31 Aug 2014

Hadiah Hari Kemerdekaan ke 57 - Harimau Muda U16 Juarai Tropi Juara Asean 2014!!!

BENTONG 31 Ogos - Skuad Harimau Muda bawah 16 tahun muncul juara Piala Tropi Asean 2014 selepas menundukkan PVF Vietnam dengan agregat 5-4 di Stadium Frenz Janda Baik, malam ini.

Skuad bimbingan S. Balachandran itu menerima tentangan sengit pihak lawan apabila seri 3-3 pada perlawanan final timbal balik yang memihak kepada skuad negara.

Pada perlawanan pertama di Ho Chi Minh, Vietnam, skuad negara menang 2-1.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ho Minh Di pada minit ke-11 kemudian pemain negara M.Kogileswaran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40.

Malaysia mendahului 2-1 pada separuh masa hasil jaringan kapten pasukan Muhammad Sharul Akmal Md Adnan pada minit ke-45. Bersambung babak kedua, Nguyen Dinh Bao kembali menyamakan kedudukan dengan gol kedua buat pasukan Vietnam pada minit ke-55.

Pemain negara Muhammad Najmuddin Samat menambah jaringan ketiga buat pasukan pada minit ke-82 namun dua minit kemudian pemain Vietnam, Bui Tien Dung menyamakan kedudukan 3-3.

Selaku juara, skuad negara menerima USD$50,000 (RM157,697), naib juara Vietnam USD$25,000 (RM78,849) sementara Frenz Malaysia merangkul tempat ke 3.

© Utusan Melayu (M) Bhd 




1 comment:

  1. Tahniahh....ada gek brita gembira utk msia...

    selepas conwei kalah .....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.