24 Jun 2015

Bekas Pekerja PetroSaudi Yang Memfitnah 1MDV Dah Kena Tangkap - Rafizi dan Tun Mahatihir Pula Bagaimana???


1. Xavier Andre Justo, warga Swiss yang berkerja dengan PetroSaudi International Ltd, sebagai Eksekutif IT namun telah dipecat dua tahun lalu dan melarikan diri ke Thailand telah ditangkap di negara tersebut pada Selasa.

2. Polis kriminal perdagangan Thailand menggunakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Selatan negara tersebut.

3. Justo dikatakan telah mencuba memera- ugut bekas majikannya sehingga 2.5 juta Swiss Francs (lebih RM10juta).

4. Tindakan Justo memeras ugut majikannya termasuk menghantar beberapa dokumen yang ditokok- tambah kepada Sarawak Reports termasuk yang melibatkan 1MDB.

5. Petro Saudi menjadi terkenal di Malaysia atas sebab kerja-sama syarikat tersebut dengan 1MDB yang membabitkan pelaburan USD1 bilion.

4. Justo merekayasa beberapa dokumen dan menghubungkan Jho Low dengan 1MDB termasuk kononnya USD700 juta dipindahkan ke akaun Good Star di Swiss. Berasas dokumen-dokumen tersebut Sarawak Reports menulis rencana yang berterusan di mana tulisan-tulisan tersebut cuba menggambarkan bahawa 1MDB terlibat dalam skandal kewangan.

5. Ekoran tulisan-tulisan Sarawak Reports syarikat yang berpusat di Saudi Arabia itu telah membuat beberapa laporan polis di london.

6. Dalam perkembangan yang sama PetroSaudi meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerana atas tindakan bekas kakitangan syarikat tersebut menimbulkan beberapa kesulitan termasuk dipolitikan oleh pihak pembangkang antaranya Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.


7. Melalui penanahan Justo, maka semakin terungkai faktor penyebab kemelut dalam 1MDB. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Jika dalang pembuat fitnah boleh ditangkap, tukang sebar fitnah seperti Sarawak Reports, Rafizi dan Tun Mahathir, hanya dibiarkan lepas bebas ke??? 

Tak perlu ditangkap atau dakwa sebagai pengajaran???

Ada yang kata ni semua plan untuk membersihkan 1MDV dan DS Najib, seseorang tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah....

Tapi yang anehnya mereka sebelum ini sibuk menyebar "fitnah" walaupun PAC dan Juruaudit Negara belumpun habis menjalankan siasatan.

Pelik bukan???

Dah macam kes Liwat pulak....sendiri punya kes mahukan 4 saksi....Kes Alantunya, memang DS Najib terlibat sejak awal2 lagi!!!

6 comments:

  1. so dah selesai la masalah 1mdb ni??

    ReplyDelete
  2. Penjilat tegar Najib, kalau nak tangkap, tangkap semua yang buat perbuatan yang tak betul, kalau tak skandal tak apa ni banyak, orang politik memang banyak skandal yang backing kuat terlepas la, tangkap baik BN atau PR, nak bersih Malaysia bersih betul-betul. Takat putar-belit dengan dokumen pun tak masalah bagi orang yang cekap putar-belit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pulak penjilat bontot siapa? Yg masih muda ke yg dh tua tu?

      Delete
  3. Mengarut betul la ini blog!!!!..
    GoBLOG btol

    ReplyDelete
  4. Apakah perbelanjaan 42bilion di anggap selesai dgn tertangkapnya mat salleh diatas tu..belum beb..nak belit pun agak2 lah....

    ReplyDelete
  5. Terlalu banyak fitnah bertibaran yg direkayasa oleh kafirun & munafikun utk memecah-belah & menimbulkan kebencian sesama melayu. Ingatlah, mereka tak akan menjalankan fitnah melainkan ada niat jahat yg mengutungkan mereka. Berhati2lah dengan berita yg dibawa oleh 2 puak ini.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.