28 Jun 2010

Kebebasan Bersuara Semata-mata Untuk Menabur Fitnah???

Suara Keadilan ke KDN Isnin ini bincang permit
http://www.malaysiakini.com/news/135651

Salhan K Ahmad
Jun 26, 10
3:44pm

Pengarang akhbar Suara Keadilan akan bertemu dengan jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri pada Isnin ini berhubung pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut.

Pertemuan itu akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam (kiri) di bangunan kementerian itu di Putrajaya.

Difahamkan, permit tahunan bagi penerbitan akhbar berkenaan akan tamat pada penghujung bulan ini.

Suara Keadilan dipercayai akan berdepan masalah untuk memperbaharui permit berkenaan kali ini.

Ketika dihubungi, ketua pengarangnya Dzulkarnain Taib berkata beliau percaya KDN mahu menemui Suara Keadilan kerana "berasa tertekan" oleh Umno.

"Kami terus dipanggil oleh KDN semalam selepas Felda mahu saman kami.


"KDN telefon kami dalam tempoh dua jam selepas sidang akhbar oleh (ketua penerangan Umno Datuk) Ahmad Maslan (semalam)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau ditekan supaya datang ke KDN pada hari itu juga. "Tapi saya kata tak bolehlah, sebab saya sibuk dengan urusan editorial.

"Kalau saya pergi tanpa sempat berbincang dengan peguam, saya khuatir kita tidak dapat berbincang dengan baik (dalam pertemuan itu).

Tam
bah Dzulkarnain (atas, kanan), beliau akan hadir dengan ditemani seorang peguam ke pertemuan itu, pada jam 5.30 petang.

"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya lagi.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Menurut ketua penerangan Umno itu tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.


"(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."



Komen Isac;

Kebebasan bersuara, digunakan oleh Pakatam Rakyaat dengan sebaik mungkin untuk memfitnah kerajaan!!!

1 comment:

  1. Tuan,
    Zaman sekarang mereka dah tak takut dengan membuat fitnah sebab ada orang yang menyokong fitnah dan menyebarkan fitnah. Fitnah boleh menyebabkan negara tunggang langgang. Itulah yang menjadi impian Israil. Biar melayu terlingkup. Dan tampok pemerentahan dipegang pula oleh bangsa kafir. Masa tu baru senang hati orang yang suka membuat fitnah tersebut. Biar mereka tak dapat pun tak mengapa, asalkan hati mereka puas dengan kesusahan pihak lain. Mungkin mereka dah dapat habuan mereka tetapi berapa lama akan kekal. Kerajaan dah buat yang terbaik untuk rakyat. Saya percaya dan yakin mereka-mereka yang suka membuat fitnah ni pun mendapat kesenangan hasil dari kesungguhan kerajaan BN untuk menyenangkan rakyat Malaysia. Apa salahnya jika sama-sama berusaha untuk kesejahteraan Malaysia. Masa pilihanraya diadakan, bertandinglah. Janganlah kerana hendak puaskan hati sendiri sehingga merosakkan kesejahteraan negara. Kerajaan mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan hidup rakyat. Jika ada pihak yang cuba merosakkan kesejahteraan hidup rakyat pihak kerajaan berhak bertindak.
    Syed (SP) anak Kedah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.