30 Jun 2010

Lagi Wakil Rakyaat Dipanggil Beri Keterangan Esok - SPRM Perlu Pastikan Tiada Yang Terjun Bangunan!!!

Adun Sri Muda, Batu Caves diminta beri SPRM keterangan esok


June 30, 2010


SHAH ALAM, 30 Jun —  Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima notis pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.
Pengarah Penerangan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan hari ini berkata dua ADUN terbabit ialah Suhaimi Shafie (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves).
Badrul Amin berkata kedua-dua ADUN berkenaan menerima notis itu pada Isnin meminta mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 iaitu memberi dan menerima suapan.

“Kedua-dua mereka akan hadir esok ke pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 3 petang bagi membantu dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima notis itu dan akan memberikan keterangan esok namun tidak tahu mengenai siasatan yang akan dijalankan. “Ya, saya ada menerima notis itu dan akan memberi keterangan bersama peguam esok dan perkembangan lanjut mengenai tujuan saya dipanggil akan diumumkan kemudian kerana saya sendiri tidak pasti ia berkenaan kes apa sebenarnya,” katanya. — Bernama


Komen Isac:

Semua YB dan saksi-saksi lain perlulah diberikan pengawasan keselamatan yang sewajarnya dan pengunjung-pengunjung di SPRM juga perlulah diawasi dan dihadkan pegerakkan mereka. Ini penting kerana jika sesuatu berlaku yang akan dipersalahkan adalah SPRM sendiri. Belajarlah dari kesilapan yang lalu...

Jangan sampai peristiwa yang berlaku ke atas mendiang Teoh berulang... Kita memang selalu bersangka baik, selalu berbuat baik tetapi orang lain hanya menunggu masa untuk mengambil peluang di atas kebaikkan kita....

4 comments:

  1. Cadangan:
    Pada seiap tingkap bangunan hendaklah dipasang notis:
    'JANGAN MEMBUNUH DIRI DI SINI. SILA LAKUKAN DI RUMAH ANDA SENDIRI'.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Mohon untuk menyertai perjuangan tuan untuk bangsa. Saya mohon izin link blog tuan dalam blog list saya. saya mohon agar tuan dapat meng'link'kan blog saya ke blog list tuan
    Url saya http://cikguleepk.blogspot.com/

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam,

    setuju bro, baru terfikir nak tulis tadi.

    ReplyDelete
  4. Chegu pencen

    Aku cadangkan bangunan SPRM dan lain lain bangunan kerajaan di pasang jaring keselamatan di luar bangunan agar sesiapa yang cuba bunuh diri dapat ditangkap hidup hidup dan diminta beri keterangan sebab sebab mau bunuh diri.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.