bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Nov 2016

Projek ECRL - Macam Biasa Tiba-tiba Ramai Rakyaat Malaysia Jadi Pakar Ekonomi!!!


Telah diberitakan import Negara Cina terhadap minyak kelapa sawit negara telah menyusut sebanyak 50%. Jika dahulunya mereka merupakan pengimport minyak sawit terbesar negara, kini tidak lagi. Malah pengimportan mereka terhadap sarang burung Walid sedikit masa dahulu menyebabkan industri tersebut hampir lumpuh. Kerana mereka merupakan pengimport terbesar product berkenaan.

Untuk pengetahuan menjadi kebiasaan dalam sesuatu international trades di antara 2 negara ianya akan dilakukan secara "barter trades". Samada melalui komoditi/barangan, kontrak pembinaan mahupun soft loan. Kerajaan China sejak beberapa dekat yang lalu sejak mereka membuka pintu negara mereka, sememangnya sebuah negara yang kaya dan banyak duit.

Syarikat2 mereka pun disokong penuh oleh kerajaan utk mencari projek diseberang laut. Malah kerajaan kerap memberikan pelbagai geran dan subsidi untuk membolehkan syarikat2 ini bersaing diperingkat antarabangsa.

Ini X menghairankan disebabkan semua syarikat2 besar masih milikan kerajaan mereka. Strategi mereka untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaaan. Malah negara AS yg mempunyai hutang terbesar di dunia sehingga hampir USD 20 trillon, pemiutang terbesarnya adalah negara China. 

China dengan kekayaan mereka, membolehkan kontraktor2 besar mereka menawarkan harga yang menarik disamping dengan pakej soft loan sekali.  Dalam iklim persaingan utk menguasai laut Cina Selatan diantara China dan US yang semakin sengit. Jika US cuba untuk membuli Malaysia melalui isu 1MDB, China pula bertindak mengurangkan import komoditi2nya dari Malaysia. 

Jadi kerajaan Malaysia perlu bijak balance out, dlm mencuba utk X tunduk kepada tekanan kuasa2 besar ini mencari pengaruh, dalam mempertingkatkan eksport dan dlm masa yg sama menangani beban hutang negara.  Biasanya interest hutang utk infrastructure selalunya rendah sekitar di bawah 3% (kalau dahulu, sekarang mungkin rendah lagi). 

Dilemma yg dihadapi oleh negara, pinjam banyak2 dari luar negara org akan marah. Pinjam duit KWSP pun org marah jiga. Sabah/Sarawak dapat projek Pan Borneo tempat lain X dapat pun org akan marah. Jika dilihat kawasan cadangan ECRL sememangnya berpotensi untuk dimajukan sekiranya mempunyai talian keretapi yang baik. 

Bila X ada projek mega ekonomi X perkembangan, X ada pekerjaaan dan peluang pun org akan marah juga. Memanglah rakyaat kena concern pasal hutang negara  tetapi rakyaat yang berfikiran waras perlu lihat dari prospective ekonomi macro. Isu guna contract mega/soft loan sebagai barter trade komoditi sebenarnya sudah digunakan dan berikut antara contoh2nya... klik sini, sini, sini dan sini.

Apa pun pelaburan dan pinjaman sekitar RM 55 bilion itu amat besar dan persoalannya adakah keperluan  ERCL begitu mendesak? Atau boleh ditangguhkan sehingga kita lebih bersedia???






2 comments:

  1. Ni drama air mata minta simpati yg nak dijual dgn harga diri dan dibayar sebanyak taburan dedak.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita mahu buat satu2 projek mega dengan cara menabung memang tidak akan boleh dibuat. Kerana apa? Kalau kita tunggu 20 tahun yang akan datang rm55 bilion tu akan menjadi rm100 bilion. Macam kita beli runah juga. Kalau kita tunggu hingga bank akaun kita penuh baru nak beli, ianya tak akan tercapai. Oleh kerana kerajaan Cina sanggup memberi pinjam dengan kadar bunga yg rendah maka patut kita ambil peluang ini. Kerana apa? Dengan siapnya prasarana ini lebih awal kita boleh menarik pelabur ke tempat2 yang dulunya kurang menarik pelabur. Lebih banyak pekerjaan akan ujud untuk menampung graduate2 yang makin bertambah. Penjanaan ekonomi akan melonjakkan GDP negara. Lebih banyak cukai akan dapat dipungut dari sektor koporat. Lebih banyak gst dapat dipungut jika ramai yang bekerja dan berbelanja. Dengan pungutan cukai yang meningkat maka tidak akan menjadi masaalah bagi kerajaan membayar hutang2 tersebut. Kenapa China sanggup memberi hutang? 1) China mmpunyai foreign reserve yang berjumlah trillion Yuen 2) Wang ni disimpan dan dilabur diluar China seperti US, Europa 3) Kadar faedah sekarang kurang menarik. Di US misalnya berada sekitar 0.2 percent. Tindakan China memberi hutang kepada negara2 yang memerlukan infrastructure adalah satu strateji yang baik. Kerana apa? Walau pun kadar interest yang rendah tapi syarikat2 dari China akan dapat projek2 tu. Disinilah keuntungannya. Wang ini akan balik ke negara China dengan keuntungan. Kontrektor2 China akan dapat kerja walau pun dalam ekonomi yang suram. Tenaga kerja mereka akan menjadi lebih skill. Dengan exposure ini mereka boleh membida projek2 lain dalam sesebuah negara. Hanya rakyat Malaysia yang bongok tak pandai mengambil peluang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3