bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Nov 2011

Perlantikkan Senator YB Datuk Nalla, Bingung, Bengong dan Binggo???


Memang perlantikkan yang agak merapu!!!

Mungkin boleh dikatakan perlantikkan paling caca-marba pentadbiran DS Najib?

Bingung sebab - apa jasanya sehingga melayakkan beliau dilantik menjadi Yb Senator???
Pernah dikaitkan sebagai "bapa ayam" kepada DSAI. Pengarah syarikat judi Magnum yang juga dikatakan sebagai sumber kewangan kepada DSAI suatu masa dulu. Orang sebegini boleh dilantik menjadi Senator. Apa kurangnya orang-orang yang tidak mengenal erti penat dan lelah di dalam mempertahankan Umno/BN selama ini tanpa mengharapkan sebarang balasan sebagaimana akar-umbi Umno dan kami para blogger misalnya. Hero yang tidak didendang??? Antara luahan blogger klik sini.

Bengong sebab - orang yang rendah akhlak, terlibat dengan pelacuran kelas atasan, judi, pernah menentang kerajaan telah diberikan penghormatan sebegini rupa???

Binggo sebab - Dia banyak mengetahui "rahasia" pihak sebelah sana, tiada sebab Pakatan mahu menghina beliau sebagai "bapak ayam" dan barua DSAI  sebab tiada apa yang telah dibuktikan. Selagi DSAI bebas dan diterima oleh penyokong-penyokongnya sebagai seorang yang "bersih" maka YB Datuk Nalla juga sebenarnya bersih??? Lagipun Datuk Nalla telah "bertaubat" dan sanggup mempertahankan orang-orang Melayu??? Klik sini.

Sebagai seorang bukan Islam yang mungkin telah balik ke pangkal jalan, Datuk Nalla mungkin patut diberikan peluang kedua. Tetapi kerajaan di bawah pimpinan DS Najib juga perlu ingat bahawa dalam dunia di mana persepsi mungkin melangkaui kebenaran, suatu kerajaan yang baik, juga perlu kelihatan baik dan bersih!!!

Jangan sampai nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

Sampai bila anak sendiri perlu melihat cuma kera di hutan yang disusukan???

Sebagai blogger kecil, penulis juga ada perasaan rasanya ramai lagi rakan-rakan blogger dan akar-umbi Umno di luar sana yang perlu menjawab kepada khalayak atas apa jua tindak-tanduk yang diambil oleh kerajaan... Bak kata "YB Raz", sketsa politik negara dah macam cerita Tamil. "Caca-marba"

Kalau tidak kerana mengenangkan masa depan agama, bangsa dan negara, mahu sahaja penulis menggantung "broadband".

Semoga pemergian DS Najib ke tanah suci akan ditunjukkan oleh Allah s.w.t. jalan yang terbaik untuk kita semua, amin.


2 Nov 2011

Dengan Gaji Lebih RM 46 Ribu Sebulan, Guan Eng Dah Semakin Gemuk!!!

Foto sekarang, dah makin montel. Fesyen rambutpun dah macam bintang K-Pop. Dah tak pakai
minyak rambut banyak-banyak lagi...


Anak ayah, foto masa baru dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
 Kurus, rambut berminyak tersisir rapi.

Dibayar gaji dan elaun oleh rakyat Malaysia RM46,521.27 sebulan klik sini.

Gaji dan elaun Ahli Parlimen, ADUN serta syarikat GLC milik kerajaan negeri. Patutlah semua berlumba-lumbe nak jadi pemimpin.

Ironinya perut dia "kenyang" ahli parlimen dan Adun lain terpaksa "mengikat perut" sebab beliau di antara pemimpin Pakatan yang menentang kenaikan elaun untuk wakil rakyaat.

Nak buat macam mana, mereka melantik pemimpin yang pentingkan "tembolok sendiri"....

Ketua Pembangkang Bermewah-mewah Gunakan Wang Siapa???

Boleh membayar berbelas-belas peguambela "heavyweight" sejak tahun 1998. Dah berapa puluh juta belanjanya agaknya tu.





Mempunyai banyak kereta-kereta mewah??? Merc S class, Toyota Land Cruiser, Alphard...













Begitu kerap keluar negara, siapa yang bayar tiket kapalterbang? Makan? Hotel? Duit belanja?










Mengapa beliau disukai Yahudi???













Ke luar negara berjumpa Yahudi pembunuh umat Islam Iraq??? Atas biyaya siapa?











Banglo besar dan mewah??? Duit datang dari mana??? Jadi menteri kurang dari 20 tahun...

Foto Najib Tertidur di Persidangan CHOGM Memalukan???


Klik sini.

Pastinya melalui jadual harian ketat dan padat 6pagi sehingga 3-4pagi untuk setiap hari, 7 hari seminggu, 30/31 hari sebulan dan 365 hari setahun pastinya sesuatu yang melelahkan.

Bukan setakat perlu berfikir bagaimana mahu memakmurkan dan memajukan negara, berperang dengan anasir-anasir luar yang sentiasa irihati, iklim ekonomi yang tidak menentu tetapi juga terpaksa menghadapi fitnah-fitnah dari darah daging sendiri dan mereka yang seagama. Setakat terlelap tu adat lah kita ni kan manusia, kalau dah tidur cuma 2-3 jam sehari itu perkara biasa.

Kalau nak tlihat siapa lagi kuat tidur, sila lihat kat bawah ni;










Timbul Persoalan Najib ke Mekah, Menunaikan Haji Atau Lawatan Resmi???



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan Timbalan Gabenor Kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad, Madinah, awal pagi semalam. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah. - Foto BERNAMA. Nov 2, 2011 7:02 am

Ada yang mempertikaikan mengapa DS Najib pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji dengan menggunakan kapalterbang milik/sewa khas kerajaan Malaysia.

Apa status pemergian beliau? Bercuti? Peribadi? Ataupun lawatan resmi?

Memang agak sukar nak menjawabnya...

Sebagai seorang PM, walaupun ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji, sebagai ketua negara beliau perlu melakukan kunjungan hormat kepada pemimpin-pemimpin Arab Saudi sebagai kunjungan diplomatik. Takkan datang tempat orang tak nak jumpa pulak, nyorok-nyorok? Sebagai pemimpin utama negara hampir semua yang dilakukan samada urusan resmi atau tidak resmi adalah untuk kepentingan negara.

Lagipun waktu bekerja resmi sehari hanya 8 jam, tapi kalau dilihatkan kepada cara PM bekerja, keluar pukul 7 pagi pukul 3-4 pagi baru boleh tido... 7 hari seminggu dan 30/31 hari sebulan... Kalau nak berkira beliau wajar diberi ganti cuti berkerja? 

Jestru pada pandangan peribadi penulis, kalau tak ambil cutipun apa masalahnya? Pemergiaan beliau ke tanah suci pun cuma 10 hari, termasuk dengan kunjungan hormat. Bayangkan jika PM menggunakan penerbangan Muasasah, terpaksa bercuti 40-50 hari meninggalkan negara, bukan kah kita yang susah nantinya??? Negara tanpa ketua negara. Tetapi yang semolek-moleknya beliau mengambil cuti sepanjang berada di Mekah/Madinah kerana itu lebih baik. Biar kita memberi lebih dan jangan sesekali mengambil hak orang lain. 

Sebagai ketua kerajaan, sebenarnya memang ada peruntukkan bercuti ke luar negara yang ditaja oleh kerajaan.

Bahkan untuk menunaikan fardhu hajipun ada peruntukkan yang dibenarkan. Setiap kerajaan negeri juga ada peruntukkan untuk pemimpin-pemimpin peringkat negeri. Biasanya penerbangan yang digunakan juga adalah penerbangan sewa khas. Khas untuk pemimpin-pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Tahun lepas Nik Aziz pergi menunaikan haji pun menggunakan peruntukkan kerajaan negeri. Ambil cuti atau tidak, itu penulis tak lah pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3