26 Jun 2010

Singapura Dilanda Banjir Kilat Lagi....

Hujan lebat sebabkan banjir di Singapura

June 25, 2010
SINGAPURA, 25 Jun – Hujan lebat selama sejam mulai pukul 8 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini dilanda banjir.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila beberapa jalan ditenggelami air dan berlaku kejadian pokok tumbang yang menghalang lalu lintas ke kawasan bandar. Lalu lintas sepanjang jalan Bukit Timah ke arah bandar tidak bergerak untuk beberapa jam apabila ia ditenggelami air, manakala trafik di tempat lain dilencongkan.

Kawasan lain yang turut terlibat dengan banjir dan pokok tumbang ialah Upper Thomson Road, Ang Mo Kio Avenue, Jalan Boon Lay dan sebahagian Orchard Road. Agensi air Singapura, PUB mencatat jumlah hujan yang turun antara pukul 8 hingga 9 pagi ini ialah 100 mm.

Pada 16 Jun, jumlah hujan yang sama menyebabkan banjir di Orchard Road yang merupakan kawasan tumpuan pelancong menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda dan kenderaan serta menjejaskan perniagaan di sana.

Banjir pagi ini surut dalam tempoh satu jam selepas hujan lebat berhenti pada pukul 9 pagi. – Bernama



Komen Isac;

Yang  baiknya air banjir cuma mengambil masa sejam untuk surut... Walaupun sistem perparitannya pastinya memerlukan penambah-baikan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang, tetapi setidak-tidaknya keupayaan sistem perparitan yang sediada untuk menyalirkan air banjir ke laut dalam masa sejam boleh dikira masih baik terutamanya kerana negara tersebut hanyalah sebuah pulau yang kecil yang dikelilingi oleh lautan.

Apapun bayangkan sekiranya air laut sedang pasang besar (Mean High Higher Water) pastinya sistem perparitan sedia-ada akan gagal berfungsi dan banjir akan kekal lebih lama...


8 comments:

  1. Balasan tuhan ke atas negara yahudi asia....suka ambil kesempatan pada negara jiran....

    ReplyDelete
  2. tanda-tanda Singapura akan tenggelam

    ReplyDelete
  3. Tu lah tambak seluruh singapore, lama-lama air tak boleh nak lari mana tu sebab air naik, Malaysia pun ada bahagian bahagian yang kena tambak pun dah mula pasang besar dan banjir sikit,sikit dan pantai pecah sebab air dah naik lebih dari biasa, di harap tak ada tambak lagi yang dah tambak tu Korek balik bagi asal, bila AIS di kutub Utara/Selatan Cair lagi parah le.

    ReplyDelete
  4. Lepas ini todak akan menyerang...awas

    ReplyDelete
  5. bumi mana tak ditimpa hujan.... asia mana yang tak dilanda banjir... politik mana yang selamat dari kelompok kiasu kauvinis... eh eh...komen keluar topik ke bro? hehehehehee......

    menyelam sambil minum air jer...

    ReplyDelete
  6. tanda-tanda singapura akan dilanda ikan todak(bala)

    ReplyDelete
  7. pencinta kebenaran27 June 2010 at 04:26

    tenggelam terus mcm atlantis pon ok..

    ReplyDelete
  8. Padan lah muka lee kwan u setannnnnnnn

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.