29 Jun 2010

Subsidi Oh Subsidi....Subsidi Minyak Kelantan...

Ku Li sedia jadi saksi


GUA MUSANG – Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, bersedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Kelantan, jika kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tawaran itu dibuat kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam penyediaan Akta Petroleum dan mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

“Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri terbabit membuat tuntutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, semalam

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa kes royalti minyak ke mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi.

Menurutnya, menerusi wang royalti inilah negeri mundur dapat membangunkan negeri masing-masing sekiranya royalti diberikan kepada kerajaan negeri.:

“Beberapa negeri dianggap mundur seperti Kelantan dapat membangunkan negeri sekiranya diberikan wang royalti untuk melaksanakan pembangunan,” katanya.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah, 30 Ogos nanti.


Komen Isac;

Cepatlah bawa kes ini ke mahkamah, kita selesaikan isu ini secepat mungkin agar ianya tidak lagi menjadi isu yang boleh "dijual" oleh Pakatan Rakyaat.

Kepada kerajaan pusat pula penulis amat berharap agar wang ehsan perlulah digunakan untuk memajukan sesebuah negeri itu dan bukannya dihamburkan kepada perkara-perkara yang kurang bermunafaat... Paling baik pembangunan yang bakal dilakukan perlulah pembangunan yang memberikan pulangan "berganda" demi kemakmuran kepada rakyaat dan negara dalam jangka panjang...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.