?

Bagaimana dengan kos2 bahan mentah, buruh. supervision dan jentera yang dikhususkan untuk projek ini? Rakyaat terpaksa membayar ganti-rugi?

Kos Preliminary dan rate yang diberikan adalah berdasarkan kepada kuantiti yang diberikan dalam Bill of Materials semasa, sebarang pengurangan kuantiti secara drastik dan sebarang kos "idling" akan diserap oleh kerajaan atau buarsahaja sayarikat2 kontraktor2 dan pembekal2 ini mengalami kerugian dan pekerja2 hilang mata pencarian?








18 Jun 2018

KJ Calon Terbaik Presiden Utk PRU 15, Ku Li Calon PM 16 September 2018?


Tun M dengan nada sinis mencadangkan KJ sebagai calon Presiden Umno dlm pemilihan yg akan dtg.

Umum tahu Tun M berdendam dgn KJ kerana pernah membuatkan perjalanan DS Mukriz dlm Umno agak beranjau.

Malah ramai yg percaya di antara sebab mengapa KJ yg merupakan KP Umno tidak berada dalam senarai kabinet DS Najib pada 2-3 tahun awal pemerintahannya sebagai PM adalah kerana patuh kepada arahan Tun M.

Sedangkan dlm masa yang sama Timbalan KJ sebagai Timb Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali diberikan tempat sebagai Timbalan Menteri.

Ini senang untuk difahami, kerana selain pernah mengalahkan DS Mukriz dlm pemilihan KP Umno, YB KJ juga sering dikaitkan sebagai "PM dibelakang tadbir" di zaman Pak Lah samada oleh Pakatan Rakyaat mahupun Kem Tun M.

"Penasihat tingkat 4", mungkin ianya sesuatu yang asing buat generasi muda tetapi tidak buat yg telah mengenali politik di awal tahun 2000. Antara penyebab Pak Lah diturunkan pada 2009.

Berbalik kepada YB KJ sebagai calon Presiden Umno, bagi penulis ianya agak terlalu awal. Penulis X ada masalah untuk KJ mengetuai Umno/BN dlm PRU 15 nanti, tetapi buat masa sekarang dalam pertembungan dgn Tun M, Umno/BN memerlukan seorang yang jauh lebih matang dan licik untuk menghadapi Tun M.

Walaupun pada dasarnya ini bukan masanya untuk bermain politik sebaliknya adalah masa untuk membangunankan negara, tetapi apakah Pakatan Harapan akan berbuat perkara yang sama jika mereka tetap kalah dlm PRU 14 yang baru lalu?

Sudah pasti tidak bukan? Mereka pasti akan melancarkan fitnah2 cth. blackout 905, pengundi2 hantu Bangla, pengundi2 Hantu China, pembentukkan kerajaan baru 16 September, kertas undi rosak, kertas undi POS X sampai, dakwat kekal senang hilang, dll sebagaimana dakyah2 mereka dlm pra PRU 14 mahupun fitnah2 dan provokasi sebagaimana yg mereka mainkan dlm Pasca PRU 13 yg lalu.

Memandangkan masa masih panjang menjelang PRU 15 yg akan dtg, Umno/BN memerlukan Presiden yg bijak, berpengalaman, licik dan penuh dengan tipu muslihat untuk membentuk kerajaan campuran kerana majoriti mudah 114 kerusi Parlimen sebenarnya suatu bilangan yang bukan mustahil untuk dicapai!!!

Jestru tunggu apa lagi? Trojan horses pun dah masuk.....

Sumber klik; http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/17/kj-presiden-umno/

16 Jun 2018

Siapa Perangkap Siapa - Tun M dan DAP???


DAP ni bukan boleh percaya sangat.....

Tukar AG, tukar Ketua Hakim Negara, tukar Presiden Mahkamah Rayuan, tukar ketua polis, tukar lagi bala
...bla...

Tup2 tangkap dan tuduh Tun M atas pembaziran RM 100 billion. Satu sen X guna.

Dengan Tun Daim sekali masuk dalam.....Gelak aje hakim2 yang kena buang.....

Sumber klik; https://t.co/kUkDPvs5SW https://t.co/YXI25VEQVP

13 Jun 2018

Malaysia Nak Bankrap??? Pinjam Duit Dgn Negara Bankrap Kuasa 3???


PH kata di bawah pemerintahan Najib, Malaysia nak Bankrap...Alasannya hutang negara telah meningkat sehingga RM 680 billion dan jika dikira segala jaminan yg dibuat oleh kerajaan, nilainya akan mencecet angka sekitar RM 1.2 trillion.

Anehnya Tun M pergi ke Jepun nak pinjam duit.....dgn negara yang mempunyai hutang mencecah USD 9.6 trillion iaitu bersamaan RM 38.4 trillion.



Jumlah keseluruhan hutang Jepun mencecah 251.14% daripada KDNK negara tersebut.

Wow....lagi senang bankrap kalau mcm ni...




Atas pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh parti pemerintah Yang baru jumlah hutang Malaysia telah melonjak kepada RM 711 billion.

Kalau diikutkan jumlah hutang semasa secara online ini dari segi KDNK jumlah hutang negara kita berbanding Jepun adalah hampir 3x ganda. Sementara untuk jumlah hutang adalah 38.4 trillion bahagi RM 711 billion = 54 X ganda.

Jadi Lu fikir lah sendiri....Senang X senang nak tipu orang2 kat Malaysia ni....Yang kononnya educated....

Sumber klik sini;
https://www.nationaldebtclocks.org

12 Jun 2018

Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan Baru Juga Bakal Pro DAP???



Wah ibarat dapat betis nak peha....

Selepas berjaya menempatkan Peguam pro DAP sebagai Peguam Negara sekarang mereka (DAP) dilihat sedang mensasarkan jawatan Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan untuk diisi oleh calon2 pilihan mereka pula.

Tekanan yang dilakukan oleh LKS sejak 2016 lagi...“Perletakan jawatan dari Md Raus sebagai Ketua Hakim dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan membolehkan satu permulaan yang tepat untuk pembaharuan kehakiman dan undang-undang yang sangat diperlukan di negara ini,” kata Kit Siang.

Sumber klik sini.

11 Jun 2018

Dulu Sembang Beli Jet Membazir - Kenapa X Jual Utk Bayar Hutang???



Cakap aje boleh lah.....bila dah ada semua pun nak naik... Yang Membazir Najib sebab beli...orang kemudian membazir kalau X guna...


Bagi penulis...jika pemimpin2 PH ini ikhlas nak tolong rakyaat...Jual aje kapalterbang tu...dapat dalam RM 500 juta, dah boleh guba untuk bayar hutang negara.

Nak tunggu Tabung Harapan Malaysia, berapa lama baru nak dapat RM 500 juta???

Nampak sangat macam X cerdik.



Sumber klik sini. 

10 Jun 2018

Mintak Rakyaat Bayar Hutang Negara Tapi Pulang Balik Cukai Kroni?


Penulis percaya sebagai kerajaan yg katanya mengamalkan pemerintahan yg transparent, good governance, amanah, berintergriti dll.

Selari dengan kerajaan yg boleh buat pengumuman hampir setiap hari kepada rakyaat akan apa yg mereka telah telah lakukan, penulis berharap Tun M/PH juga akan memaklumkan kepada rakyaat apabila cukai2 tambahan yang katanya telah dikenakan di zaman Najib ke atas syarikat2 kroni dipulangkan semula kepada syarikat2 tersebut. Ini penting kerana semua duit2 yang terlibat adalah duit rakyaat. Kerajaan PH hanya lah pemegang amanah. Apatah lagi dengan jumlah hutang kerajaan yg tinggi.

Penulis juga merasakan kerajaan PH juga perlu mendedahkan butiran2  tentang bagaimana pihak regime kerajaan terdahulu boleh membenarkan apa yang didakwa sebagai mengutip cukai tambahan. Kerana apa yg penulis faham ianya jika berlakupun bukan lah cukai tambahan, sebaliknya cukai yg kurang dibayar disebabkan under declare ataupun kerana salah pengiraan oleh syarikat2 tersebut. Suatu perkara yang juga berlaku ke atas akaun2 cukai individu.

Penerangan, penjelasaan berserta bukti2 juga perlu supaya rakyaat X tertanya2 mengapa mereka terpaksa menderma untuk melunaskan/mengurangkan hutang2 kerajaan tetapi sebaliknya cukai yang dibayat oleh syarikat2 kroni dipulangkan semula.

Rakyaat juga mungkin akan mendapat persepsi yg salah seperti, derma rakyaat sebenarnya untuk membayar syarikat2 kroni. Ataupun Wang yang dikembalikan mungkin sebenarnya  politik sebagai imbuhan kepada dana2 politik yang telah diberikan semasa PRU baru2 ini.

Ini kerana cukai2 syarikat2 dan individu dikutip berdasarkan peraturan dan undang2, jestru mana mungkin pihak Incometax boleh mengenakan caj2 tambahan tanpa peruntukan undang2 dan alasan yang munasabah.

Tambahan pula syarikat2 ini juga mungkin telah memberikan maklumat yang salah kepada Tun M untuk kepentinga peribadi. Malah jika pembaca2 budiman yang berumur 40an dan ke atas, mungkin masih ingat bagaimana disebabkan  maklumat yang salah yang diberikan oleh pengurusan proton ketika itu, Tun M pernah menemplak pembeli2 kereta proton bahawa harga accessories yg ditawarkan oleh Proton adalah sangat rendah malah jika pembeli2 tidak mahu accessories berkenaaan, mereka masih tetap perlu membayar pada harga yang sama. Satu contoh bagaimana orang2 yang rapat dengan Tun M boleh memberikan maklumat yang tidak benar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3