21 Jun 2015

Gerakan Pinggirkan Melayu Pulau Pinang Ala Singapura?


Nampaknya DAP sedang menggunakan pendekatan yang hampir sama seperti gerakan yang pernak dilakukan oleh  Lee Kwan Yew  di dalam meminggirkan orang Melayu dan meningkatkan bilangan kaum Cina  di Singapura akan berulang.

Bermula dengan meningkatkan sewa ruang perniagaan, lesen perniagaan, tarif air dan terbaru menghapuskan diskaun 5% untuk Melayu/Bumiputera rumah2 murah, sederhana dan mampu milik di Pulau Pinang.

Jika dibiarkan sudah pasti pendekatan Lee Kwan Yew memencilkan/meminggirkan Melayu Singapura seperti di bawa juga akan mereka praktikkan;

  1. Kaum Melayu/Bumiputera dipisah2kan mengikut kaum seperti Melayu, Melayu Deli, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Batak dll. sehingga kaum Melayu/Bumiputera kehilangan suara dan menjadi semakin kecil dan tersisih.
  2. Bawa masuk orang2 Cina dari seluruh dunia atas alasan atlit sukan berbakat (sehingga berjaya menjadi pencabar kejuaraan di sukan Sea baru2 ini), orang kaya yag  boleh membawa wang mereka ke Singapura, tenaga profesional, pekerja2 mahir dll dan berikan kerakyaatan untuk menambah bilangan kaum Cina demi menguatkan kedudukan politik PAP.
  3. Merampas tanah2 kampung orang2 Melayu/Bumiputera atas nama pembangunan terutamanya di kawasan bandar untuk pembinaan rumah2 flat dan apartment.
  4. Seterusnya orang2 Melayu/Bumiputera dari kampung2 yang dirampas dipisah2kan di kawasan penempatan baru atas nama intergrasi nasional sehinggakan orang Melayu/Bumiputera tidak mempunyai kawasan Parlimen di mana mereka menjadi undi majoriti di sesebuah kawasan parlimen. Suara mereka semakin terhakis di parlimen.
  5. Menyingkirkan musuh politik tidak kira dari kalangan Melayu/Bumiputera atau kaum2 lain dan sesetengahnya dipenjara, disaman sehinga muflis dan hilang hak bertanding di pilihanraya ataupun dibuang ke negara lain.
  6. Mengamalkan pendekatan meritokrasi dalam segala bidang menjadikan Melayu/Bumiputera yang sejak di zaman penjajah telah tersisih tidak mampu bersaing dengan kaum2 lain yang lebih berpendidikan kerana tinggal di bandar2 dan mempunyai sosio ekonomi yang lebih baik.
  7. Peranan agama Islam semakin tersisih.
  8. Peranan bahasa Melayu semakin tersisih.
  9. Akhirnya Singapura yang hakikatnya merupakan tanah milik orang2 Melayu hanya tinggal sejarah.
Dan kini Singapura berubah menjadi negara majoriti kaum Cina. Kita bukan mahu memusuhi orang2 Cina mahupun pendekatan mereka yang sememangnya hanya mementingkan survival dan ketuanan mereka. Kita cuma tidak mahu hak kita dirampas sebagaimana yang berlaku kepada Melayu Singapura. Lagipun bukan semua orang2 Cina/India yang berfikiran sebagaimana PAP/DAP yang merampas hak orang lain demi survival mereka. Malah sebahagian besar daripada mereka pun cuma termakan tipu-daya dan hasutan jahat dan tamak-haluba PAP/DAP.

Orang2 Melayu/Bumiputera masih merupakan kuasa utama di Malaysia selama mana kita bersatu, jestru belajarlah daripada sejarah.

Semoga perkara yang sama tidak berulang di Malaysia.


Sumber klik sini.

PM Melayu bukan di Singapura klik sini

Lagi artikel berkaitan klik sini dan sini.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Melayu di Singapura sudah menjadi kelas tiga dalam komplok masyarakat majmuk. Tidaklah hairan akan berlaku di Penang. Tiada guna salahkan bangsa Melayu sendiri

    ReplyDelete
  2. PASTINYA SEMUA ORANG MELAYU TAHU INI AKAN BERLAKU.
    TETAPI DEMI KUASA DAN PANGKAT ORANG POLTIK MELAYU SANGGUP TUTUP MATA.
    ALANGKAH UGAMA BERANI DA GADAI DEMI JAWATAN POLTIK....
    SALAH KAN DIRI SENDIRI.
    TETAPI MELAYU NI DAH TERKENA BARU NAK SEDAR..... TOO LATE.
    IKUTLAH SAMAD SAID....... MASUK DAP BERAMAI RAMAI.... FOR SURE PENANG IS AS GOOD AS SINGAPORE...... MELAYU JUGA YANG SALAH !!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.