bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Nov 2011

Pemimpin-pemimpin dan Ahli Pas, Mereka Serupa???

 


Patutlah segala penerangan oleh Umno/BN tidak diambil endah dan pusing oleh mereka.... Semuanya kaki tido... "Messege" tak sampai!!!  Patutlah negeri di bawah Pas jauh terkebelakang...

1 Nov 2011

Gempar!!! Anak Gadis DS Najib Pula Curi Tumpuan, Membeli-belah RM 200 Ribu Semasa CHOGM???

Berita asal klik sini. 

Mmm... Baguslah tu...

Fitnah aje kerjanya.... Emak dan bapak gadis tu sedang mengerjakan fardhu haji di tanah suci korang pulak asyik memfitnah...

Kalau buat korban seekor lembupun pada tahun ini, pahala korban yang diperolehi tu tak boleh nak menutupi dosa fitnah ini. Insaflah...

Menurut suatu sumber tidak ada seorangpun anak PM yang mengikuti beliau ke Perth klik sini.

Gempar!!! Lelaki Mirip Anwar Dilihat Menunaikan Haji ??? Berada di Baitullah???



Kerana beliau tidak mahu bersumpah untuk menafikan dan mengenepikan dakwaan liwat terhadap Saiful, ada baiknya untuk Anwar pergi menunaikan Haji.

Saiful bersumpah sudah, ke tanah haram pun sudah... Bagaimana pula dengan Anwar???

Tak kan takut kot???

Orang tua-tua kata, "berani kerana benar, takut kerana salah".

Jika benar-benar tidak bersalah, mengapa nak takut???

Pas Tunjuk Samseng Desak DYMM SPBYD Agong Pecat Najib??? Kepala Hotak Engkau lah Mafuz!!!


Belum lagi jadi kerajaan... Baru jadi Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dah besar kepala!!!

Nak tekan DYMM SPBYD Agong supaya memecat Najib??? Dia ingat SPBYD Agong tu adik dia??? Nak paksa-paksa???

Orang yang tak ada "kelulusan" macam Mahfuz ni bila dah ada jawatan sikit selalulah akan jadi, "seperti kaduk naik junjung". Mudah-mudahan beliau insaf, sebelum nikmat yang ada ditarik balik oleh Allah s.w.t.

Jika Pas mengamalkan contoh, "kepimpinan melalui teladan" keseluruhan pemimpin Pas yang sediada wajar meletakkan jawatan secara terhormat kerana gagal mentadbir urus kutipan derma mangsa Memali dengan baik!!! Duit kutip, tapi bantuan tak sampai!!!

Juga kegagalan mereka sehingga "membankrupkan" koperasi "Kohilal" di mana ahli-ahli koperasi berkenaan telah kehilangan wang pelaburan mereka!!!

Gempar!!! Najib Sebenarnya Bukan Pergi ke Mekah/Madinah Untuk Menunaikan Haji???


Najib dan isteri berlepas ke Arab Saudi untuk tunaikan haji
2011/10/31

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: " Saya akan menunaikan fardu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - BERNAMA


Komen Isac;

Kalau ditanya kepada media pro pembangkang... Mungkin itulah komen mereka... Silap-silap dikatakan Najib pergi ke Monggolia...

Bila Najib yang sentiasa menjadi mangsa fitnah pakatan pergi menunaikan haji ke Mekah/Madinah pastinya mereka akan "terkedu".

Pastinya mereka cuba untuk tidak melaporkan pemergian DS Najib dan isteri ke tanah haram kerana sudah pasti tidak menguntungkan mereka...

Keikhlasan mereka, anda nilaikan lah sendiri...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3