Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 14 DiTepati!!!
30 Jun 2015
Ke Mana Perginya Rezab Negeri Selangor RM 2 Billion Tinggalan TS Khalid???
Saja aje nak bertanya.... masih ada lagi ke???
Yelah.... Mcm takut2 aje...kalau TS Khalid Ibrahim kembali jadi MB semula.....
Kot2 ada rahasia yang akan terbongkar....
Sumber klik sini.
29 Jun 2015
28 Jun 2015
Isu Penyelewengan Pembelian Bangunan Mara di Australia - Tanggung-jawab Menteri Mara???
Malaysia Muncul Juara IberCup Costa Del Sol
Malaysia muncul juara IberCup Costa Del Sol kategori B13 setelah menewaskan Sporting Lisbon dalam perlawanan Akhir dengan jaringan 2-1. Jaringan daripada Luqman Hakim dan Hariz Mansor.
Selepas ini mereka akan ke IBERCUP di Protugal pula. Doakan kejayaan buat mereka!!!
posted from Bloggeroid
27 Jun 2015
Final Bolasepak IBERCUP, Malaysia Juara Kalahkan Sporting Lisbon 2 : 1.
Malaysia mendahului 1 : 0 di minit ke 12. Kemudian disamakan oleh Sporting Lisbon diminit ke 47 sebelum jaringan pada minit ke 48 menjadikan keputusan 2 : 1 dan kekal hingga tamat.
Keputusan penuh klik; http://www.costadelsol.ibercup.com/en/matches/playoffs/87
posted from Bloggeroid
Tun M Nak Tunggu Hasil Siasatan Polis Thai Sebelum Mintak Maaf Pada Najib???
Komen Isac;
Mas guna bukti2 Sarawak Report dan tuduhan Rafizi dalam menghentam Najib, tidak pulak Tun M nak tunggu hasil siasatan PAC dan audit oleh Ketua Audit Negara....
Pelik kan??? Maksudnya Tun lebih percayakan Rafizi dan Sarawak Report berbanding hasil siasatan PAC dan audit oleh Ketua Audit Negara.
Kejohanan Bolasepak Ibercup B13 - Malaysia Bertemu Sporting Lisbon di Final!!!!
#bolatime Malaysia B13 ke final @IberCup apabila menewaskan Sevilla B13 7-6 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa penuh
Malaysia B13 lawan Sporting Lisbon B13 di #PerlawananAkhir @Ibercup B13, pukul 1230hrs, 27 Jun 2015.
Sumber rasmi;
http://www.costadelsol.ibercup.com/en/matches/calendar/playoff/u-13/A
posted from Bloggeroid
26 Jun 2015
Mengapa Tun M Berjumpa Pemilik Sarawak Report???
Lebih mencurigakan pertemuan tersebut berlaku beberapa bulan sebelum 1MDB dan DS Najib difitnah oleh Sarawak Report.
Bukan nak menuduh.....Tetapi jalan ceritanya dah macam kisah pencerobohan Lahad Datu oleh Pengganas Kiram.....
posted from Bloggeroid
DAP, PKR + "PAS" Progresif - Selamat Jalan Hudud!!!
Bila PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyaat nanti....
Bila pemimpin2 "PAS" progresif buangan PAS ini rela dengan perjuangan DAP, marilah kita tengok muka2 yang dahulunya melabel UMNO sebagai kafir, tak Islamik, murtad, dll ini mahu ke mana???
Dulu kononnya bila pengundi2 menolak PAS, maksudnya sama dengan menolak Islam.....
Kita juga boleh tengok, siapakah penyokong2 PAS akan tetap menyokong selepas ini???
25 Jun 2015
Kejohanan Bolasepak IBERCUP (B13) - Anak Buah Tiong Kim Juarai Kumpulan D!!!
Kali ini mereka mengalahkan SL Olivais 2 : 0 untuk membolehkan mereka menggungguli carta kumpulan D.
Nampaknya mereka telahpun menempah tiket untuk mara ke peringkat suku akhir.
Terbaru!!! Mereka baru sahaja melengkapkan perlawanan kumpulan D dengan mengalahkan CF "Os Belenenses" G, 1:0.
Menjuarai Kumpulan D dengan mata penuh, 9 markah hasil memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan.
Terbaru!!! Mereka baru sahaja melengkapkan perlawanan kumpulan D dengan mengalahkan CF "Os Belenenses" G, 1:0.
Menjuarai Kumpulan D dengan mata penuh, 9 markah hasil memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan.
Semoga mereka boleh terus melangkah jauh dan seterusnya merangkul kejuaraan.
Sumber klik sini.
24 Jun 2015
Bekas Pekerja PetroSaudi Yang Memfitnah 1MDV Dah Kena Tangkap - Rafizi dan Tun Mahatihir Pula Bagaimana???
1. Xavier Andre Justo, warga Swiss
yang berkerja dengan PetroSaudi International Ltd, sebagai Eksekutif IT namun telah
dipecat dua tahun lalu dan melarikan diri ke Thailand telah ditangkap di negara
tersebut pada Selasa.
2. Polis kriminal perdagangan
Thailand menggunakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di
Selatan negara tersebut.
3. Justo dikatakan telah mencuba
memera- ugut bekas majikannya sehingga 2.5 juta Swiss Francs (lebih RM10juta).
4. Tindakan Justo memeras ugut
majikannya termasuk menghantar beberapa dokumen yang ditokok- tambah kepada
Sarawak Reports termasuk yang melibatkan 1MDB.
5. Petro Saudi menjadi terkenal di
Malaysia atas sebab kerja-sama syarikat tersebut dengan 1MDB yang membabitkan
pelaburan USD1 bilion.
4. Justo merekayasa beberapa dokumen
dan menghubungkan Jho Low dengan 1MDB termasuk kononnya USD700 juta dipindahkan
ke akaun Good Star di Swiss. Berasas dokumen-dokumen tersebut Sarawak Reports
menulis rencana yang berterusan di mana tulisan-tulisan tersebut cuba
menggambarkan bahawa 1MDB terlibat dalam skandal kewangan.
5. Ekoran tulisan-tulisan Sarawak
Reports syarikat yang berpusat di Saudi Arabia itu telah membuat beberapa
laporan polis di london.
6. Dalam perkembangan yang sama
PetroSaudi meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerana atas tindakan bekas
kakitangan syarikat tersebut menimbulkan beberapa kesulitan termasuk
dipolitikan oleh pihak pembangkang antaranya Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli
(PKR) termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
7. Melalui penanahan Justo, maka
semakin terungkai faktor penyebab kemelut dalam 1MDB.
Sumber klik sini.
Komen Isac;
Jika dalang pembuat fitnah boleh ditangkap, tukang sebar fitnah seperti Sarawak Reports, Rafizi dan Tun Mahathir, hanya dibiarkan lepas bebas ke???
Tak perlu ditangkap atau dakwa sebagai pengajaran???
Ada yang kata ni semua plan untuk membersihkan 1MDV dan DS Najib, seseorang tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah....
Tapi yang anehnya mereka sebelum ini sibuk menyebar "fitnah" walaupun PAC dan Juruaudit Negara belumpun habis menjalankan siasatan.
Pelik bukan???
Dah macam kes Liwat pulak....sendiri punya kes mahukan 4 saksi....Kes Alantunya, memang DS Najib terlibat sejak awal2 lagi!!!
Kejohanan Bolasepak IBERCUP (B13) - Harimau Malaya Kalahkan Atletico Madrid 1 : 0
Tahniah!!!
Teruskan perjuangan!!!
Luaskan kuasa mu!!!
Semoga bolasepak akan mendapatkan berita gembira.
Harap korang X masuk angin lepas ni....macam team senior.
Sumber klik sini.
23 Jun 2015
Baki Perlawanan Bolasepak Kelayakan Piala Dunia Bakal Digalas Skuad Bawah 13 Tahun???
Ketika peminat bola sepak negara semakin kecewa dengan prestadi skuad Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun di Sukan SEA, sekurang-kurangnya ada harapan cerah yang diterjemahkan pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Bawah 13 Tahun.
Sebelum ini, anak didik Lim Teong Kim itu menang lima perlawanan siri perlawanan persabahatan Jelajah Eropah termasuk berjaya membuat kejutan menewaskan skuad B-13 kelab terkemuka dunia.
Semalam, barisan muda yang dibimbing oleh Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal PPBN mengganas lagi apabila menewakan pasukan Sepanyol Bawah 16 Tahun dengan kedudukan 6-3.
Apa yang pasti, saiz fizikal tidak menjadi penghalang buat skuad Malaysia Bawah 13 Tahun itu untuk menang bergaya. Selepas ini, skuad tersebut akan berdepan Sevilla FC Academy dan Rayo Vallecano dari Portugal.
Sumber kilk sini.
Komen Isac;
Memang lah nampak macam mengarut... Tetapi kalau dilihatkan kepada pemain2 negara...Selalunya pada peringkat bawah umur mereka bermain baik. Tetapi apabila mengganggotai skuad kebangsaan prestasi mereka jauh ketinggalan dengan lawan yang sama umur/setaraf dengan mereka.
Pasukan ni nampaknya memang mempunyai masa depan yang cerah dan di antara pasukan yang telah mereka kalahkan adalah pasukan Bayern Munich bawah 13 tahun, 2: 1. Mereka juga telah berjaya seri dengan Sevilla FC bawah 13 tahun. Pasukan Sepanyol yang mereka tewaskan itu pula ialah dari skuad di bawah umur 16 tahun.
Memandangkan ramai pemain2 negara lawan dalam kelayakan Piala Dunia ni pun cuma berumur sekitar awal 20an, apa kata kita gantikan sahaja skuad jurulatih Dollah Salleh dengan budak2 bawah 13 tahun ni, kalau kalah pun X lah malu sangat... Boleh lah kita bagi alasan bahawa ini hanyalah pendedahan kepada skuad dan sasaran sebenar kita adalah 8 - 12 tahun dari sekarang??? Apa macam???
Gempar!!! Semua PM Malaysia Dijatuhkan Oleh Tun Mahathir???
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (PM Pertama, 1957 - 1970)
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskanrusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti sepertiDr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sumber klik sini.
Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (PM Kedua,1970 - 1976)
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman[perlu rujukan] serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Mungkin Tun Mahathir boleh dirujuk untuk menentukan samada Tun Razak terlibat atau tidak memberikan tekanan supaya Tunku untuk meletakkan jawatan sebagai PM, memandangkan nama beliau dan Tun Musa Hitam telah tercatat sebagai dua individu yang aktif mendesak Tunku untuk meletak Jawatan.
Apapun Tun Mahathir tidak sempat untuk mendesak Tun Razak supaya meletakkan jawatan,
Sumber kli sini.
Tun Hussein bin Dato' Onn (PM Ketiga, 1976 - 1981)
Walaupun sejarah menyatakan bahawa Tun Hussein Onn telah meletak jawatan kerana sebab kesihatan tetapi desas-desus mengatakan beliau terpaksa melepaskan jawatan kerana didesak oleh Tun Mahathir yang menggantikan beliau sebagai PM Malaysia ke 4. Ini diperkuatkan lagi apabila sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Sumber klik sini.
Pengharaman Umno pada 1988 rentetan satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO di mana terdahulu Perdana Menteri Dr Mahathir ketika titu telah mengharamkan surat khabar The Star milik Tunku Abd Rahman dan ini telah menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Sumber klik sini.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PM Keempat, 1981 - 2003)
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai,1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[16]. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[17].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[18].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.[19]
Sumber klik sini.
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (PM Kelima, 2003 - 2009)
Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa diKelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.
Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[8]Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.[9]
Sumber klik sini.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (PM Keenam, 2009 - sekarang)
Yang ini masih lagi panas...Anda semua boleh dapatkan sendiri berita tersebut di media2 cetak mahupun di media2 masa.
Komen Isac;
Jadi apa yang hendak dihairankan....tentang dakwaan2 yang telah dilemparkan....
Benar atau tidak hanya masa yang akan menentukannya.
Untuk rekod Tun Mahathir bukan setakat cuba untuk menjatuhkan DS Najib malah, ianya sememangnya telah menjadi "darah dagingnya" barangkali, kerana sejak zaman Tunku Abd. Rahman lagi Tun Mahathir telah "menjatuhkan" PM dari Umno.
Mujurlah Tun Razak umurnya X panjang, jika tidak allahyarham juga mungkin tidak akan terkecuali....
Tun Mahathir mungkin tidak berniat jahat ketika merangka rancangannya tetapi apabila beliau telah menimbulkan suasana panik hingga mengakibatkan kejatuhan nilai matawang negara, kacau-bilau pasaran saham, suasana negatif pelaburan negara, mengundang ketidak kepercayaan pentadbiran dan pasaran malah sanggup menggunakan media asing untuk menghentam DS Najib, tindakannya itu meberikan tanda-tanya besar akan apakah motif beliau yang sebenar.
21 Jun 2015
Gerakan Pinggirkan Melayu Pulau Pinang Ala Singapura?
Nampaknya DAP sedang menggunakan pendekatan yang hampir sama seperti gerakan yang pernak dilakukan oleh Lee Kwan Yew di dalam meminggirkan orang Melayu dan meningkatkan bilangan kaum Cina di Singapura akan berulang.
Bermula dengan meningkatkan sewa ruang perniagaan, lesen perniagaan, tarif air dan terbaru menghapuskan diskaun 5% untuk Melayu/Bumiputera rumah2 murah, sederhana dan mampu milik di Pulau Pinang.
Jika dibiarkan sudah pasti pendekatan Lee Kwan Yew memencilkan/meminggirkan Melayu Singapura seperti di bawa juga akan mereka praktikkan;
- Kaum Melayu/Bumiputera dipisah2kan mengikut kaum seperti Melayu, Melayu Deli, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Batak dll. sehingga kaum Melayu/Bumiputera kehilangan suara dan menjadi semakin kecil dan tersisih.
- Bawa masuk orang2 Cina dari seluruh dunia atas alasan atlit sukan berbakat (sehingga berjaya menjadi pencabar kejuaraan di sukan Sea baru2 ini), orang kaya yag boleh membawa wang mereka ke Singapura, tenaga profesional, pekerja2 mahir dll dan berikan kerakyaatan untuk menambah bilangan kaum Cina demi menguatkan kedudukan politik PAP.
- Merampas tanah2 kampung orang2 Melayu/Bumiputera atas nama pembangunan terutamanya di kawasan bandar untuk pembinaan rumah2 flat dan apartment.
- Seterusnya orang2 Melayu/Bumiputera dari kampung2 yang dirampas dipisah2kan di kawasan penempatan baru atas nama intergrasi nasional sehinggakan orang Melayu/Bumiputera tidak mempunyai kawasan Parlimen di mana mereka menjadi undi majoriti di sesebuah kawasan parlimen. Suara mereka semakin terhakis di parlimen.
- Menyingkirkan musuh politik tidak kira dari kalangan Melayu/Bumiputera atau kaum2 lain dan sesetengahnya dipenjara, disaman sehinga muflis dan hilang hak bertanding di pilihanraya ataupun dibuang ke negara lain.
- Mengamalkan pendekatan meritokrasi dalam segala bidang menjadikan Melayu/Bumiputera yang sejak di zaman penjajah telah tersisih tidak mampu bersaing dengan kaum2 lain yang lebih berpendidikan kerana tinggal di bandar2 dan mempunyai sosio ekonomi yang lebih baik.
- Peranan agama Islam semakin tersisih.
- Peranan bahasa Melayu semakin tersisih.
- Akhirnya Singapura yang hakikatnya merupakan tanah milik orang2 Melayu hanya tinggal sejarah.
Dan kini Singapura berubah menjadi negara majoriti kaum Cina. Kita bukan mahu memusuhi orang2 Cina mahupun pendekatan mereka yang sememangnya hanya mementingkan survival dan ketuanan mereka. Kita cuma tidak mahu hak kita dirampas sebagaimana yang berlaku kepada Melayu Singapura. Lagipun bukan semua orang2 Cina/India yang berfikiran sebagaimana PAP/DAP yang merampas hak orang lain demi survival mereka. Malah sebahagian besar daripada mereka pun cuma termakan tipu-daya dan hasutan jahat dan tamak-haluba PAP/DAP.
Orang2 Melayu/Bumiputera masih merupakan kuasa utama di Malaysia selama mana kita bersatu, jestru belajarlah daripada sejarah.
Semoga perkara yang sama tidak berulang di Malaysia.
Sumber klik sini.
PM Melayu bukan di Singapura klik sini
Lagi artikel berkaitan klik sini dan sini.
posted from Bloggeroid
Dakwa Dilabel Kafir, Mat Sabu Mula Dakwa PAS Diresapi IS???
Biar betul Mamat ni!!!
Mentang2 dah kalah......
Mentang2 jadi buahati DAP......
PAS pula cuba "diharamkan"???
Yelah....Kalau dah melebel PAS sebagai dipengaruhi dan diresapi oleh elemen bahaya dari negara Syria dan Iraq yang dikuasai "IS", tidakkah secara tidak langsung beliau seolah2 mendakwa PAS telah diresapi oleh pengaruh IS.... Bahaya tu....Harus boleh "masuk ke dalam"....
Adakah ini merupakan cubaan untuk melemahkan PAS dalam usaha untuk menonjolkan PASMA sebagai penganti PAS dalam Pakatan Rakyaat selepas Hari Raya Aidil Fitri di mana PASMA bakal didaftarkan sebagai sebuah parti politik selepas raya nanti???
Sumber klik sini.
Adakah ini merupakan cubaan untuk melemahkan PAS dalam usaha untuk menonjolkan PASMA sebagai penganti PAS dalam Pakatan Rakyaat selepas Hari Raya Aidil Fitri di mana PASMA bakal didaftarkan sebagai sebuah parti politik selepas raya nanti???
Sumber klik sini.
18 Jun 2015
Zuraida MP Ampang Buktikan PKR pun Bodoh Juga???
Sejak bila Chimpenzi ni jadi orang utan???
Dah X kenal monyet dan beruk tempatan???
Guna foto Chimpenzi iaitu monyet yang berasal dari Afrika untuk ganti orang utan???
Selalu mengaku handal sangat....Dalam PR ada ramai pemegang Ijazah PhD,....pensyarah2, profesor2, bekas2 jeneral, bekas2 hakim dan pegawai2 tinggi kerajaan dan bukan kerajaan...
Apa sudah jadi???
Orang Utan dan Chimpenzi pun tidak kenal ka kau....
Sumber klik sini.
Dengan Dunia Tanpa Sempadan - Salahkah Jika PM Kita Kaya-Raya???
Melihatkan senario politik akhir2 ini....di mana fitnah dan tohmahan seperti bukannya suatu dosa....Penulis terpanggil untuk menulis topik ini.
Berdasarkan kepada pertemuan secara tidak sengaja....
Halim Saad bekas bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Renong Bhd yang satu ketika mengendalikan Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) menceburi bidang caligali petroleum, gas dan makanan di luar negara khususnya di Kazakhstan melalui syarikat miliknya Markmore Sdn Bhd.
Beliau adalah rakyat Malaysia pertama memiliki medan minyak di Kazakhstan.Kegiatannya di Malaysia terpaksa dihadkan kerana terpaksa bersaing dengan GLC seperti Petronas. Halim mengambil masa setahun untuk mendapatkan konsesi medan minyak di Rakushechnoye yang memiliki 47 telaga. Kebanyakan medan minyak di Kazakhstan terletak di daratan dan kos pengeluaran lebih murah. Kazakhtan yang memiliki rizab emas hitam ke-11 terbesar di dunia itu membenarkan syarikat-syarikat asing memiliki telaga minyak sendiri.
Peta: Kazakhstan (sumber) |
Kini medan minyak atas darat itu berjaya mengeluarkan 1,000 tong sehari dan ia dijangka meningkat kepada 3,000 tong sehari dalam masa lapan tahun. Semasa artikel in ditulis, kemunkinan pengeluaran untuk tempoh 8 tahun itu sudahpun dicapai. Negara itu memiliki rizab minyak ke-11 terbesar di dunia. Markmore melalui anak syarikatnya Markmore Energy (Labuan) Ltd. (Markmore) dan Caspioilgas LLP (Caspioilgas) merupakan pemilik konsesi lapangan minyak di Kazakhstan untuk tempoh 25 tahun. Setakat ini minyak hanya dieksport ke Eropah sahaja. Sumber klik sini.
Peta Medan Minyak Daratan di Kazakhtan (sumber) |
Tidakkah ada kemungkinan sesetengah daripada pemimpin kita juga mempunyai proksi2 perniagaan mereka di luar negara untuk menjalankan perniagaan bagi pihak mereka??? Sekiranya penggunaan proksi untuk mendapatkan projek2 di dalam negara mungkin adalah sesuatu yang menyalahi kerana boleh mengundang salah-guna kuasa jika ianya membabitkan campurtangan ketika pemberian kontrak dijalankan, pastinya menjalankan perniagaan di luar negara sesuatu yang lebih telus. Cuma kebiasaannya pemimpin2 akan menggunakan proksi kerana tidak mahu dikenali mahupun supaya perniagaan tersebut berjalan dengan lebih adil kerana pengaruh sebagai pemimpin negara tidak digunakan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan perniagaan.
Bayangkan sekiranya ada di antara pemimpin2 kita yang merupakan seorang billionaires tetapi kita dengan sewenang2 menuduh mereka berbelanja menggunakan duit rakyaat apabila kita melihat mereka bermewah2 dan sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar, bukan kah kita sebenarnya telah memfitnah ataupun menohmah mereka???
Fikir2 kan.....
17 Jun 2015
Malaysia Akan Lebih Maju dan Makmur Sekiranya DAP Memerintah???
Adaptasi daripada komen pengunjung di blog "Bumiyang",
Pada PRU14 nanti, ni pakat2 semua orang Melayu/Bumiputera mengundi PR..
Boleh lah nanti Lim Guan Eng kita jadikan PM Malaysia... yang ke 7
Orang Melayu dah bencikan PM dari BN...
Sebab bila BN menang aje mesti org Melayu yg jadi PM nya..
Jadi bila PR menang nanti....Masa tu nanti orang2 Melayu akan dapat segala2nya.….
Kerana kononnya pemimpin2 PR semuanya zuhud2 belaka, tiada yg bermewah2...boleh bebas berdemo dan merusuh di atas jalan-jalanraya, akan tegakkan hudud...ohh pendek kata akan hidup berbahagia di dunia dan di akhirat....
Anehnya.....di negara Singapura.....negara yang mereka jadikan sebagai kiblat.....tidak berlaku pun semua perkara yang disebut di atas!!!!
Ada orang tu.....Baru jadi ketua pembangkang pun dan guna "Chartered Flight", jadi fikir-fikirkan lah.... Jangan sampai, "nasi dah jadi bubur....". Semua dah X berguna.....
Sumber klik sini.
Pada PRU14 nanti, ni pakat2 semua orang Melayu/Bumiputera mengundi PR..
Boleh lah nanti Lim Guan Eng kita jadikan PM Malaysia... yang ke 7
Orang Melayu dah bencikan PM dari BN...
Sebab bila BN menang aje mesti org Melayu yg jadi PM nya..
Jadi bila PR menang nanti....Masa tu nanti orang2 Melayu akan dapat segala2nya.….
Kekàyaan negara akan lebih dinikmati, kesenangan hidup, tiada cukai pendapatan, lebuhraya tanpa toll, tiada cukai GST, petrol/diesel mungkin akan hanya serendah 5 sen seliter, bàrang2 makanan dan runcit semuanya murah, rumah2 "semurah" di Pulau Pinang, tarif air rendah, kononnya tiada rasuàh dalam semua badan keràjaan..tiada ketirisan dalam perbelanjaan negara.....dll
Kerana kononnya pemimpin2 PR semuanya zuhud2 belaka, tiada yg bermewah2...boleh bebas berdemo dan merusuh di atas jalan-jalanraya, akan tegakkan hudud...ohh pendek kata akan hidup berbahagia di dunia dan di akhirat....
Anehnya.....di negara Singapura.....negara yang mereka jadikan sebagai kiblat.....tidak berlaku pun semua perkara yang disebut di atas!!!!
Ada orang tu.....Baru jadi ketua pembangkang pun dan guna "Chartered Flight", jadi fikir-fikirkan lah.... Jangan sampai, "nasi dah jadi bubur....". Semua dah X berguna.....
Sumber klik sini.
16 Jun 2015
Guan Eng Ketua Pembangkang - Mana Perginya Nenek Kipas???
Siapa sebenarnya Ketua Pembangkang/Pakatan Rakyaat???
Nenek Kipas atau Guan Eng???
Pandai2 istihar PR dah X ada???
Membelakangkan Nenek Kipas???
Sumber kli sini.