30 Jun 2010

Lagi Wakil Rakyaat Dipanggil Beri Keterangan Esok - SPRM Perlu Pastikan Tiada Yang Terjun Bangunan!!!

Adun Sri Muda, Batu Caves diminta beri SPRM keterangan esok


June 30, 2010


SHAH ALAM, 30 Jun —  Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima notis pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.
Pengarah Penerangan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan hari ini berkata dua ADUN terbabit ialah Suhaimi Shafie (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves).
Badrul Amin berkata kedua-dua ADUN berkenaan menerima notis itu pada Isnin meminta mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 iaitu memberi dan menerima suapan.

“Kedua-dua mereka akan hadir esok ke pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 3 petang bagi membantu dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima notis itu dan akan memberikan keterangan esok namun tidak tahu mengenai siasatan yang akan dijalankan. “Ya, saya ada menerima notis itu dan akan memberi keterangan bersama peguam esok dan perkembangan lanjut mengenai tujuan saya dipanggil akan diumumkan kemudian kerana saya sendiri tidak pasti ia berkenaan kes apa sebenarnya,” katanya. — Bernama


Komen Isac:

Semua YB dan saksi-saksi lain perlulah diberikan pengawasan keselamatan yang sewajarnya dan pengunjung-pengunjung di SPRM juga perlulah diawasi dan dihadkan pegerakkan mereka. Ini penting kerana jika sesuatu berlaku yang akan dipersalahkan adalah SPRM sendiri. Belajarlah dari kesilapan yang lalu...

Jangan sampai peristiwa yang berlaku ke atas mendiang Teoh berulang... Kita memang selalu bersangka baik, selalu berbuat baik tetapi orang lain hanya menunggu masa untuk mengambil peluang di atas kebaikkan kita....

Bakar Surat Khabar, Kata Cikgu Pencen Macam Cerita Budak-budak??

PKR Berang UMNO Bakar Kitab Suci PKR!


Dipetik dari blog Media Cyber klik sini.

Lanun pasir Adun Seri Muda akan buat sidang akhbar untuk menyaman UMNO Bahagian Kota Raja kerana telah membakar kitab suci PKR iaitu 'Suara Keadilan' kononnya perbuatan jahat zionis UMNO Kota Raja itu, boleh mengguris hati ahli-ahli PKR yang kuat sentap di seluruh Malaysia. (KAHKAHKAHKAH!!)

Usah terkejut dengan tindakan Adun yang ingin mencari publisiti murahan GRO ini. Dia lupa, Shamsul Iskandar serta beberapa ahli PKR yang lain pernah juga membakar Surat Khabar UMNO dan tiada pula tindakan daripada UMNO Kota Raja atau mana-mana bahagian kepimpinan UMNO. Kalau mereka buat, takde kena saman. Kalau UMNO buat, harus kena saman? Begitu percaturannya?

Suara Keadilan a.k.a Surat khabar semut tapi nak carry cerita gajah. Sekali gajah ketis dah nak minta maaf. Duit tak banyak nak bayar saman terpaksa menjaja bontot penasihat PKR aje lah. Eloklah Felda saman Suara Keadilan ini sampai bangkrap, baru padan muka PKR. Ibarat kata Tuan director Ahmad Nesfu, kecik-kecik tak nak mampos, besar-besar menyusahkan orang je.

Bagai nak gila Suara Keadilan balon Felda padahal sumber yang diterima oleh Suara Keadilan pun tak berasas dan lebih berupakan fitnah. Celaka punya Suara Peliwat! Hidup-hidup Suara Keadilan tipu pembaca mereka. Mulai hari ini ramai-ramai ludah Suara Keadilan sampai bila2. Khaaak Puiiihh!!


Komen Isac;

Samalah tu cikgu...Orang politik ni, bila orang buat salah, sendiri buat tak apa......Walaupun pakai serban dan jubah perangai mereka tetap sama.

Kita hanya boleh memilih mana yang terbaik di antara yang "tak baik"....

Tian Chua Kekal MP - Masa Untuk Balas Dendam Pada Karpal???

Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut
http://www.malaysiakini.com/news/135924
Hafiz Yatim
Jun 29, 10
7:22pm

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

<>

Pada 17 Jun lalu, ketika menolak rayuan Chua tetapi mengurangkan hukumannya, Ghazali berkata keputusannya adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Agung 1993 kes Public Prosecutor lawan Leong Yin Ming yang hanya denda RM2,001 atau lebih yang akan meyebabkan perlucutan kerusi secara automatik.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata “Tidak kurang dari” seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

“Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermulka daripada RM2,000.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini,” kata hakim Ghazali.

“Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberi implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Batu, maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut, selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan,” katanya.


Keputusan hakim, Ghazali yang sebelum ini mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya.
Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.
Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.

Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001.

Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000.


Komen Isac;

Masa untuk Tian Chua membalas dendam terhadap Karpal, yang dilihat seperti beriya-iya mahu beliau "dilucutkan"  daripada jawatan Ahli Parlimen???

Ataupun sememangnya Karpal hanya "teror" setakat mahkamah Tinggi, Seksyen dan Mahkamah Rendah sahaja??? Mahkamah Agong, belum "khatam" ???

Betullah... KDN Hanya Mampu Memberikan Amaran Demi Amaran Sahaja.....

KDN keluar 10 surat teguran kepada akhbar 
Jun 30, 10 10:33am 
http://www.malaysiakini.com/news/135952

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan pada 2010.


Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.


"Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," katanya.


Apa-apa hasil pene
rbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkanfikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:


  • Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

  • Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.

  • Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

"Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia," katanya.

Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja.

- Bernama



Komen Isac;

Nampaknya KDN semakin menyumbang kepada hilangnya "kepercayaan" penyokong-penyokong Umno/BN....

Apa tidaknya, jika kesalahan dilakukan oleh penyokong-penyokong dan akhbar yang pro Pakatan Rakyaat, KDN hanya mampu untuk memberikan "amaran" demi "amaran"...

Sebaliknya jika penyokong-penyokong Umno/BN yang melakukan kesilapan, terus diambil tindakan... Lihat sahajalah mereka yang mengusung kepala lembu di Shah Alam tempohari... Terus didakwa!!!

Dato' Seri Najib, kami mahukan Menteri KDN yang "Jantan"!!!!!! Agar kerajaan yang ada tidak sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan!!!

Itupun jika Umno/BN masih mahu memerintah selepas PRU 13 nanti!!!

Hadoyaiii, bila blogger lain tulis aku X percaya, rupanya memang betul.....Menteri Amaran.....Sepupu Najib... Hisham ni "baik" sangatlah... Kena cari yang "garang" sikit...

Khalid Bercuti Atau Membawa Hati Yang Lara???

Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok
http://www.malaysiakini.com/news/135923
Salhan K Ahmad
Jun 29, 10
7:25pm

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Komen Isac;


Kata Anwar Khalid semdiri yang memohon supaya dapat melepaskan jawatan Pesuruhjaya PKR negeri Selangor agar beliau dapat menumpukan sepenuh masa untuk mentadbir Selangor...

Tup-tup pergi bercuti pulak ??? Banyaknya masa lapang???

29 Jun 2010

Peraduan Meneka Yang Mana Satu Lembu???



FORCADOS dari Kumpulan Evora berusaha menawan seekor lembu jantan ketika acara Lawan Lembu Tradisional Portugis di Evora, Portugal, semalam. Forcados adalah sekumpulan lapan lelaki yang terbabit dalam acara "pega de cara" atau "face catch" iaitu mereka perlu menangkap lembu jantan tanpa mengguna sebarang alat atau senjata. Acara dikira berakhir apabila lembu jantan itu berjaya ditawan tanpa membunuhnya. - Foto AP



Komen Isac;

Nak kutuk banyak-banyak nanti orang marah pulak sebab budaya ni dah diamalkan sejak turun-temurun...Apapun "mereka" ni memang berani, berani X bertempat... Macam mat-mat rempit di Malaysia ataupun penunjuk-penunjuk perasaan penyokong pakatan rakyaat yang sanggup merusuh dan baring-baring dan berguling atas jalan...

MB Khalid - Ibarat Melukut di Tepi Gantang???

Khalid terus ditekan



SHAH ALAM 28 Jun – Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan dengan satu lagi desakan - meletakkan jawatan Menteri Besar.

Desakan terbaru tersebut meletakkan suasana politik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah.

Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.

Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza.

“Kita memang mengalu-alukan pelantikan Azmin, tetapi kita khuatir kerana jawatan Menteri Besar masih dipegang oleh Abdul Khalid yang nyata gagal menyelesaikan banyak isu rakyat di negeri ini serta belum menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum dilantik ke jawatan berkenaan.


Komen Isac;

Nasibnya hampir menyerupai nasib Tan Sri Zahrin... Adakah ini bermaksud wakil Ahli Parlimen Bebas akan bertambah??? Sama-sama kita tunggu.....

Felda Tak Bankrup, Tapi Suara Keadilan Yang Bakal Bankrup???

Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/28/mstar_berita/20100628221102&sec=mstar_berita
 
PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.
Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas.

"Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian. "Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat...(ia) tak pernah berlaku," kata Mahmood.

Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.

"Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)...degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan," tambahnya.

"Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini," katanya. Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya. "Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak.

"Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil," katanya.

Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

"Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana.

"Kita perlu lihat surat itu dan kita akan patuh serta telah memberi jaminan untuk beri sepenuh kerjasama kepada KDN," katanya.

Beliau berkata, surat jawapan itu akan dihantar esok manakala surat tunjuk sebab berhubung isu Felda akan dihantar pada kadar segera, seboleh mungkin menjelang Rabu ini.

"KSU mahu kami hantar surat ini secepat mungkin, kalau boleh menjelang 30 Jun kerana mereka juga dalam masa yang sama sedang meneliti permohonan kami untuk memperbaharui permit yang akan tamat pada tarikh yang sama, 30 Jun.

"Permohonan untuk memperbaharui permit itu telah kami hantar tiga bulan lepas," tambahnya. Dzulkarnain juga mendakwa, beliau telah memohon sedikit masa kerana perlu meneliti tiga artikel yang disebut dalam surat tunjuk sebab berkenaan tetapi Mahmood bertegas agar jawapan bagi ketiga-tiga surat diberikan esok.

Beliau juga menarik perhatian berhubung kegagalan syarikat mematuhi peraturan untuk menghantar lapan salinan akhbar kepadanya bagi setiap keluaran, katanya. - BERNAMA


Komen Isac;

Kerana akhbar tabloid tersebut adalah milik parti dan Parti Keadilan Rakyaat mendapat faedah daripadanya secara langsung maupun tidak langsung, apa kata jika PKR juga disaman untuk menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat umumnya dan parti-parti politik khasnya....

Silap-silap haribulan dengan Suara Keadilan dan PKR yang bankrup!!!

Subsidi Oh Subsidi....Subsidi Minyak Kelantan...

Ku Li sedia jadi saksi


GUA MUSANG – Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, bersedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Kelantan, jika kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tawaran itu dibuat kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam penyediaan Akta Petroleum dan mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

“Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri terbabit membuat tuntutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, semalam

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa kes royalti minyak ke mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi.

Menurutnya, menerusi wang royalti inilah negeri mundur dapat membangunkan negeri masing-masing sekiranya royalti diberikan kepada kerajaan negeri.:

“Beberapa negeri dianggap mundur seperti Kelantan dapat membangunkan negeri sekiranya diberikan wang royalti untuk melaksanakan pembangunan,” katanya.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah, 30 Ogos nanti.


Komen Isac;

Cepatlah bawa kes ini ke mahkamah, kita selesaikan isu ini secepat mungkin agar ianya tidak lagi menjadi isu yang boleh "dijual" oleh Pakatan Rakyaat.

Kepada kerajaan pusat pula penulis amat berharap agar wang ehsan perlulah digunakan untuk memajukan sesebuah negeri itu dan bukannya dihamburkan kepada perkara-perkara yang kurang bermunafaat... Paling baik pembangunan yang bakal dilakukan perlulah pembangunan yang memberikan pulangan "berganda" demi kemakmuran kepada rakyaat dan negara dalam jangka panjang...

28 Jun 2010

Calon Pengganti MB Terbaik Buat Negeri Selangor???

Saya berpendapat apa yang berlaku di Selangor sekarang adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat-umatnya. Allah ingin melihat sejauh mana cerdik umat-umatnya mengambil kesempatan di atas perkara ini. Allah ingin melihat bagaimana kesungguhan umatnya yang selama ini sering melaung memperjuangkan agama,bangsa dan negara bersatu mengembelingkan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuktikannya. Pengorbanan antara satu sama lain amat diperlukan dalam hal ini demi kepentingan rakyat. Dan inilah masanya untuk membuktikan cakap-cakap yang sering dilaungkan selama ini.

Peluang untuk Khalid Ibrahim kekal sebagai MB semakin tipis, manakala Azmin pula tidak layak menjadi MB kerana dia bukan anak jati Selangor dan menghadapi masalah moral yang teruk. Orang yang terbaik untuk diangkat sebagai MB sekarang ialah Datuk Dr Hassan Ali. Saya ada nyatakan di sini dua hari lepas kenapa dia layak.


Untuk membolehkan Hassan menjadi MB yang selesa agak sukar kerana penguasaan kerusi DAP lebih besar dalam DUN Selangor berbanding kerusi PAS. Itu belum dicampur lagi dengan kerusi PKR liberal atau PKR cina.

Hanya melayu boleh tolong melayu dan Islam mengajar kita menolong sesama umat. Apa kata jika adun-adun UMNO yang ada mengambil kesempatan ini dengan menyokong Hassan sebagai MB dan seterusnya wujudkan kerajaan campuran bagi membolehkan PAS-UMNO memerintah Selangor.

Kedudukan di Dun Selangor sekarang ialah, PKR 14, DAP 13, PAS 8, BN 20 dan Bebas 1. Jumlah semuanya ialah 56 kerusi. Untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah perlu ada 29 kerusi. Jumlah tersebut cukup jika PAS,BN dan Bebas bergabung. Gabungan PKR dan DAP hanya tinggal 27 kerusi sahaja.

Jika Umno benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara maka inilah masa untuk membuktikannya. Walaupun kerusi yang Umno ada melebihi jauh dari apa yang Pas ada tetapi Umno harus berkorban sedikit. Beri jawatan MB kepada Pas dan tujuh adun PAS yang ada lagi diberi jawatan exco. Umno ambil tiga exco sahaja. Rakyat harus diutamakan, tiada salahnya jika memberi jawatan kepada mereka demi kepentingan agama , bangsa dan negara. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nak bergaduh sesama sendiri pun setakat mana sangat. Satu hari nanti aku usung jenazah kau dan kau usung jenazah aku. Aku sedekah Al-Fatihah untuk kau dan kau sedekah Al Fatihah untuk aku.

Jika ini berlaku ianya satu rahmat yang besar untuk umat Islam di Malaysia menjelang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selepas itu kita ramai-ramai pakat bentang sejadah di Stadium Shah Alam dan jemput Tuanku Al Sultan Selangor sembahyang terawih bersama rakyat. Hassan Ali jadi imam 10 rakaat dan Khir Toyo pula 10 rakaat. Fuhhhhhh....sudahlah kawan-kawan saya tidak dapat meneruskan tulisan lagi, bulu roma sudah meremang rasanya ,hati sudah sayu dan mata pula sudah nak berair. Sambung lain kali.

Posting lengkap sila ke blog RBF, klik sini.



Komen Isac;

Suatu pandangan yang baik, cuma soalan penulis, adakah ahli parlimen-ahli parlimen bukan Melayu dalam BN Selangor, "sanggup" untuk melihat kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyaat berkubur?

Mee Halal... Model-modelnya Macam Mana???


TIGA Ratu Malaysia (dari kiri) Weena Marcus, J. Subathra dan Angelreena Lim pada majlis pelancaran mee segera terbaharu pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, di Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur, 25 Jun. - Utusan/MOHD. NAIM AZIZ


Komen Isac;

Meenya "Halal" cuma sayangnya ratu-ratu yang jadi model/duta tu sure pakai skirt pendek... Bajupun X ada lengan... Sib baik jurukamera tak amik gambar peha yang gebu....Harap mee aje yang halal....

Jangan asal tak ada babi (pork free), dikira "Halal" sudah lah....

Pihak Kementerian yang terlibat sepatutnya kena lebih perhatin terutamanya di dalam menasihati para pengusaha... Kalaupun mereka X mahu model yang bertudung, sepatutnya pakaian model-model yang mengiklankan sesuatu barangan "Halal" perlulah lebih sopan.

Web pengeluar mee "Halal" tersebut juga terlalu "kecinaan". Walaupun rakyaat negara Cina sendiri lebih ramai menganuti agama Islam berbanding rakyaat Malaysia, mempromosi barangan "Halal" perlulah menggunakan pendekatan yang lebih wajar agar pengguna tidak keliru...dan barangan dapat dijual kepada sasaran...

Membakar Akhbar Pembawa Fitnah...


AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (tengah) bersama ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Raja membakar akhbar Suara Keadilan kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang berbau fitnah ketika menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di Bukit Kemuning, Shah Alam, 27 Jun. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH


Komen Isac;

Telah terbukti Pakatan Pembangkang selama ini hanya membawa fitnah!!! Anda semua masih hendak "bersengkokol" dengan mereka? Tepuk dada tanyalah iman...


Firman Allah s.w.t;


"Wahai orang-orang yang beriman! ,jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Penyebar maklumat palsu sepatutnya dipandang hina dan digelar sebagai pendusta dan pemfitnah oleh masyarakat. Tetapi pada hari ini "pemfitnah" telah diangkat sebagai "hero".  Perbuatan tersebut adalah berdosa, terkutuk dan akan diseksa di akhirat kelak.

Kebebasan Bersuara Semata-mata Untuk Menabur Fitnah???

Suara Keadilan ke KDN Isnin ini bincang permit
http://www.malaysiakini.com/news/135651

Salhan K Ahmad
Jun 26, 10
3:44pm

Pengarang akhbar Suara Keadilan akan bertemu dengan jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri pada Isnin ini berhubung pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut.

Pertemuan itu akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam (kiri) di bangunan kementerian itu di Putrajaya.

Difahamkan, permit tahunan bagi penerbitan akhbar berkenaan akan tamat pada penghujung bulan ini.

Suara Keadilan dipercayai akan berdepan masalah untuk memperbaharui permit berkenaan kali ini.

Ketika dihubungi, ketua pengarangnya Dzulkarnain Taib berkata beliau percaya KDN mahu menemui Suara Keadilan kerana "berasa tertekan" oleh Umno.

"Kami terus dipanggil oleh KDN semalam selepas Felda mahu saman kami.


"KDN telefon kami dalam tempoh dua jam selepas sidang akhbar oleh (ketua penerangan Umno Datuk) Ahmad Maslan (semalam)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau ditekan supaya datang ke KDN pada hari itu juga. "Tapi saya kata tak bolehlah, sebab saya sibuk dengan urusan editorial.

"Kalau saya pergi tanpa sempat berbincang dengan peguam, saya khuatir kita tidak dapat berbincang dengan baik (dalam pertemuan itu).

Tam
bah Dzulkarnain (atas, kanan), beliau akan hadir dengan ditemani seorang peguam ke pertemuan itu, pada jam 5.30 petang.

"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya lagi.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Menurut ketua penerangan Umno itu tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.


"(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."



Komen Isac;

Kebebasan bersuara, digunakan oleh Pakatam Rakyaat dengan sebaik mungkin untuk memfitnah kerajaan!!!

27 Jun 2010

Khalid Mengaku Kalah??? Azmin Lebih Hebat??? Anwar Sentiasa Dibelakang Azmin...

June 27, 2010
SHAH ALAM, 27 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik.



Komen Isac;

Maksudnya Khalid mengaku bahawa dia melepaskan jawatan Pesuruhjaya PKR Selangor kerana tekanan...

Azmin lenih "bijak" membuat percaturan, terutamanya Anwar dilihat sentiasa dibelakangnya...

Azmin Yang Ditolak PKR Negeri Sabah Kini Menggantikan Khalid...

PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid
http://www.malaysiakini.com/news/135720

Jimadie Shah Othman
Jun 27, 10
6:18pm

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Anwar nafi cubaan MP guling Khalid
Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.

Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.

Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.



Komen Isac;

Akhirnya Azmin "menang" ke atas Khalid??? Adakah ini sebagai persediaan untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor?

Bagaimana seorang pesuruhjaya yang "gagal" di Sabah telah "dinaikkan" pangkat dengan diberikan kepercayaan untuk mengetuai PKR Wilayah dan kini, Selangor pula...

Kepada penyokong-penyokong tegar PKR, "Lu fikirlah sendiri"....... Kepada Kak Wan pula, tak risau ke, Azmin dah kembali "rapat" dengan Anwar???

Apa beza JI, Dengan Militan PAS???

JI: Pemuda PAS tuntut bukti
http://www.malaysiakini.com/news/135556

Puteri Aida Haryani
Jun 25, 10
4:12pm

Dewan Pemuda PAS mencabar pihak-pihak tertentu supaya bertanggungjawab dan mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan yang mengaitkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan aktiviti keganasan.

Ketuanya Nasruddin Hassan (kiri) berkata, sekiranya tidak dapat berbuat sedemikian, mereka hendaklah menarik balik segala tuduhan yang dibuat dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"...atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas ," katanya.

Selasa lalu, memetik sumber-sumber, Malaysiakini melaporkan Abdul Hadi, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan muftinya sekarang Dr Juanda Jaya dikaitkan dengan 'lingkaran' Wahabi, Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zamihan Mat Zin (bawah) - yang dikatakan membuat dakwaan itu - menjelaskan beliau hanya menyebut nama Dr Asri seorang dalam taklimat anjuran polis itu.

Menulis dalam blognya semalam, Nasrudin berkata, perancangan pihak tertentu untuk mensabitkan tokoh-tokoh tertentu sebagai pengganas telah "terdedah kepada umum sebelum berjaya membuat tangkapan".

"Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak. "Justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat," katanya.

Beliau juga menulis, mesyuarat terbaru dewan itu mengambil sikap menentang sekeras-kerasnya "niat dan tindakan jahat" sesiapa yang menyenaraikan Abdul Hadi sebagai pengganas.

Menurut beliau tuduhan itu - yang diibaratkan sebagai "lagu lama kembali kedengaran" - seolah-olah mahu menjatuhkan reputasi seorang pejuang Islam.



Komen Isac;

Amanat TG Haji Hadi yang pernah "mengkafirkan" Umno sepatutnya dirujuk kembali... Bahkan TG Nik Aziz juga baru-baru ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah "mengkafirkan" Umno, sebaliknya  yang "mengkafirkan" Umno hanyalah militan PAS.

Apa yang TG Nik Aziz maksudkan dengan militan PAS? Mengapa PAS tidak boleh mengawal ahlinya? Mengapa mesti ada golongan militan dalam PAS? Adakah militan PAS adalah sayap JI? Adakah TG Nik Aziz "menggelar" TG Hj. Hadi sebagai "militan PAS" kerana "Amanat Hj Hadi" yang telah mengkafirkan Umno?

Mengapa TG Nik Aziz tidak sehaluan dengan TG Hj. Hadi dalam isu ini?

Semasa PRK Bagan Pinang, suatu seruan jihad telah dicanang agar penyokong-penyokong PAS datang beramai-ramai ke sana kerana kononnya seorang penyokong PAS telah ditetak oleh penyokong-penyokong Umno. Ia adalah suatu propaganda yang amat jahat dan boleh mencetuskan rusuhan dan pentempuran. Katanya seruan tersebut telah dicanangkan oleh Nasruddin Tantawi. Sekiranya ianya terbukti benar, bukankah ini cara-cara group militan? Mirip cara JI?

Sekiranya ada bukti, pihak berkuasa perlu bertindak!!! Jestru itu semua pihak perlu lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan...

26 Jun 2010

Singapura Dilanda Banjir Kilat Lagi....

Hujan lebat sebabkan banjir di Singapura

June 25, 2010
SINGAPURA, 25 Jun – Hujan lebat selama sejam mulai pukul 8 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini dilanda banjir.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila beberapa jalan ditenggelami air dan berlaku kejadian pokok tumbang yang menghalang lalu lintas ke kawasan bandar. Lalu lintas sepanjang jalan Bukit Timah ke arah bandar tidak bergerak untuk beberapa jam apabila ia ditenggelami air, manakala trafik di tempat lain dilencongkan.

Kawasan lain yang turut terlibat dengan banjir dan pokok tumbang ialah Upper Thomson Road, Ang Mo Kio Avenue, Jalan Boon Lay dan sebahagian Orchard Road. Agensi air Singapura, PUB mencatat jumlah hujan yang turun antara pukul 8 hingga 9 pagi ini ialah 100 mm.

Pada 16 Jun, jumlah hujan yang sama menyebabkan banjir di Orchard Road yang merupakan kawasan tumpuan pelancong menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda dan kenderaan serta menjejaskan perniagaan di sana.

Banjir pagi ini surut dalam tempoh satu jam selepas hujan lebat berhenti pada pukul 9 pagi. – Bernama



Komen Isac;

Yang  baiknya air banjir cuma mengambil masa sejam untuk surut... Walaupun sistem perparitannya pastinya memerlukan penambah-baikan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang, tetapi setidak-tidaknya keupayaan sistem perparitan yang sediada untuk menyalirkan air banjir ke laut dalam masa sejam boleh dikira masih baik terutamanya kerana negara tersebut hanyalah sebuah pulau yang kecil yang dikelilingi oleh lautan.

Apapun bayangkan sekiranya air laut sedang pasang besar (Mean High Higher Water) pastinya sistem perparitan sedia-ada akan gagal berfungsi dan banjir akan kekal lebih lama...


Jika Ada Ahli Parlimen Bebas, Ulamak Juga Perlu Bebas???

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi ini.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain. "Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.

Malam semalam gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan ialah 40 orang pendakwah muda yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Dalam pada itu Ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi.

"Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi. "Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong)," katanya.

Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka. Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

"Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak. "Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umat Islam," katanya.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, ketua kumpulan ulama berkenaan, Fadlan Mohd Othman berkata, tujuan mereka menyertai Umno adalah bagi menyemarakan aktiviti dakwah dalam parti itu. "Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah...selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama," katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan. Seorang lagi ulama, Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.

"Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya. Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepada masyarakat.

"Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya... kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.

"Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia... maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan," katannya.


Komen Isac;

Sebaik-baiknya ulamak perlu berkecuali kerana mereka sepatutnya menjadi golongan yang boleh menegur dan membetulkan sebarang kesilapan yang dibuat oleh orang politik...

Sesetengah ulamak yang menceburi parti politik di lihat telah sewenang-wenang menjatuhkan "hukum" kepada pihak yang lagi satu, dan kerana imej mereka sebagai seorang ulamak maka rakyaat dan penyokong-penyokong mereka telah mengambil saranan dan percakapan mereka itu sebagai suatu fatwa/hukum yang wajib dipatuhi, walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan hukum agama...

Jestru itu penulis merasakan betapa pentingnya golongan ulamak yang berkecuali agar mereka ini boleh dijadikan tempat rujukan oleh rakyaat jelata. Walau bagaimanapun kerana nasib orang Islam/Bumiputera yang kini di ambang kemusnahan kerana perpecahan politik, penulis mengharapkan agar golongan ulamak dapat menggunakan pengaruh mereka di dalam menyatu-padukan kita semua...


Jambatan Bengkok Bakal Diteruskan???


Sultan mahu jambatan baru ganti Tambak Johor
Jun 26, 10 10:16AM
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.
 
 
Komen Isac;
Mengapa nak buat jambatan bengkok? Buat yang tegak aje lah... Lebih pendek, lebih murah. Lagipun perbincangan dengan kerajaan Republik Singapura dalam beberapa isu tertangguh sebelum ini dilihat telah berjalan dengan lancar. Mana tahu kali ini di bawah PM baru, kata sepakat untuk jambatan yang baru ini dapat dipersetujui bersama...

Isu Tuduh Beberapa Ulamak & Pemimpin Terbabit Dengan JI - Zamihan Buat Laporan Polis!!!

JI: Pegawai ILIM minta polis siasat maklumat bocor
June 25, 2010
KUALA LUMPUR, 25 Jun - Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin hari ini membuat laporan polis berhubung “kebocoran” maklumat taklimat sulit mengenai keselamatan negara berhubung isu Jemaah Islamiah (JI) yang diadakan Isnin lalu.

Pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau membuat laporan agar polis melakukan siasatan terperinci bagaimana maklumat sulit boleh “dibocorkan” kepada pihak ketiga
 
“Hari ini saya membuat laporan polis atas dua sebab iaitu bagaimana kebocoran maklumat sulit isu keselamatan negara boleh berlaku dan mahu polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab membocorkan maklumat itu.

“Sebab kedua adalah atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah terhadap saya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pegawai kanan bidang pemikiran Institut Latihan Islam Malaysia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi dekat sinin petang tadi.

Zamihan berkata maklumat sulit itu tidak seharusnya sampai ke pengetahuan pihak media. “Ia maklumat sulit, jadi bagaimana media boleh tahu perkara ini jika tiada siapa yang membocorkannya. Justeru saya mahu polis menyiasat secara terperinci mengenai perkara ini.

“Malah kenyataan yang dikeluarkan media adalah tidak benar dan sengaja direka untuk menimbulkan salah faham,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan ketika sesi taklimat itu Zamihan dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitang dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

“Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat,” kata Zamihan. “Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI,” katanya.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

“Sebenarnya pada 21 Jun lalu, ada dua taklimat... satunya diberikan oleh pihak Bukit Aman. Saya fikir taklimat ini adalah tepat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

“Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan anggota Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang juga Naib Presiden parti itu.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan Wahabi yang tidak pernah difatwa sebagai ajaran sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan kegiatan pengganas adalah satu perbuatan yang dilihat melampau. “Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan agama dengan keganasan adalah berpunca daripada gejala Islamofobia yang banyak berlaku di negara Barat dan ia tidak sepatutnya dibawa ke negara ini.


Komen Isac;

Jika hasil siasatan nanti isu tersebut disebabkan "Malaysiakini" sengaja "memandai" ??? Nampaknya satu lagi portal yang dikaitkan dengan pembangkang mungkin bakal disaman....

Felda Bangkrap - Kebebasan Bersuara Cara Anwar???


Datuk Ahmad Maslan menunjukkan akhbar ‘Suara Keadilan’ yang membawa laporan mendakwa Felda sudah muflis pada sidang media pagi tadi. — Gambar Choo Choy May



Komen Isac;

Suara Keadilan sememangnya tidak bertanggung-jawab!!!

25 Jun 2010

40 ulama serah borang keahlian UMNO, Mereka Ini Gali Lubang Kubur Sendiri - Kata Pas...

25/06/2010 9:18pm


KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 ulama dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Galeri UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini. - Utusan



FADLAN Mohd. Othman mewakili 40 ulama menyerahkan borang keahlian UMNO mereka kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Jun. Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). - Utusan/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Serah Borang Umno??? Cubaan Pakatan Untuk Menghalang, Gagal???

 

 

Published: Jumaat Jun 25, 2010 MYT 6:17:00 PM

Mohd. Asri Dijangka Serah Borang Umno Sebentar Lagi Kepada Najib
 http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/25/mstar_berita/20100625181433&sec=mstar_berita
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disebut-sebut akan menyertai Umno dijangka menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dijadualkan kira-kira pukul 8 malam ini.

Spekulasi kemasukan Mohd. Asri ke dalam parti mendapat perhatian banyak pihak selepas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof mengumumkan khabar gembira itu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang Sabtu lalu.

Ramai percaya ulama muda itu tidak akan menyertai Umno kerana beliau seorang yang terkenal dengan sikapnya yang berpendirian tegas. Memetik laman web rasmi parti, Umno Online, Ab Rauf yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Sejak itu, bekas mufti berkenaan mengambil sikap berdiam diri dan memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Raof.

Sebelum ini, timbul desas-desus bekas Mufti Perlis itu akan menyertai parti politik dalam masa terdekat. Beliau telah beberapa kali dilihat menghadiri majlis rasmi Umno dan PAS bagaimanapun sehingga kini tokoh agama itu tidak pernah mengulas mengenai penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik.