bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 May 2010

Penyerahan Tanah KTMB Kepada Singapura, Meletakkan Najib Juga "Pengkhianat" Seperti Pak Lah???

NAJIB Tun Razak dan Lee Hsien Loong bersalaman sebelum memulakan sidang akhbar bersama di Hotel Shangri-la, Singapura, semalam. – BERNAMA


Apa komen anda, dengan tajuk di atas??? Jika ada yang sebegitu tega menunding jari kepada Pak Lah sebagai "pengkhianat negara", apa kurangnya Najib dalam isu di atas??? Yang jelas pastinya masing-masing mempunyai alasan mereka sendiri. 

Ikuti pandangan penulis mengenai isu ini pada posting pukul 1:00 ptg. ini.

25 May 2010

Lagi Pembongkaran Ezam, Kak Wan Azizah Cemburukan Siapa???

Pembongkaran Ezam, Agenda Tersembunyi DSAI, Skandal-skandalnya & Menjadi Alat Yahudi.

Ceramah Ezam: Apa Yang Sedang Dihadapi Oleh DSAI Mungkin Kerana Berkat Doa TG Nik Aziz???

Menurut YB Senator Ezam Mohd Nor, pada sekitar tahun 1998,  TG Hj Nik Abd Aziz telah datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan DSAI, dengan harapan untuk memohon peruntukkan sebanyak RM 600 juta bagi memperbaiki dan mempertingkatkan sistem rawatan air bersih untuk rakyaat Kelantan.

Walau bagaimanapun TG Nik Aziz telah balik dengan tangan kosong kerana DSAI enggan memberikan walau sesenpun peruntukkan yang dipohon TG Nik Aziz. Tambah Ezam yang waktu itu merupakan setiausaha politik Menteri Kewangan kepada DSAI, Dato' Leo Moggie (seorang yang berbangsa Dayak dan beragama Kristian) yang pada ketika itu merupakan Menteri Teknologi dan Alam Sekitar telah merayu kepada DSAI agar setidak-tidaknya diluluskanlah sebahagian peruntukkan yang dipohon oleh TG Nik Aziz itu.

Walau bagaimanapun DSAI tetap dengan pendiriannya. Bayangkan seorang yang Berbangsa Dayak dan beragama Kristianpun mempunyai sifat belas-ehsan dan sifat ikhsan terhadap orang yang lebih tua dan orang beragama seperti TG Nik Aziz.

Mungkin kerana "tulah" tersebut DSAI menghadapi nasib yang sedang dihadapinya sekarang... Samada TG Nik Aziz ada mendoakan agar Allah s.w.t membalas perbuatan DSAI terhadapnya dan kepada seluruh rakyaat Kelantan, hanya beliau yang mengetahuinya. Kalau diikutkan sekarang ini, siapa yang memusuhi beliau ramai yang telah didoakan oleh TG Nik Aziz, sampai doa biar "pecah perut' pun dengarnya ada.

Kepada rakyaat Kelantan, itulah rupa pemimpin yang anda sokong!!! Pemimpin yang dahulunya kononnya Pemimpin Islam.....Buat TG Hj. Nik Abdul Aziz, cukup-cukuplah kena tipu... Jika TG membaca posting saya ini, apa kata TG mendoakan agar Dato' Leo Moggie mendapat hidayat sebelum belum menghembuskan nafasnya yang terakhir...


Nota: Berkaitan Doa TG Nik Aziz adalah tambahan penulis.

Gempar!!! Melayu-melayu DAP Yang Buta Sejarah, Dan Pemimpin-pemimpin Mereka Yang Sanggup Menjual Agama, Bangsa Dan Watan!!!


Hari ini semakin ramai orang Melayu yang buta sejarah, mereka lupa siapa DAP yang sebenarnya, dan apa yang mereka perjuangkan. Ada di kalangan Melayu ini yang sanggup menjadi kuda tunggangan politik kepada parti DAP.


Democratic Action Party (DAP) merupakan serpihan People Action Party (PAP) yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew untuk menyaingi Perikatan dan lebih memperjuangkan kaum Cina. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia telah dibatalkan pada 9 September 1965.


Devan Nair pada waktu itu adalah Ahli Parlimen Bangsar cuba menghidupkan semula PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi telah ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian telah menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam bahasa Inggerisnya "Democratic Action Party, (DAP)" dan ianya telah diluluskan pada 19 Mac 1966. Pada awalnya Devan Nair berikrar bahawa DAP tidak akan menjadi parti yang mengamalkan dasar perkauman dan mencantumkan kembali Singapura dan Malaysia. Namun hari ini tanpa Devan Nair, DAP telah dikuasai secara majoritinya oleh satu golongan kaum sahaja. Sehingga ke hari ini parti DAP dilihat sentiasa mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu/bumiputera walaupun ianya dijamin oleh Perlembagaan Negara dan begitu codong kepada Singapura. Jestru itu bolehlah kita simpulkan bahawa kini perjuangan DAP sudah jauh terssasar  daripada idea pengasasnya. DAP adalah serpihan daripada PAP di Singapura dan mereka sememangnya berkiblatkan Singapura. Jika tidak bagaimana pula sebaik sahaja "Pakatan Rakyaat" berjaya menubuhkan 5 buah kerajaan negeri sejurus selesai PRU 12 yang lalu, Lee Kwan Yew telah bersusah-payah mengadakan lawatan ke negeri-negeri tersebut. Orang Melayu mengingati sejarah, agar pisang tidak berbuah dua kali. Jestru itu apabila ada para blogger yang mendakwa Pakatan telah mendapat sumbangan dana daripada Singapura dalam menghadapi PRU 12 yang lalu, kenyataan tersebut tidak boleh dipandang sepi.
Bagaimana orang Melayu sendiri boleh besengkokol dengan parti yang mahu "menghapuskan" pimpinan bangsanya sendiri??? Mengapa kita nak terikut-ikut dengan sesetengah orang Melayu yang "gilakan kuasa"??? Demi kuasa, mereka (Melayu ini) sanggup berbuat apa sahaja termasuk "menghapuskan" dan mengkhianati hak istimewa bangsa Melayu/bumiputera yang merupakan bangsa peribumi negara ini. Bahkan ada pula yang sanggup bersahabat dan mendapatkan dana daripada organisasi Yahudi tetapi dalam masa yang sama menunding jari, kononnya Umno yang pro Yahudi.

Jika pemimpin sendiri yang selama ini memperjuangkan survival bangsanya dalam usaha menjulang agamanya (Islam) pun sanggup dikhianat, jangan sekali-kali mengaku bahawa mereka ini mahu memperjuangkan Islam...Bagi Tok-tok Guru dan Ulamak yang berada dalam saf mereka, harapan penulis janganlah anda semua begitu mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkepentingan ini yang boleh diibaratkan, bak "musang berbulu ayam".

Kepada semua orang-orang Melayu/bumiputera belajarlah daripada sejarah 13 Mei agar anda kenali siapa sahabat dan siapa musuh anda... Kita perlu elakkan agar sejarah hitam tersebut tidak berulang!!!

Nota: Sebahagian artikel dan gambar-gambar di atas dinukil daripada blog-blog sahabat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3