bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Aug 2012

Olimpik - "Puteri Sarawak", Pandelela Raih Gangsa Dalam Aksi Terjunan 10m!!!


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pandelelamahukejayaannyaberiinspirasikepadapenerjunmuda/Article/


LONDON: Penerjun negara Pandelela Rinong berharap pencapaian pingat gangsanya dalam acara 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan berkenaan. 


Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. 



"Kejayaan inimerupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik di sini, lewat malam tadi.


Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata. 

"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya. 

Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China. 

"Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik. 

"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidor dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidornya," katanya. - BERNAMA 


Komen Isac;

Tahniah dan syabas!!!

Siapa kata orang kampung X boleh berjaya???

Semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada generasi pelapis!!!

Bahawa dengan usaha dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan tiada sebab kita tidak boleh berjaya!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3