Patutlah Azmin siang2 bagi laluan.....Rupanya dia dah sedia maklum agaknya.....
Memang ciri2 ahli politik yang hebat!!!
Kat sebelah kiri ni pulak....salinan Uandang2 Tubuh Negeri selangor.
Masih nak pertikai???
Huraiannya boleh baca di bawah ni;
Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh
Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.
Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib
Ismail beliau menyatakan bahawa Tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang
menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri
Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang. Tetapi
dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS
telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri
Besar di Negeri Selangor.
Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan
Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula
menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan
beragama Islam.
Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak
kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar.
Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang
ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri
Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri,
hanya Islam dan Melayu sahaja yang dinyatakan.
Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3)
dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan
warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan
juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan
kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika
hari merdeka 31 Ogos 1957.
Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang
mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu, lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira
sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan. Naturalisasi berlaku samada
dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di
Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya
Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi
setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di
neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang
ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”.
Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan
berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa
Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai
Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin
menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang
membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.
Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang
yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad
pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas
sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada
semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.
Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai
nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk
naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan
Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia
Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja
UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan
baginda?
Ehsan Markiman Kobiran