bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Dec 2015

GST Bagus Untuk Negara Tetapi Kerajaan Berlaku Zalim Pada Golongan Pertengahan???

GST tu memang bagus, terutamanya untuk mempastikan para peniaga membayar cukai perniagaan, para pengusaha "black economi" juga tidak terlepas tetapi sepatutnya cukai pendapatan buat golongan pekerja dikurangkan atau dimansuhkan sama-sekali.

Sebab dalam pengamalan yang dilakukan sekarang kita sebagai pembayar cukai terasa seperti dikenakan cukai 2 kali. Seolah2 dianak-tirikan oleh keraaan.

Bayangkan jika pendapatan kita selepas ditolak pengencualian utk diri sendiri, isteri, anak2 dll. adalah RM 100k, cukai pendapatan 11.9% adalah RM 11.9k, bakinya adalah RM 88.2k.

Lepaa tu setiap kali berbelanja dan berurusan dengan syarikat yang mempunyai perolehan RM 500k setahun kecuali untuk barangan makanan kita akan dikenakan pula cukai GST 6% bagi setiap pembelian.

Kerajaan nak tangkap peniaga X bayar cukai tetapi rakyaat golongan pertengahan yg "kena"!!! Kena tax 2 kali!!!

Berlaku ketirisan subsidi petrol, ketjaan hapuskan subsidi petrol rakyaat pertengahan juga yg kena...

Kerjaan nak elakkan penyeludupan barangan keperluan seperti tepung, beras bersubsidi, gas LPG, minyak masak dll...di sempadan negara rakyaat golongan pertengahan juga yg akhirnya menjadi mangsa.....subsidi ditarik-balik....



Bayangkan sudahlah subsidi banyak dihapuskan tetapi  dicukai dua kali!!!

Kerajaan perlu berbuat sesuatu jika tidak mahu kehilangan sokongan daripada golongan pertengahan!!!

9 comments:

  1. Soalnya kemana wang gst ni dibelanjakan? Rakyat nk lihat ketelusan kerajaan dlm hal ni, atau akn digunakn untuk byr htg mdb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tengok pembentangan bajet ke?

      Delete
  2. BN will last under najib....

    ReplyDelete
  3. hebattt..anda mmg pakar segalanya

    ReplyDelete
  4. Gst dah dapat billion2

    Sepatutnya income tax mestilah 6% jugak

    ReplyDelete
  5. Bagi kami pesara (bukan-kerajaan), keadaan lagi teruk kerana tiada menerima duit pencen bulanan dan hanya mengharapkan wang simpanan yang ada untuk menampung perbelanjaan hidup kami.Tiada pendapatan yang masuk tapi kena cukai apabila berbelanja. Dah memang tak sokong kerajaan BN lagi.Parti pembangkang lagilah tak boleh diharap.Kecewa disebabkan kegagalan 1MDB, rakyat yang kena tanggung beban.

    ReplyDelete
  6. Ko jgn fikir krajaan akn dgr apa yg kte ckp.. org ddk kaki lima pn kene gst..

    ReplyDelete
  7. GST bukan bagus utk negara.

    Tapi bagus untuk pemimpin terus berkuasa.

    Rakyat mcm tuuuuuuuuuuuuuu jugakle.

    Takkan sepinggan nasi (+lauk2+sayur+minuman) akan jadi harga RM3.50???????????? Mustahil.

    ReplyDelete
  8. Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (As-Sajdah ayat 9)

    Semoga kita termasuk golongan yg sedikit itu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3