bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Jan 2016

Tabung Haji Bakal Bankrap Fitnah Mahu Runtuhkan Ekonomi Negara?



Sumber klik; http://www.mykmu.net/2016/01/minta-jangan-buat-spekulasi-tarikh-umum-bonus/#

Berikut adalah fitnah yg kononya ditulis oleh kakitangan TH sendiri yg penulis kutip di Whatapps group.

"Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini di Tabung Haji. Kami terdesak, pandangan dan rintihan kami sebagai warga TH langsung tidak dihiraukan.

Kami berpegang kepada prinsip amaar maaruf dan nahi mungkar, dan bukannya yang lain.
Mana bisa kami berdiam diri lagi apabila institusi suci kebanggaan ummah, yang dibina dari titik peluh simpanan pakcik dan makcik di kampung, makin hari makin dirobek, dirogol dengan rakusnya tanpa menghiraukan halal dan haram, betul dan salah. Menitis air mata kami memikirkan nasib ummah dan malapetaka yang bakal menimpa mereka sekiranya kami masih berdiam diri.

Kami warga TH amat kesal dengan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran. Ianya makin parah.

Kami di paksa melakukan pelaburan yang berisiko, yang tidak sesuai dengan strategi pelaburan.

Beberapa kali kami terpaksa membeli asset yang amat berisiko, walaupun cadangan pelaburan itu tidak melepasi penilaian dalaman.
Hancur hati kami apabila terpaksa membayar asset-aset tersebut dengan duit umat islam yang hendak ke Tanah Suci menunaikan ibadat haji.

Kami tidak lagi amanah.

Kami dipaksa menipu.

Tidak perlu kami sebutkan apa yang kami di paksa beli. Anda semua pun tahu penglibatan TH sebagai badan separa koporat.
Mana kan tidak, ada beberapa Pegawai atasan kami juga menjadi Pegawai atasan badan koporat lain.

Pihak tertinggi tidak lagi mempertahankan maruah TH, sudah lupa akan tujuan sebenar penubuhan TH. Kalau dahulu kami amat berbangga dengan professionalism pihak atasan seperti Tan Sri Hanapiah – anak melayu pertama yang mempunyai lulusan charted accountant, tapi sekarang mereka yang tiada kelulusan langsung, yang mempunyai karater yang kasar, dilantik menjadi pengerusi.

Akibatnya jelas. TH dan pelabur umat Islam menjadi mangsa. Lihatlah apa yang dah jadi tahun lepas. Langsung tidak ada simpanan.

Kami untung RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberi lebih dari itu, iaitu RM 3.3bil. Bukannya hendak menyimpan sedikit untuk pelaburan masa hadapan, tetapi terpaksa mengambi dari reserve untuk membayar dividen.

Paling dahsyat sekali, dan amat kami takuti dan bimbang, adalah apabila ada kemungkinan TABUNG HAJI TIDAK DAPAT MEMBAYAR SATU SEN PUN DIVIDEN TAHUN INI.

Sepatutnya, kami telah mengisytiharkan kadar dividen semalam, seperti tahun lepas di mana kami mengishtiharkan pada 22 Januari 2015.
Asset kami jatuh teruk.
Amat teruk sekali.

Ini bukannya untuk menakut-nakutkan para pelabur kami, tapi inilah yang berlaku sekarang ini. KAMI TIDAK CUKUP DUIT UNTUK BAYAR DIVIDEN.
Malah, menurut akta Tabung Haji, sekiranya nilai asset kami kurang dari liability, kami DI LARANG membayar dividen.

Kami amat tertekan. Kami ada bukti-bukti mengenai isu ini.
Amaran keras dari pihak regulator amat jelas. Surat amaran yang pengerusi kami terima dan ditunjukkan kepada kami amat mengerunkan.
Insya allah, akan kami siarkan sekiranya perlu.

Ya allah, selamatkanlah Tabung Haji!"


Komen Isac;

Nak tipu dan fitnah pun agak2 lah....Kalau semua istitusi ekonomi negara terutamanya milik negara bungkus sebab fitnah2 yg dilemparkan, siapq yang susah?

Kalaupun nak tarik undi, janganlah sampai nak sabotaj negara.

Dalam sistem ekonomi bebas di mana permintaan dan penawaran menentukan harga pasaran, fitnah dan spekulasi pasti akan menjejaskan pasaran.

Bayangkan jika disebabkan fitnah2 sebegini ringgit semakin merudun dan akhirnya kita terpaksa melupuskan sesetengah asset, tentunya apabila ekonomi pulih dan apabila ringgit kembali ke harga yang sepatutnya kita X mampu membeli semula asset ini kerana kita menjual pada harga yg rendah tetapi perlu membeli balik pada harga yg sangat tinggi.

Jestru janganlah kita terikut2 menyebarkan fitnah yang boleh meruntuhkan negara semata2 kerana kita ingin bersama pembangkang yang sengaja mengeruhkan lagi suasana demi utk meraih undi.


6 comments:

  1. Kalau betul ada BUKTI keluarkan sahajalah, buat apa tunggu2??? Kata nak berbakti. Fitnah tak habis2 Orang Melayu ni, nama je Islam.

    ReplyDelete
  2. INGATLAH DAN AWASLAH MEDIA SOSIAL HARI INI LUBUK MENGUMPUL DOSA YANG SANGAT POPULAR.JANGANLAH KITA MENJADI SEBAHAGIAN DARINYA

    ReplyDelete
  3. Komen aku.
    Duit TH adalah duit rakyat.
    Banyak pelaburan TH terlalu risiko.

    1mDB adalah satu faktor.
    THHE juga mengalami defisit.

    Kami yg oetak duit bukan mahu dividen atau bonus. Kami nak tunai haji sahaja. Tapi kalau duit kami diguna sesuka hati..adakah itu fitnah?

    Mcm kwsp..duit tu boleh pulak kerajaan pinjam..kami nak bayar rumah bermacam macam kerenah birokrasi.

    Adakah itu fitnah?

    Komen aku last..jgn nak guna duit rakyat sesuka hati. Tanya kami dulu..

    ReplyDelete
  4. Laa.... aku ingatkan Tabung Haji nak "bangkrap" kerana semua penganut PAS nak keluarkan deposit mereka selaras dengan saranan Mr. Bean tahun lepas.... ni pasal tak dapat dividen je rupenya. Itupun baru hearsay..

    ReplyDelete
  5. Habis kalau tak betul ? cepat2 la umum Keuntungan dan bayar dividen. Habis semua finah hilang sekelip mata. KAN ? takan nak diam je macam najib bodo.

    ReplyDelete
  6. Kalau betul TH nak bungkus ..semua top level management kenalah sign SD tak nak azeèeeèeeez jadi pengerusi

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3